KliK DuLU iKLaN - IkLan MeNaRik Di SiNi ... daN dApAtKaN $$$$$$

HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....

My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$

Thursday, March 17, 2016

PERTH, AUSTRALIA

Assalamualaikum wbt , salam 1 Malaysia dan salam muafakat


Walaupun sudah hampir 4 bulan berlalu iaitu pada bulan November 2015, tetapi penulis nak kongsi dengan semua pembaca tentang kisah penulis membawa rakan-rakan ofis penulis melancong ke Perth Australia. Kali ni penulis membawa lebih kurang 11 orang rakan ofis ke Perth Australia. Kredit kepada sahabat penulis: Hanani dan suami kerana membawa kami sepanjang travelling kami kesana.

PHOTO KAMI DALAM INSTAGRAM HANANI

Actually, ini kali kedua penulis melancong ke Perth, Australia. Masa mula-mula dahulu penulis melancong secara backpacker bersama sahabat penulis iaitu Rafi ketika penulis masih bekerja di Politeknik Ibrahim Sultan pada tahun 2014 : 
Caversham Wildlife Park

Mandurah
Pejabat Konsulat Malaysia



Cuma, kali ni penulis pergi secara rombongan Mak Kiah. Penulis agak berbangga juga kerana kali ni penulis membawa sekali isteri tercinta dan anak bongsu penulis...banyak tempat yang penulis lawati dan banyak jugalah mengimbau kenangan ketika mula-mula penulis menjejakkan kaki ke Perth ni dulu. Actually, bagi penulis  Perth adalah suatu destinasi yang anda pasti  dan kena ke sana kerana selain bandarnya yang indah, pasti semua akan terpesona dengan keramahan penduduknya di samping banyak tempat destinasi pelancongan yang amat memukau para pelancong. Dibawah penulis nak masukkan gambar-gambar ke dalam entri ini untuk tatapan pembaca semua :)

JOM... PUSING2 PERTH
KEDAI MAKAN2 KEPUNYAAN RAKYAT MALAYSIA YANG TERKENAL DI PERTH
TAK HABIS2 POSING HEHEHE... KETIKA MELAWAT KILANG MINUMAN


KINGS PARK - SALAH SATU DESTINASI WAJIB PERGI DI PERTH.. DARI SINI KITA NAMPAK VIEW BANDAR PERTH DARI ATAS BUKIT

BERAPA ORANG MAKAN TU.. HEHEHEHE
CAVERSHAM WILDLIFE - PEGANG KANGAROO WAJIB HEHEHEHE

UNIVERSITY HARY POTTER @ UNIVERSITI WESTERN AUSTRALIA... CUBA TEKA BERAPA UMUR POKOK NI

BERUANG KOALA - SALAH SATU SIMBOLIK HAIWAN NEGARA INI SELAIN KANGAROO

SHOPPING CORELLE - MURAHNYA DI SINIIIIIII

WOMBAT - BINATANG KESAYANGAN DI CAVERSHAM WILDLIFE NI

E SHED MARKET - DESTINASI WAJIB UNTUK BELI SOUVENIR DI SINI
MELAWAT KILANG CHOCOLATE YANG TERKENAL DI SINI


ACTUALLY BANYAK LAGI TEMPAT YANG PENULIS LAWATI DI SINI TAPI TAK BERKESEMPATAN UNTUK PASTE PIC DI SINI. TAPI KALAU NAK LIHAT TEMPAT-TEMPAT YANG PENULIS LAWATI BOLEHLAH TERUS KLIK SINI : https://www.facebook.com/fairullah.de.greatz/photos_albums ... SAYONARA :) SAMPAI KETEMU LAGI DI LAIN ENTRI, TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI PENULIS 





