tag:blogger.com,1999:blog-534414459591223400.post7983525436278039262..comments2023-11-03T17:49:26.787+08:00Comments on FAIRULLAH'S De GREATZ ..: Cambodia 2012 - DAY 3Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/10882823766385517032noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-534414459591223400.post-5430719211796068412013-02-20T21:15:01.628+08:002013-02-20T21:15:01.628+08:00Assalamualaikum dan salam kenal
Saya terpanggil b...Assalamualaikum dan salam kenal

Saya terpanggil beri komen dalam artikel ini setelah saya pulang ke Kemboja beberapa bulan yang lalu.

Sebelumnya, saya kenalkan diri, saya seorang pengembara solo yang gemar menjelajah tanpa lakukan persiapan apapun. Ketika di Kemboja, saya sempat tidur semalam di Kampung Tropeangchuk, Kampong Thom, sebuah perkampungan Islam masyarakat Cham.

Di sana, saya lihat begitu banyak kesan-kesan bantuan yang pernah mereka dapat dari berbagai negara termasuklah dari negara kita. Dan walaupun sudah mendapat beberapa bantuan, keperluan mereka masih jauh dari ertikata cukup. Hal ini disebabkan situasi negara itu sendiri yang masih belum mampu mengembangkan sumber ekonominya.

Jadi dengan bantuan seperti yang saudara berikan ini, saya ucapkan tahniah dan syabas. membantu sesama Islam memang dituntut dalam Islam.

Tapi, suka saya ingatkan kepada saudara bahawa ketika memandang keluar, pandanglah juga dalam negara sendiri. Masih ada satu sudut dalam negara kita sendiri lebih parah dari itu.

Saya baru pulang dari Sabah atas tujuan penuhi hobi saya berkelana. Di sana saya tinggal bersama sebuah keluarga keturunan Bajau Laut di Kampung Bakau, Sandakan. Barulah saya tahu, betapa susah dan sulitnya kehidupan mereka, malah lebih parah hidup mereka berbanding penduduk di Kampung Tropeangchuk sendiri. Malu sekali bila terkenangkan situasi seperti itu terjadi dalam negara kita tercinta. Malah mereka juga penganut Islam seperti kita. Saya yakin, keadaan di pedalaman sabah yang lain juga sama seperti itu.

Bayangkan, dengan mengharapkan pendapatan sebagai nelayan yang tidak seberapa, ditambah kos barangan di negara kita sangat tinggi, tidak ada apa yang tinggal untuk keperluan masa depan mereka. Mereka mendiami rumah papan atas air yang begitu rapat tanpa bantuan bekalan air bersih dan sistem kumbahan tradisional yang begitu menginsafkan.

Anak-anak mereka tidak bersekolah lantaran ketidakmampuan orang tuanya. Anak yang mampu bersekolah pula mudah tercicir ekoran begitu ramai anak-anak tidak bersekolah mempengaruhi. Bayangkan apa jadi pada anak-anak ini? Mereka lalui hidup sebagai remaja tanpa pendidikan, lalau terlibat dengan masalah sosial yang sudah semakin parah. Tanpa didikan, dengan kemampuan orang tua yang tidak mampu mengawal lantaran kesuntukan waktu, anakl-anak mereka jadi insan buta agama. Ramai sekali penduduk di sini minum arak meski mengaku beragama Islam. Lebih-lebih lagi kawalan badan islam di sana tidak seperti di semenanjung.

Saya sebenarnya sangat terpanggil untuk mencari badan-badan Islam di Semenanjung untuk melihat keadaan mereka. Manusia senegara dan seagama dengan kita.

Semoga saudara sedia tunjukkan jalannyaSebuah Istana Ceritahttps://www.blogger.com/profile/06610456999965981909noreply@blogger.com