KliK DuLU iKLaN - IkLan MeNaRik Di SiNi ... daN dApAtKaN $$$$$$

HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....

My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$

Sunday, May 17, 2009

SeLaMaT hArI GuRu

Tanggal 16 mei adalah hari yang bersejarah untuk guru-guru kerana pada hari ini adalah hari di mana adalah sambutan untuk HARI GURU SEDUNIA. Sememangnya jasa guru padaku tiada terbalas dalam mendidik anak bangsa untuk berjaya. Dari aku buta huruf hinggalah aku boleh membaca dengan pantas. Tugas guru bukan hanya mengajar matapelajaran sahaja di dalam kelas tetapi ibarat seperti ibu dan bapa dalam mendidik dan membimbing anak-anak muridnya menjadi insan yang berpekerti mulia. terima kasih guru-guruku, kerana tanpamu aku takkan berada pada landasan seperti sekarang ini.

Di kesempatan ini , aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU especially kepada guru-guru yang mengenali diri ini dan pernah mengajarku. Minta hala dunia dan akhirat atas tunjuk ajar dan ilmu yanbg diberikan. Aku juga ingin mengucapkn Selamat Hari Guru pada arwah bapaku, arwah ayahku adalah role model terbaik untukku. Tak lupa juga kepada kakakku, Along ur the best teacher, isteriku yang tercinta.. Selamat Hari Guru... As bukan sahaja guru di Politeknnik tetapi guru yang terbaik untuk anak-anak. Kepada Shikin - ejai ( adik iparku ) selamat hari guru.. nanti angah nak mendalami lagi ilmu bahasa Inggeris secara fasih huhuhuhuhuh dan juga tak lupa kepada ibuku .. emak kau adalah guru dalam mendidik anak-anak dengan penuh kelembutan dan kesabaran terutama melayani karenah kami yang pelbagai. Terima kasih emak...

akhir sekali marilah kita sama-sama menghayati sajak ini :

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Sunday, May 10, 2009

sElAmAt HaRi IbU - 10 mEi 2009 - LoVe U sO mUcH

Hari ini adalah 10 Mei 2009, juga merupakan HARI IBU SEDUNIA. Bagi insan yatim sepertiku ( ayah telah meninggal dunia ) hari ibu sememangnya hari yang betul-betul cukup untuk menginsafkanku. aku kini hanya mempunyai seorang ibu yang amat aku sayangi. Sememangnya, ibuku seorang yang amat tabah dalam hidupnya terutama ketika membesarkan adik-beradikku yang jumlah kesemuanya adalah 10 Orang !!!. Terima kasih ibu kerana hasil penat jerihmu dalam mendidik kami, akhirnya kami berjaya dalam hidup ...

Nak menceritakan ketabahan ibuku ini, rasanya memang tak tertanding bagiku. Bayangkan bagaimana untuk mendidik 10 orang anak-anak yang kukira rapat-rapat tahun kesemuanya terutama seorang adikku yang DORM SYNDROME. Perkara yang tak dapat kulupakan adalah ketika di zaman bangku sekolah. aku adalah seorang yang sangat aktif ( chewahh ), dan kerapkali mewakili sekolah seperti syarahan, perdebatan, pantun , tahfiz al-Quran manakala dalam sukan pula aku memang aktif dalam pertandingan catur dan bola baling. Ibuku kiranya manager akulah masa tuh selaku jurulatih aku hehehe..Kalau bab hafalan tuh, sememangnya ibuku adalah penyemak hafalanku yang profesional bersama kakakku yang juga sememangnya aktif di sekolah juga.Dalam aktiviti kemasyarakatan pula, ibuku selalu menggalakkanku untuk aktif di sekolah ..hasilnya?? aku memegang jawatan-jawatan penting di sekolah sepeti ketua kelas, ketua pengawas di peringkat sekolah rendah dan menengah dan ketua asrama dan unit-unit beruniform yang lain seperti pengakap, persatuan bahasa budaya yang mana aku juga adalah pengerusi serta jawatan-jawatan lain. Malah sehingga kini,aku begitu aktif dalam menjalankan tanggungjawabku yang diamanahkan diperingkat kerjaku sekarang seperti penyelia aktiviti kelab pembimbing rakan siswa, unit PRO dan ketua Penyelaras Kaunseling Jabatan. Ini semua adalah hasil didikan ibuku yang tak jemu-jemu mendidikku menjadi seorang yang berketrampilan, amanah dalam menjalankan tugas serta mampu berdaya saing dalam hidupku.

Ibuku juga sangat menekankan peningkatan akademik dalam hidup anak-anaknya. Kerana, dengan adanya bekalan ilmu dan ijazah yang digenggam mampu untuk kita berjuang dalam keselesaan hidup. Itulah pesanan azimat yang ibu amanahkan yang aku pegang hingga ke hari ini.