Thursday, March 12, 2015

PROGRAM SMART LEARNING PELAJAR IPS2 DI SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI JOHOR

Hari ni penulis nak kongsi pengalaman penulis buat program di SK Tanjung Surat Kota Tinggi. Actually Penulis mengajar subjek Study Skills, jadi penulis telah bagi satu task kepada pelajar penulis untuk menyampaikan segala ilmu yang penulis telah curahkan di sebuah sekolah. maka sekolah yang terpilih adalah di SK Tanjung Surat Kota Tinggi Johor. Terima kasih warga SK Tanjung Surat especially pihak Guru Besar yang sudi menerima kehadiran kami.. Jeng jeng jeng mari kita ikuti di bawah ni :

bergambar di hadapan bangunan sekolah SK Tanung Surat
Sekolah ni lokasinya di sebuah pulau
Ucapan dari penulis heheheheheh
salah satu sesi  
Latihan dalam Kumpulan
Ucapan dari pihak Guru Besar

NAMA PROGRAM            :SMART LEARNING
TARIKH                              : 16 OKTOBER 2014 ( KHAMIS)
TEMPAT                             : SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI JOHOR
SASARAN                            : PELAJAR-PELAJAR DARJAH  1, DARJAH 5 DAN DARJAH 6
ANJURAN                            : PELAJAR-PELAJAR IPS2 BERSAMA PENSYARAH EN 
                                                 MOHD FAIRULLAH BIN MUHAMMADON DALAM SUBJEK                PUB2014 (STUDY SKILLS) DENGAN KERJASAMA JABATAN               MATEMATIK SAINS DAN KOMPUTER



Pada 16 Oktober 2014 yang lepas, pelajar-pelajar  dalam program IPS2 bersama dengan pensyarah  dalam subjek PUB 2014 (study Skills) iaitu En Mohd Fairullah Bin Muhammadon dengan kerjasama Jabatan Matematik Sains Dan Komputer, Politeknik Mersing Johor  telah mengadakan satu program yang bertemakan “SMART LEARNING” yang diadakan di sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor.

Tujuan utama program ini adalah bertujuan untuk mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari di dalam kelas dan dipraktikkan di luar bilik darjah. Sasaran adalah kepada pelajar-pelajar dalam darjah 1, darjah 2 dan darjah 6. Smart Learning adalah satu proses secara tersusun dan bersistematik dalam kita merangka dan merancang strategi dalam menetapkan matlamat terutama dalam bidang pelajaran. Selain dari itu juga,  pelajar juga di ajar tentang kemahiran teknik menghafal nombor dan kaedah pembelajaran  secara betul di samping mengenal diri  dalam kesesuaian kaedah belajar.



Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan mendapat pujian terutama dari pihak Guru Besar Sekolah tersebut iaitu En Sanif Bin Salim. Semoga program ini dapat diteruskan di masa-masa hadapan dan memberikan banyak impak kepada yang terlibat.

Sunday, October 12, 2014

TAIWAN 2014

Pada bulan September 2014 yang lepas, penulis telah berangkat ke Taiwan untuk melakukan lawatan kerja di sana selama 5 hari . Alhamdulilah segalanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang. Kali ni penulis pergi kerana urusan membuat kolaborasi SOFBOL Politeknik Malaysia. Antara tempat2 yang penulis lawati adalah di Taipei, dan Kahsiung iaitu di kawasan utara dan selatan Taiwan.. Apa yang menariknya, penulis berkesempatan menaiki train yang berkelajuan sehingga 300km/j dari Taipei ke Kahsiung yang mengambil masa hanya 2 jam setengah sahaja berbanding jika kita menaiki kereta yang mengambil masa sehingga 5 jam !!! di Kahsiung, kami Universiti Kahsiung untuk membuat beberap MOU dan ke stadium baseball dan menyaksikan perlawanan baseball antara duka kelab yang terkenal di sana iaitu RHINO DAN ELEPHANT.   Semoga team Sofbol Politekma akan terus maju dan cemerlang di persada dunia amin......















MAJLIS PRAGRADUAN 2014



Sunday, August 3, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam lebaran buat pengunjung blog semua, kepada semua blogger dan rakyat Malaysia semua. Tahun ni penulis menyambut aidilfitri agak berlainan sedikit berbanding dengan tahun-tahun sebelum ni, kerana pertama kali menyambut di perantauan Mersing. Diam tak diam penulis dah lebih 3 bulan berkhidmat di Mersing ini. Alhamdulilah, orang kata tu ada sikitlah semangat nak menyambut hari raya sebab sudah agak jauh sedikit dari kampung halaman penulis walaupun jarak lebih kurang 2 jam lebih memandu hehehehe..... 

