KliK DuLU iKLaN - IkLan MeNaRik Di SiNi ... daN dApAtKaN $$$$$$

HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....

My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$

Monday, August 30, 2010

JoM mAkAn StEamBoT pUAS PuAS - PaRt 1






mari papa timang tinggi2 nak??
uikss.. orang lain makan steambot, anak papa nie makan tangan yekk
wahh, punyalah fokus tukang gambar tue .. DSLR lah katakan heheeh
nie mesti abangah yang kacau adik nie
haa tambah lagik, apa berhenti nie
makanlah sepuas-puasnya
seronok bebudak nie memanggang kat kuali tue

Semalam adalah hari makan steambot.. heheeheh..terima kasih kepada ejai n family sebab belanja kitowang makan steambot. mmg dah lama tak makan stembot nie. semoga rezeki ejai n family akan semakin bertambahlah hendaknya. apa yang menarik makan di sini, hanya kos rm 18 seorang sahaja .. kita boleh makan sepuas-puasnya... betul... makan sampai taknak berhenti pun takpe heheheeh.. tak caya?? haa pegi taman gaya jb, cari kedai orkid or RAWA kat situ.. haa cubalah nyum nyum nyummmmm

Wednesday, August 18, 2010

sELaMaT MeNjaLaNi iBaDaH pUaSa

Di KeSeMpAtAn InI, penulis ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa untuk semua pembaca-pembaca dan blogger-blogger sekelian.Di sini penulis ingin berkngsi dengan pembaca tentang fadilat-fadilat berpuasa. semoga kita semua beroleh taufik dan hidayah dari allah.. amin

FADILAT-FADILAT BERPUASA DI BULAN RAMADAN

1. Pengampunan Dosa

Dari Abi Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shalallahu 'alaihi wasalam bersabda (yang erti nya): “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/99), Muslim (759))

Maksud “Penuh iman dan Ihtisab” di sini adalah membenarkan wajibnya puasa, mengharapkan pahalanya, hatinya senang dalam mengamalkan, tidak membencinya, dan tidak merasa berat dalam mengamalkannya.

Dari Abi Hurairah radhiallahu 'anhu juga Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam pernah bersabda (yang ertinya):

“Solat yang lima waktu, Juma'at ke Juma'at, Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara senggang waktu tersebut jika menjauhi dosa besar”. (Hadis Riwayat Muslim (233))

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu juga, bahawa Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa salam pernah naik mimbar kemudian berkata: “Amin, Amin, Amin”, ditanyakan kepadanya:”Ya Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam: Engkau naik mimbar kemudian mengucapkan: Amin, Amin, Amin? Beliau bersabda:

“Sesungguhnya Jibril ‘alaihissalam datang kepadaku, dia berkata: “Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakan: “Amin”, maka akupun mengucapkan : Amin……”.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah (3/192), Ahmad (2/246 dan 254) dan al-Baihaqi (4/204) dari jalan Abu Hurairah. Hadis ini sahih, asalnya terdapat dalam “Sahih Muslim” (4/1978))

2. Dikabulkannya do'a dan pembebasan dari api neraka

Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo'a akan dikabulkan do'anya.” (Hadis Riwayat al-Bazzar (3142), Ahmad (2/254) dari jalan A'mas, dari Abu Shalih dari Jabir, diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1643) darinya dengan ringkas dari jalan lain, hadits sahih. Do'a yang dikabulkan itu adalah ketika berbuka - lihat “Misbahuh Azzujajah” (no. 604) karya al-Bushiri)

3. Orang yang berpuasa termasuk shidiqin dan syuhada

Dari Amr bin Murrah al-Juhani Radhiallahu 'anhu berkata: Datang seorang lelaki kepada Nabi Shalallahu 'alaihi wasalam kemudian berkata: “Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika aku bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang hak untuk diibadahi kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah Shalallahualaihi wasalam, aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku melaksanakan puasa Ramadhan dan solat tarawih di malam harinya, termasuk orang yang manakah aku? Beliau menjawab: “Termasuk dari shidiqin dan syuhada”. (Hadis Riwayat Ibnu Hibban (no. 11 di dalam Zawaidnya) sanadnya sahih)

Thursday, August 12, 2010

TeRaSa GlamEr jAPs.....HeHeHe




Pelajari teknik, prosedur sebenar


PASIR GUDANG – Teknik penghasilan kertas kerja yang baik dapat diketahui melalui Kursus Penulisan Kertas Kerja yang dianjurkan oleh Kelab Pembimbing Rakan Siswa, di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Premier Johor Bahru, baru-baru ini.

Timbalan Presiden 3, Bahagian Perhubungan dan Alumni, Kelab Pembimbing Rakan Siswa, Politeknik Premier Johor Bahru, Rizal Makdi berkata, program ini diadakan bertujuan untuk mengajar ahli-ahli baru kelab tentang cara-cara dan langkah menghasilkan kertas kerja yang lengkap.

Menurutnya, program ini juga dapat memberi maklumat dan prosedur yang berguna kepada pelajar mengenai cara menjalani setiap proses untuk memastikan sesuatu program yang dilakukan berjalan dengan lancar.

“Ini bagi memastikan setiap ahli yang ingin menjalani apa-apa aktiviti pada masa akan datang dapat mengetahui teknik yang betul dan tepat untuk membuat kertas kerja dengan teratur agar tidak mengalami sebarang masalah.

“Seorang Pensyarah Pembantu Kaunseling Jabatan (PBKJ), Jabatan Mekanikal Politeknik Premier Johor Bahru, Fairullah Muhammadon telah dijemput untuk memberikan sedikit ceramah dan motivasi,” katanya kepada Sinar Harian.

Rizal berkata, program ini merupakan program tahunan yang setiap tahun diadakan kepada ahli baru yang menyertai kelab serta ahli-ahli yang sebelum ini tidak pernah menyertai program ini lagi sebelum ini.

Beliau berkata, kursus yang diadakan selama tiga jam setengah ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling, Politeknik Premier Johor Bahru.

Beliau berharap, program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan para pelajar yang terlibat mendapat ilmu yang berguna untuk membuat kertas kerja untuk kegunaan semasa belajar mahupun sesudah bekerja nanti.

sumber : Sinar Harian Edisi Johor
http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8051792.asp

Tuesday, August 10, 2010

Pelancaran website baru : www.fairullahmuhammadon.blogspot.com


Laman web ini adalah direka khusus untuk para pembaca khususnya
anak didikku untuk mendapatkan nota-nota, maklumat-maklumat terkini, perbincangan dan bahan ilmiah lain dalam subjekku. Website ini adalah inovasi daripada web yang lama iaitu : www.fairullahs.blogspot.com yang mana laman web ini hanya lebih memfokuskan kepada inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Mudah-mudahan dengan tercipta laman web ini , para pembaca sekelian akan dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan dengan lebih kondusif dan dapat saling bertukar-tukar fikiran dalam menyampaikan wadah ilmu yang bermanfaat. Semoga kita semua mendapat hidayah dan keberkatan dari Allah swt.. amin......

Monday, August 2, 2010

KeNaNgAn TO Ex-pRs PjB


ermm dah lama aku tak join program2 prs sejak aku melepaskan jawatanku sebagai penasihat PRS PJB. actually, thanks kpd prs kerana menjemputku sebagai penceramah penulisan kertas kerja pada malam khamis yang lepas... to ex-prs pjb, hope u oll success alwyz dalam segala lapangan bidang yang anda ceburi, semoga prs terus maju di politeknik JB ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mErEnUnG sEjEnAk..........

NOTA-NOTA ILMIAH