KliK DuLU iKLaN - IkLan MeNaRik Di SiNi ... daN dApAtKaN $$$$$$

HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....

My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$

Sunday, March 28, 2010

ptk Oh PTK !!

bilik bertaraf premium studio
suasana dewan di mana berlangsungnya peperiksaan PTK
swimming pool
Hotel Avillion Legacy Melaka
korang tau tak apa itu ptk ?? ptk adalah peperiksaan tahap kecekapan di mana kakitangan awam perlu mengambilnya untuk menguji kebolehan dan kecekapan pegawai sebagai salah satu syarat anjakan gaji dan / atau pertimbangan kenaikan pangkat. Untuk itu, aku telah mengambil inisiatif untuk mengambil ptk pada 23-25 hb Mac 2010 yang lepas.
Sebenarnya keputusan ptk ku yang lepas sudah cukup untuk ku melayakkan diri untuk kenaikan gred tetapi tujuan aku mengambil kali ini adalah untuk memperbaiki keputusan
(di mana peperiksaan ptk sebelum ini ku ambil di Hotel The Zone, Kuala Lumpur bersebelahan dengan KLCC). Pada peperiksaan ptk yang lepas aku sudah mencapai

i) aras 4 ( aras maksimum ) untuk komponen fungsional
ii)aras 3 untuk komponen generik.

bertempat di Hotel Aviliion Legacy Melaka maka kuteruskan perjuangan...apa yang bestnya kali nie dapat kuberjumpa ramai kekawan lama semasa study dulu... insya allah kepada pembaca sekelian, ku harapkan doa kalian untuk ke terus memacu kecemerlangan dalam karier kerjayaku. begitu juga sebaliknya, aku doakan kalian semua berjaya dalam karier masing-masing.. amin...

Wednesday, March 17, 2010

pErCuTiAn Ke mErSiNg !!


Jeti mersing di sebelah penginapan kami.. Hotel Timotel
Pemandangan Timotel Hotel dari jetty
Khusyuk azim berchatting .. free wifi tuee
khusyuk mandi kat tab tue .. lepas nie kita gi pantai laks
Aksi afiq + azim sebelum bertukar jadi gaban
afiq dan azim.. cepat sarapan.. lepas nie kita round2 mersing
breakfast time !!!
jangan lupa beli keropok di Mersing
Mersing.. penuh dengan cerita lagenda dan sejarah tersendiri

Sri Mersing

Sri Mersing lagulah melayu
Dikaranglah oleh biduan dahulu
Sri Mersing lagulah melayu
Dikaranglah oleh biduan dahulu
Hatiku runsing bertambahlah pilu
Mengenangkan nasib
Mengenangkan nasib
Yatimlah piatu
Hatiku rungsing bertambahlah pilu
Mengenangkan nasib
Mengenangkan nasib
Yatimlah piatu

Pantai Mersing kualalah Johor
Pantainya bersih sangatlah mashyur
Pantai Mersing kualalah Johor
Pantainya bersih sangatlah masyur
Pohonkan doa kitalah bersyukur
Negaralah kita negaralah kita
Hai aman dan makmur
Pohonkan doa kitalah bersyukur
Negaralah kita negaralah kita
Hai aman dan makmur

kowang hengat tak lagi pantun Melayu yang terkenal ?? macamana bunyinya ?? haaaa cuba lihat pantun di bawah nie .......

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba menkuang layu,
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu.

Sayang damak dalam sumpitan,
Di bawa orang pergi memburu,

Apa dikenang nasib badan,

Sudah tertulis dikandung ibu.


Dari Mersing ke Kuala Sedili,

Tempat nelayan mencari ikan,

Hidup ku ini membawa diri,

Ke mana pergi mencari makan.


pantun ini mengingatkanku tentang sejarah Melayu yang pernah berlaku di Mersing di mana kisah seorang jejaka Melayu namanya Damak dalam watak Sri Mersing yang kisahnya agak ngetop suatu masa dulu....
atas inisiatif ini, aku telah mengambil inisiatif untuk menjiwai watak Sri Mersing yang pernah menjadi lagenda Melayu pada suatu masa lalu. Untuk itu, cuti sekolah ini aku telah mengambil keputusan untuk bercuti di Mersing. ( actually aku memang suka kisah sejarah Melayu).
Mersing hari nie sudah banyak berubah. Walaubagaimanapun, laut masih menjadi tempat dan berfungsi sebagai nadi pencarian rezeki penduduk di sini.. apabila anda sampai ke Mersing, jangan lupa beli keropok kerana di sini terkenal dengan pelbagai jenis keropok2 yang sedap2. Disini juga terdapat jeti penghubung antara Daratan di bandar Mersing ke Pulau Tioman, Tak silap aku lebih kurang Rm80.00 tambang untuk dua hala.. pergi dan balik. . Untuk pengetahuan,Pulau Tioman adalah merupakan destinasi pelancongan yang menarik dan sangat terkenal di dunia !!!
jika anda merancang untuk bercuti bersama keluarga, bolehlah bawa mereka samada ke air papan ataupun banyak resort2 di sini yang tak terkira banyaknya .. bagi yang sangat mencintai alam sekitar, disini juga terdapat taman negara yang terkenal di dunia !!! lagi satu uniknya di Mersing adalah kedaan semula jadinya yang berbukit bukau dan bergunung ganang serta pemandangan hijau sesuai untuk ketenangan jiwa dan terapi mata...anda juga bolehlah search sendiri di internet tentang keindahan dan destinasi2 menarik di Mersing... Anyway, jgn lupa Mersing adalah tempat salah satu destinasi pelancongan keluarga yang menarik dan potensi untuk menjadi pusat pelancongan dunia jika langkah2 pemuliharaan dan naiktaraf serta kreatif yang bijaksana oleh pihak2 yang bertanggungjawab bolehlah menjadikan Mersing sebagai nadi dan pesaing kepada pusat pelancongan keluarga yang terkenal sebaris dengan tempat2 pelancongan domestik terkenal di seperti Langkawi ataupun Melaka .........