Seronok dengar cerita sambutan hari raya, sebab ramai orang yang mencerita makin banyak pula ragam dan cerita.Tahun ni raya pertama dan raya kedua penulis berada di Rumah Mertua di Felda Air Tawar 5, raya yang ketiga baru balik ke rumah arwah datuk penulis di Pontian dan Raya keempatlah baru penulis bersama keluarga penulis berkonvoi mengunjungi rumah sanak saudara di Batu Pahat, Kluag, Pengerang, Kota Tinggi dan Pasir gudang. Memang camtulah setiap kali rutin hari raya aidilfitri penulis. Bagi penulis pada bulan Syawal  nilah kita mengambil kesempatan untuk mengunjungi sanak saudara dan rakan-rakan, menguatkan lagi ukhwah islamiah dan yang paling penting memohon kemaafan bersama.








Monday, July 21, 2014

SEKADAR RENUNGAN ISU-ISU TERKINI

Sejak akhir-akhir ni, banyak isu yang telah berlaku di negara yang kita sayangi ini. Isu pesawatMAS MH370 yang hilang entah kemana dan masih lagi belum ada jawapan terus menjadi misteri.BELUM HABIS ISU MH370, negara kita sekali lagi digemparkan juga dengan pesawat MAS MH17 yang telah ditembak jatuh di Negara Timur Ukraine.  Berita-berita ini  amat menggemparkan seluruh rakyat Malaysia Sememangnya, pada masa inilah peranan pemimpin-pemimpin kita yang diuji penuh dengan kesabaran dan kebijaksaan dalam menangani sentimen dan emosi rakyat Malaysia dan juga negara luar yang terlibat. Bagi penulis sendiri, penulis agak terkejut dengan berita-berita kejutan ini. Kadangkala rasanya seperti tak mahu lagi mendengar berita2 di media massa.Berdegup kencang rasa jantung ni. Tetapi apakan daya, kita sememangnya makhluk kerdil  di dunia ini. Segala ketentuan yang telah ditentukan kita mesti terima dengan redha. Setiap perkara yang berlaku tentu ada hikmahnya, selagi kita bernyawa kita tak lari daripada ujian-ujian yang Allah beri kepada kita. Dari Allah kita dijadikan, dan kepada Allah jugalah kita akan dikembalikan....  

kehilangan MH370 terus meisteri dan masih tidak dapat dijumpai sehingga sekarang
Bangkai pesawat MH17 yang jatuh terhempas
Pada tahun 2013, juga negara kita sekali lagi digemparkan dengan isu tragedi di Lahad Datu. Penulis seakan tak boleh terima hakikat, terdapat satu keinginan dari satu puak (Raja Sulu), yang sudah lama berkubur dan tidak lagi diiktiraf malah dinegara mereka sendiri bercita-cita besar untuk menguasai negara kita di Sabah. Apa yang menyedihkan, mereka ini adalah orang Islam yang sudah ada tamadun, tetapi pincang kerana kerana kuasa dan ketamakan pangkat. Apakah sesenang itu pengganas-pengganas tersebut merampas tanahair kita ?? Mana perginya kesucian agama Islam yang mereka amalkan dan anuti ?? Inikah contoh terbaik dan inikah yang Islam yang mereka amalkan.. Penulis agak emosi dalam hal ini kerana penulis adalah seorang rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik. 

Keganasan Lahad Datu
Hari ini juga, mari kita lihat di negara-negara Islam yang lain. Apa yang terjadi kepada bumi Palestin.. Dengan rakus mereka merampas bumi Palestin. Kanak-kanak dan orang tua sesuka hati dibunuh tanpa peri kemanusiaan.ke mana perginya nilai kemanusiaan ?? Menitis airmata penulis, bila melihat nasib rakyat di Palestin. Penulis tak mampu nak berperang bersama rakyat Palestin di Negara Palestin.Penulis tak mampu nak hulurkan sumbangan wang berjuta-juta untuk membantu rakyat Palestin, cuma sekadar yang termampu sahaja dari penulis.Cuma, apa yang penulis mampu untuk mengangkat dan menadah tangan kepada yang Esa, memohon simpati kehadrat Allah swt. "Ya Allah, mohon kau tunjukkanlah kuasamu ke atas Yahudi Zionis yang dikecam dan zalim itu. Kau berilah pembalasan yang seadilnya dan mohon kau nyahkanlah kaum zionis ini dari mukabumi ini. Berilah mereka azab yang menyeksakan di dunia ini, agar mereka tahu akan kebesaranmu Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa ke atas mukabuni ini" Apa yang tinggal untuk rakyat Palestin ?? Bumi Ghaza yang sekangkang kera, itupun mahu ditakluk juga oleh zionis dajjal  yang dikutuk itu.  



