Salam lebaran buat pengunjung blog semua, kepada semua blogger dan rakyat Malaysia semua. Tahun ni penulis menyambut aidilfitri agak berlainan sedikit berbanding dengan tahun-tahun sebelum ni, kerana pertama kali menyambut di perantauan Mersing. Diam tak diam penulis dah lebih 3 bulan berkhidmat di Mersing ini. Alhamdulilah, orang kata tu ada sikitlah semangat nak menyambut hari raya sebab sudah agak jauh sedikit dari kampung halaman penulis walaupun jarak lebih kurang 2 jam lebih memandu hehehehe.....
Seronok dengar cerita sambutan hari raya, sebab ramai orang yang mencerita makin banyak pula ragam dan cerita.Tahun ni raya pertama dan raya kedua penulis berada di Rumah Mertua di Felda Air Tawar 5, raya yang ketiga baru balik ke rumah arwah datuk penulis di Pontian dan Raya keempatlah baru penulis bersama keluarga penulis berkonvoi mengunjungi rumah sanak saudara di Batu Pahat, Kluag, Pengerang, Kota Tinggi dan Pasir gudang. Memang camtulah setiap kali rutin hari raya aidilfitri penulis. Bagi penulis pada bulan Syawal nilah kita mengambil kesempatan untuk mengunjungi sanak saudara dan rakan-rakan, menguatkan lagi ukhwah islamiah dan yang paling penting memohon kemaafan bersama.
No comments:
Post a Comment