Thursday, March 11, 2010

PeMeRgIaN dAtUk TeRsaYaNg Ke RaHmAtULLaH

Jauh di mata dekat di hati
majlis cukur jambul anak sepupuku .. adeq
Semasa berbuka puasa di Rumah Mak Lang... tahun 2009
Bersama atuk tersayang semasa Hari Raya Aidilfitri
keadaan atuk di mamah usia ketika hayatnya
keadaan atuk semasa di hospital
Hari Ahad yang lepas, jam 9.30 malam aku dikejutkan dengan deringan telefon di rumahku. Terkejut apabila dikhabarkan bahawa datukku telah meninggal dunia. Atuk, yu sangat menyayangimu...tapi Allah lebih menyayangimu. Aku pasarah dan reda. Semoga rohmu di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...kami bergagas balik ke kampung ( ayer baloi ) pontian dan sampai lebih kurang jam 1.00 pagi. Actually datukku dah seminggu terlantar di hospital akibat sakit tua. Pada saat kematiaannya, umurnya telah mencecah 87 tahun.Rumah Mak Long ( dimana Mak Longlah yang menjaga atuk selepas keluar hospital) dah dipenuhi dengan sanak saudara. Perasaan hiba dan sedih menyelubungi pada waktu itu...

Selepas jenazah dimandikan pada jam 9.00 pagi, jenazah atuk selamat dikebumikan di pusara di Ayer baloi.. tidak jauh dari tempat kubur arwah nenek. Semoga atuk damai di sana,.. Ya Allah kau ampunkanlah dosa atuk, dosa kami dan dosa-dosa orang yang beriman..dan tempatkalah kami semua di Syurga FirdausiMu...Amin....

p/s: al fatihah untuk arwah atuk dan ayahanda .. aminn...

Thursday, March 4, 2010

mAnDi JaNgAn tAK mAnDi .....


antara aktiviti2 yang ada seperti memancing dll
gelombang laut yang agak kuat.. maklumlah bulan Februari nih
afiq, kat dalam nie kata orang ada emas taw... kata ucu iki
Pemandangan unik di Teluk Ramunia, dipenuhi deretan kapal pedagang
afiq yang menamatkan jurusan terakhir silatnya yang dinamakan silat kapunden koropet
ibu2 dan bapak2 tak join mandi laut sekali ke ??
huhuhuhuh berpiknik sakan
wahh seronoknyer nampak ??
Lama rasa dah tak berpiknik... selepas menghadiri majlis kahwin member merangkap dua pupuku di kampung, anak2ku dan anak2 sedara sibuk mengajak mandi Laut. Memang diowang kalo dengar balik rumah Moyang yang diowang gelar Tok Nyang, pasti tak Lekang dengan mandi laut.... ( betul ke grammar aku nie ?? ) , maklumlah kampungku nie ( Teluk Ramunia ) memang sinonim dengan Laut... apa taknya kawasan yang penuh dengan keindahan dan resort2, pantai yang cetek dan landai - sesuai untuk anak2 mandi laut serta satu yang kurasa uniknya Teluk Ramunia nie, jarang ditemui di pantai-pantai kat Malaysia nie, pemandangan lautnya yang penuh dengan kapal2 pedagang... rasa2 cam zaman kesultanan Melayu Melaka lah plaks .... Walau bagaimanapun, memandang bulan Februari adalah bulan monsun angin yang kuat, maka agak bahaya jugak mandi di laut musim ini kerana gelombang laut yang tinggi dan kuat... huhuhuhuh apa lagi ??xx jom layanz ........

HaPpY wEdDiNg DaY.....

Balai / khemah yang baru nak didirikan
nyumm nyummm nyummmm
Happy Wedding day to my bestfriend .. Mr Halim
lama aku tak entri dalam blog nie memandangkan kesibukan sejak seminggu dua nie. apa2 pun alhamdulilah, kesibukan tue dapat gak di atasi akhirnya.. untuk cerita kali nie pada bulan Mac nie aku dahului dengan majlis walimatul urus sahabat lamaku iaitu member sekampung .. Mr Halim. Tahniah ku ucapkan atas majlis perkahwinan dengan pasangannya orang Felda Adela, Kota Tinggi pada 20 Februari 2010 yang lepas. Semoga dengan ikatan perkahwinan ini akan bahagia ke akhir hayat.huhuhuhhuu..

actually Halim nie pun bukanlah siapa2 pun dalam keluargaku.. arwah bapaku adalah sepupu kepada makNye ( maknanya aku dan halim adalah dua pupu kann kann kannn ?? ). Mak Nye pula yang ku panggil mak anjang adalah orang yang biasa dalam familyku.. mana taknya semua kerja kahwin adik beradikku, Mak Anjang lah Tukang Masaknya !!!!!! Pernah kuteringat semasa kerja kahwin adikku Ejai di Pasir Gudang, Mak Anjang sanggup tinggal bersama kami di Pasir Gudang selama 3 hari untuk menjadi tukang masak majlis kerja kahwin.. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik Mak Anjang.

Kepada Halim, selamat menjadi Raja Sehari... semoga bahagia ke anak cucu. Maaf tak dapat tunggu hingga ke Majlis Persandingan sebab ada urusan yang lain yang tak dapat di elakkan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mErEnUnG sEjEnAk..........

NOTA-NOTA ILMIAH