Apa peranan kita ?? Masa nilah kita kena bersatuhati dan bersatupadu memastikan tiada anasir-anasir jahat yang masuk ke dalam Malaysia ini. Penulis tak sanggup lihat rakyat kita berbalah sesama sendiri. Sejarah membuktikan, kejatuhan sesebuah negara akibat dari kesempatan dunia luar atas perbalahan sesama kita. Lihatlah bagaimana kejatuhan empayar Melaka yang pernah berdiri gah suatu masa dahulu.. Kejatuhan Negara Soviet Union dek kerana perbalahan sesama mereka.... Semoga negara kita sentiasa dirahmati oleh Alllah swt.. amin  

Tuesday, July 15, 2014

Bagaimana Cara Membuat Pembentangan Yang Memukau Dan Berkesan


Assalamualaikum wbt

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog semua..Esok Hari ni Penulis nak share tentang tips bagaimana Cara Untuk Kita makan  membuat pembentangan @ presentation secara memukau dan berkesan. Actually penulis tertarik dengan blogger yang penulis ambil dari blog  www.shahabudeenjalil.com. Mudahan dengan perkongsian ilmu ini akan dapat membantu kita semua tidak kira dari kalangan pelajar @ sesiapa sahaja yang akan membuat presentation ataupun pembentangan.