Di KESEMPATAN INI aku ingin meluahkan selamat hari ibu kepada ibuku ROHANI BINTI IBRAHIM. juga kepada ISTERIKU TERSAYANG SALHASMIDAH BINTI SULEIMAN ibu kepada dua orang hero kita yang comel. sememangnya aku sangat menyayangi kalian !!!! I love U so much ....

semoga cerita ini dapat menginsafkan kita semua :


p:s ( lihat juga montaj lagu ini , semoga dapat menginsafkan kita semua :http://www.youtube.com/watch?v=v9VbRjUD75g )

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap waja h ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


Saturday, May 9, 2009

pAmErAn DeMi PaMeRaN

Sejak berkecimpung dalam unit kaunseling dan unit perhubungan awam politeknik nih, maka kerjaku semakin bertambah (selain profesion sebagai seorang pensyarah). Aku kerap menjalani tugas rasmi di luar. Bulan lepas sahaja yang aku hengat aku hanya punch in dalam 9-10 hari jek di jabatan. Terima kasih kepada Ketua Jabatan yang memahamiku dan aku dapat pengurangan jadual waktu.Menjalankan tanggungjawab dalam unit kaunseling dan perhubungan awam nih memang agak penat, tetapi aku happy dengan tugas ni. sekurang-kurangnya aku dapat belajar tentang bermasyarakat. Sememangnya inilah profesion yang memang aku gemari sejak dari bangku sekolah lagi. Puas apabila dapat merancang aktiviti bersama pelajar dan masyarakat.

Cuma, pada 6-7 mei 09 yang lepas, aku berpeluang untuk mengajak isteriku bersama dalam membuat pameran dan promosi Politeknik di SMK Tan Sri Abdul Kadir,Mersing ( sebenarnya apabila aku bertugas rasmi luar, isteriku dan anak-anakku kerap ditinggalkan) cuma kali nih isteriku mengikutku dan anak-anak pulak ditinggalkan dengan tok maknya. (Terima kasih kepada Mak dan adik-adikku yang sanggup menjaga dan melayani kelatah anak-anakku semasa ketiadaanku) . Kami membuat pameran selama dua hari di sekolah tersebut dan tinggal di Hotel Seri Malaysia.

Cuma ada satu pengalaman yang tak lapat dilupakan .... hehehe nak taw?? petang rabu tuh lepas pameran kami meronda2 di Mersing, sempat beli keropok2 ( mersing terkenal dengan keropoknya). malamnya pulak kami makan2 di tepi laut, bedal ikan siakap tiga rasa yang.. perghhh segar, besar dan goreng puun sodapp..heheheeh( sampai sekarang masih berasa di tekak) . lepas balik di hotel , isteriku dari kul 11 malam hingga 5 pagi tak habis ulang alik ke tandas huhuhuhuh...esoknya lepas pameran, rancang2 nak gi Sedili lak beli ikan2 segar, tapi terpaksa lupakan niat sebab isteriku keletihan kerana kesan dari sakit perutnya itu.........

pAmErAn DeMi PaMeRaN

Sejak berkecimpung dalam unit kaunseling dan unit perhubungan awam politeknik nih, maka kerjaku semakin bertambah (selain profesion sebagai seorang pensyarah). Aku kerap menjalani tugas rasmi di luar. Bulan lepas sahaja yang aku hengat aku hanya punch in dalam 9-10 hari jek di jabatan. Terima kasih kepada Ketua Jabatan yang memahamiku dan aku dapat pengurangan jadual waktu.Menjalankan tanggungjawab dalam unit kaunseling dan perhubungan awam nih memang agak penat, tetapi aku happy dengan tugas ni. sekurang-kurangnya aku dapat belajar tentang bermasyarakat. Sememangnya inilah profesion yang memang aku gemari sejak dari bangku sekolah lagi. Puas apabila dapat merancang aktiviti dan

Friday, May 1, 2009

SlIdE ShOw aFiQ+AzIm

Di sini, ingin aku paparkan gambar2 anak-anakku untuk tatapan semua. anak aku sekarang dah menjangkau 2 orang... kedua-duanya hero. memang tak cukup kakitangan kami melayan karenahnya... seperti blog sebelum ini aku dah terangkan tentang sifat-sifat anak-anakku, cuma pada kali ini aku just nak paparkan gambar2 anak2ku... semoga anak-anakku ini menjadi anak yang soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

SiMpOsIuM pRs PeRiNgKaAt KeBaNgSaAn dI bUkIt FrAsEr HiLl 10-13 ApRiL 2009

pErCuTiAn Ke TiArA bEaCh ReSoRt PaDa 8-9 ApRiL 2009

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mErEnUnG sEjEnAk..........

NOTA-NOTA ILMIAH