Sebagai usahawan, ahli perniagaan atau pelajar universiti tentu anda perlu membuat pembentangan atau presentation. Pembentangan ini akan menetukan siapa diri anda dan adakah mesej yang anda ingin sampaikan ini dapat disampaikan dengan baik dan difahami oleh pendengar. Ini juga menentukan samada anda mendapat kontrak, jualan, pinjaman, markah dan kelulusan yang diperlukan.
Dalam artikel ini saya akan terangkan secara terperinci bagaimana untuk anda melakukan presentation yang baik. Ciri-ciri menyediakan pembentangan yang baik serta apa yang perlu anda lakukan sewaktu pembentangan itu sendiri. Akhir sekali saya akan terangkan mengenai salah satu pembentangan yang saya buat sebagai contoh buat anda.
Saya terdedah untuk membuat pembentangan ini hampir setiap bulan untuk Kursus Memborong di China dan Lot.my di mana saya perlu menerangkan secara spesifik kaedah, cara dan masalah untuk menyediakan usahawan di China. Untuk Lot.my pula, kami berhadapan dengan usahawan yang ingin membuka kedai online dan bagaimana untuk mengajar serta mendidik mereka supaya mereka boleh membuka kedai online mereka apabila mereka pulang ke rumah.
Pembentangan yang baik adalah pembentangan yang dapat mempengaruhi keputusan yang bakal pendengar anda buat. Jadi penting untuk anda fokus bukan saja kepada ciri-ciri  pembentangan yang baik, malah perlu ada juga unsur emosi. Emosi yang disampaikan akan mempengaruhi keputusan pendengar. Akhir sekali perlu disusuli dengan tindakan yang perlu dilakukan oleh pendengar sebagai kesimpulan.
Berikut adalah ciri-ciri teknikal presentation yang baik yang perlu anda titik beratkan sewaktu persediaan pembentangan. 
1. Pemilihan jenis huruf
Ini adalah sangat penting supaya semua orang yang berada dalam dewan dapat melihat dengan jelas tulisan yang digunakan untuk menyampaikan poin anda. Jika anda tidak tahu font mana untuk dipilih, pilih saja font Arial yang biasa digunakan. Jangan gunakan font
2. Warna
Warna memainkan peranan yang sangat penting untuk pendengar anda melihat dengan jelas perkataan, ayat dan poin yang anda bentangkan. Kesalahan yang biasa dilakukan adalah apabila pembentang cuba menggunakan warna-warna fancy yang kononnya ingin menjadikan pembentangan mereka lain daripada yang lain. Namun kaedah ini hanya menjadikan keadaan pembentangan anda lebih teruk . Contohnya, ada yang menggunakan latar belakang hitam dengan tulisan merah. Ini menjadikan pendengar sakit mata melihatnya.
Anda boleh menggunakan sedikit sebanyak warna lembut untuk latar belakang, namun pastikan tulisan anda adalah jelas dan kontra dengan warna latar belakang.
Tip mudah untuk memilih warna adalah menggunakan warna background putih dengan tulisan hitam. Sentiasa ingat, anda tidak akan mendapat markah lebih hanya kerana anda menggunakan warna yang fancy. Tidak ada markah tambahan di sini, ambil saja jalan selamat.
3. Power point
Power point digelar power point adalah kerana ia untuk poin dan bukan untuk meletakan karangan. Ramai pembentang membuat kesalahan dengan meletakkan seluruh perenggan yang ada dalam modul atau kertas kerja dalam power point. Ini adalah kesalahan yang besar.
Orang melihat kepada slides anda untuk melihat point dan mengharapkan anda akan menghuraikan serta menerangkan setiap poin tersebut. Pilih hanya poin yang terbaik untuk diletakkan di slides anda. Anda juga boleh mengadakan poin-poin ini dalam bentuk diagram / mind map. Namun jika anda tidak pandai melukis diagram, kekalkan dalam bentuk point biasa dalam 5-7 patah perkataan bagi setiap poin. Hanya maksimum 5 poin sahaja dalam satu-satu slides.
4. Penerangan
Setelah membuat point, anda perlu menerangkan setiap point ini dengan kaedah berikut
a. Baca point yang diletakkan di atas slides (satu poin pada satu masa)
b. Definisikan atau ulas maksud poin tersebut dalam satu ayat
c. Huraikan poin tersebut dengan 3-5 ayat.
d. Berikan satu contoh ringkas atau cerita menarik berkenaan poin itu.
5. Memberi Contoh dan Bercerita 
Memberi contoh penting supaya pendengar dapat membayangkan dan memahami point yang disampaikan. Satu lagi kaedah yang berkuasa adalah bercerita.
Kita sebagai manusia sudah terlatih sejak dari kanak-kanak untuk seronok mendengar cerita dan pengalaman orang lain. Jadi sewaktu berada di langkah (d) seperti di atas, terangkan mengenai satu kisah menarik mengenai poin tersebut. Anda boleh ceritakan sesuatu dari pengalaman anda, pengalaman orang lain, kisah yang berlaku dalam masyarakat ataupun kisah dongeng dan rekaan. Asalkan ia berkaitan dengan poin dan memberikan pendengar satu bayangan yang jelas mengenai apa yang anda terangkan.
6. Penggunaan Gambar, Video dan Diagram
Penggunaan gambar juga boleh memainkan peranan yang penting dalam pembentangan. Namun gambar yang dipilih perlu menarik dan menyampai mesej yang jelas kepada pendengar. Jangan gunakan gambar yang boleh menganggu orang yang melihat pembentangan anda seperti gambar mayat, gambar orang dibedah atau gambar wanita separuh bogel.
Penggunaan Video pula pastikan ia dari 2 minit dan maksimum 3 minit. Video yang terlalu lama akan membuatkan pendengar bosan dan ini akan mengakibatkan mereka mula memikirkan mengenai hal lain dan anda gagal untuk meletakkan mereka dalam fokus yang anda mahukan. Pendengar di sini untuk mendengar anda bercakap dan bukan di panggung wayang untuk menonton video.
Penggunaan Diagram atau peta minda juga baik. Namun tak boleh ada lebih dari 5 point dalam peta minda tersebut. Jika peta minda anda mempunyai point yang lebih dari itu, ia menjadikan pendengar sukar untuk mengingati dan memahami poin anda.
7. Persediaan Awal 
Jika anda masih baru dalam bidang pembentangan, anda perlu buat latihan beberapa kali sebelum pembentangan yang sebenar. Ini akan memberikan beberapa kelebihan kepada anda antaranya
a. Anda tahu bahawa anda hanya menggunakan waktu yang diberikan untuk pembentangan. Jika anda diberi 10 minit. Pastikan pembentangan anda habis dalam tempoh waktu kurang dari itu. Jika lebih sekalipun, pastikan tidak lebih dari 2-3 minit dari 10 minit yang diberikan.
b. Anda juga perlu tahu kederasan anda bercakap. Anda tidak perlu bercakap terlalu cepat atau terlalu perlahan kederasannya. Ini akan mempengaruhi masa yang diambil untuk menyampaikan pembentangan. Jadi latihan dan kritikan dari orang lain penting sebelum anda membuat pembentangan yang sebenar.
c. Kelancaran bercakap juga dapat dipertingkatkan kerana dengan latihan yang mencukupi anda sudah boleh mengingati slides yang seterusnya. Oleh itu sewaktu pembentangan nanti, anda akan lebih bersedia dari segi mental untuk menerangkan poin yang seterusnya.
c. Selain itu, dengan persediaan yang awal, anda boleh membuang poin-poin yang tidak perlu dan hanya kekalkan poin yang penting sahaja. Anda tidak perlu merasa bersalah untuk membuang poin-poin tertentu kerana poin yang terlalu banyak hanya akan menjadikan pendengar anda keliru. Lebih baik sedikit tetapi padat. Yang penting anda dapat mempengaruhi pendengar anda.
Pada hari pembentangan…
1. Berpakaian kemas dan sesuai
Pakaian adalah sangat penting lagi-lagi jika penonton anda bukan orang yang anda kenali. Pastikan pakaian anda sesuai. Pakaian yang baik menunjukkan bahawa anda menghormati penonton anda. Pakaian yang selekeh memberi signal bahawa anda tidak bersedia, tidak meyakinkan dan tidak menghormati penonton.
2. Berdiri Di Hadapan Tepi Kanan Screen 
Anda perlu berdiri dengan berkeyakinan di hadapan sebelah kanan screen. Dengan ini anda tidak menghalang penonton untuk melihat slides anda.
3. Gunakan penunjuk screen bukan jari
Gunakan penunjuk screen untuk menunjukkan poin yang anda ingin terangkan. Jika tidak ada penunjuk screen, gunakan pensel atau pembaris. Jangan sekali-kali gunakan jari anda. Jika semuanya tidak ada. Jangan tunjuk pada screen langsung. Bercakap dengan penonton dengan tangan terbuka.
4. Jangan menerangkan dengan melihat kepada slides
Anda boleh melihat kepada slides sewaktu membaca poin yang tertera di slides, namun jangan menghuraikan dengan melihat kepada slides. Anda perlu menerangkan atau menghuraikan dengan melihat kepada penonton anda.
5. Bercakap dengan sistematik
Seperti yang saya terangkan sebelum ini, anda perlu bercakap dengan sistematik. Ikut langkah ini – Baca point, definisikan, huraikan dan bercerita atau beri contoh.
6. Akhiri Pembentangan Dengan Saranan
Akhiri pembentangan anda dengan saranan atau apa yang perlu bertindak oleh pendengar sekarang. Ia boleh jadi mereka perlu bertindak untuk mendaftar, atau bertindak memahami sesuatu isu ataupun mereka perlu sedar mengenai sesuatu yang perlu diubah.
Pembentangan yang baik akan bermula dengan pembentang mengalihkan fokus pendengar daripada mana-mana bidang lain kepada bidang yang diterangkan, kemudian pembentangan memainkan emosi dengan cerita supaya pendengar faham secara tidak langsung bahawa apa yang sedang disampaikan ini penting. Kemudian di akhir pembentangan disusuli dengan tindakan yang perlu diambil dengan jelas.
Ini adalah salah satu pembentangan yang saya sampaikan untuk PUSPANITA Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Putrajaya. Slides ini agak ringkas. Masa yang diberikan adalah 30 minit.
sumber :

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mErEnUnG sEjEnAk..........

NOTA-NOTA ILMIAH