KliK DuLU iKLaN - IkLan MeNaRik Di SiNi ... daN dApAtKaN $$$$$$

HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....

My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$

Tuesday, July 28, 2009

CuTi SeMiNgGu...

Hari ini aku bercuti selama seminggu iaitu dari 27 Julai 2009 hingga 2 Ogos 2009. Sebenarnya bukan aku saje-saje ambil cuti tetapi cuti emegency kerana Politeknik Johor Bahru diserang influenza h1N1. Daripada maklumat yang aku terima semalam, merebaknya demam dikalangan pelajar-pelajar asrama Politeknik Johor Bahru seramai lebih kurang 76 orang pada satu masa !!! untuk maklumat , silalah klik politeknik jb untuk maklumat lanjut tentang pengesahan penyerangan influenza h1n1 nie.

Sememangnya menjadi tanggungjawab kita untuk mendapatkan maklumat tentang cara penyegahan dan perkara-perkara yang perlu diketahui untuk menghindari diri dari terkena wabak H1N1 ini yang begitu cepat menular di negara-negara seluruh dunia. setakat ini sahaja angka kes wabak ini di negara kita sahaja sudah mencapai 1000 ++ orang, dan angka kematian sudah mencapai 2 orang. Apa yang penting jika ada kalangan kita terkena demam + batuk + selsema... cepat2lah merujuk ke doktor. Selalulah jaga kesihatan diri dan selalulah mencuci tangansebagat tanda penyegahan virus H1N1. silalah klik kementerian kesihatan untuk mendapatkan info yang tepat tentang virus H1N1 nie. Semoga kita semua dapat dikurniakan kesihatan dan dijauhi dari penyakit-penyakit yang merbahaya ... amin....

Monday, July 20, 2009

kErEtA iDaMaN......



ermm actually aku nak mintak pendapat dengan kowang sumer,,,nie just dalam perancangan dan kira-kira sajer huhuhhuu...( belom tau confirm tak ) actually aku tengah mencari-cari sebuah kereta yang aku rasa boleh aku gunakan untuk kegunaan family aku. Memandangkan keluarga aku sekarang dah menjangkau 4 orang ( anak 2 orang, isteri + aku) , so aku rasa MPV adalah yang terbaik pilihanku.. takut2 anak akan bertambah lagi nanti hehehehehe.... ermm kalau kowang ada idea , lehlah sumbangkan idea kat comment yek..kalau leh dalam rm100k ke bawah...segala sumbang idea sangat2 aku hargai. TQVM

Monday, July 6, 2009

mInGgU ReLaX ........




MINUM PETANG BERSAMA KELUARGA


SEMPAT KE KLUANG-RASALAH KOPI DAN ROTI BAKAR KLUANG RAILCOFFE

WINDOW SHOPPING

SIBUK MENYIAPKAN HOMEWORK .. AZIM TUH DAH SEKOLAH KE ????

Setelah hampir setiap minggu penuh dengan aktiviti atau kerja luar, barulah minggu nie aku rasa betul-betul dapat meluangkan masa di rumah ( itupun hari Sabtu aku bekerja sekejap hingga petang). ermm, seronok berdamping dengan keluarga, especially melayan keletah anak-anak. Terasa sunyi gak hujung minggu, kerana adik-adikku selama ini yang menceriakan keadaan telah kembali menyambung perjuangan semester baru di Universiti masing-masing. Dapatlah aku relax-relax, sambil meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak di rumah......aktiviti utama... of course kemas rumah dan zzzzzzzzzzzz hehehehhe..

Sunday, July 5, 2009

kEsEdArAn PeNdIdIkAn..............

PAMERAN PENDIDIKAN -JOM MASUK U -PLAZA ANGSANA-2009

PAMERAN PENDIDIKAN DI SMK SENAI-2009

PAMERAN PENDIDIKAN DI SMK TAMAN DAYA, JOHOR BAHRU-2009

PAMERAN PENDIDIKAN DI SM TEKNIK PERDAGANGAN JOHOR BAHRU-2009

PAMERAN PENDIDIKAN DI SMK TUN SYED ISMAIL, TENGGAROH-2009

PAMERAN PENDIDIKAN DI MERSING-2009

Kesedaran ibubapa untuk membimbing anak-anaknya agar menyambung pelajaran selepas SPM semakin tinggi. Hasil dari pengamatanku, apabila aku membuat pameran pendidikan, ramai ibubapa menemani anak-anaknya untuk mendapatkan maklumat lengkap dan tepat tentang peluang kemasukan ke Pusat pengajian Tinggi untuk anak-anaknya. Sekolah juga berperanan menganjurkan pelbagai karnival dan program kerjaya demi untuk menarik minat pelajar-pelajar untuk menyambung pelajaran selepas SPM. Masyarakat juga haruslah berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana banyak menyediakan kemudahan -kemudahan seperti kemudahan pinjaman pelajaran, bantuan pendidikan serta kemudahan-kemudahan insfrasruktur yang lengkap dan kondusif. Banyak pusat pengajian berkualiti yang tumbuh ibarat cendawan tubuh lepas hujan samada IPTA atau IPTS. Aku teringat Firman Allah taala " Allah mengangkat martabat seseorang itu kerana ketinggian ilmunya". Mudah-mudahan suatu hari nanti bangsa Malaysia nanti akan gah di persada dunia dan menjadi bangsa yang disegani kerana ilmunya..... AMIN.......

p/s: Kesimbangan ilmu dunia dan akhirat haruslah seiring.......

Friday, July 3, 2009

HaPpY bIrThDaY.................





Pada 1 julai yang lepas maka genaplah umur isteriku sebanyak 30 tahun. Selamat Harijadi sayang......... Untuk itu, aku sekeluarga telah meraikan harijadi isteriku selama dua hari dua malam . Untuk itu , pada sehari sebelumnya, kami telah menikmati jamuan di Senibong. Kemudian keesokan harinya, sekali lagi kami ke Pasir Putih pula untuk meraikan harijadi isteriku......Semoga Allah panjangkan usia as.....

Wednesday, July 1, 2009

jAlAn-jAlAN cArI mAkAn...

Dulu masa cerita jalan-jalan cari makan di tayangkan di TV, memang ngetop citer tu. seronok duduk di Malaysia, maklumlah negara kita kaya dengan rezeki dan makanan yang lazat-lazat. Korang nak tau tak tempat2 yang aku selalu pergi ( kedai makan ). di sini aku nak berkongsi dengan korang ... jeng jeng jeng..

1. Kalo aku balik kampung atau ke rumah mertua aku di kota tinggi, korang jangan lupa singgah di Telok sengat. isteri aku suka sangat rojak di sini sebab memang lazat dan ada KETAM !! nyum nyum nyum. lagi satu rasalah sate udangnya, murah satu cucuk dalam RM1.00 sahaja.... lagi satu pemandangan di sini, memang menarik kerana berlatarbelakangkan laut yang permai.

2. kalo korang berada di Kota Tinggi, rasalah keenakan belangkas di Restoran belangkas di sini. Lokasinya betul-betul di bandar Kota Tinggi, 200 meter sebelum simpang ke mersing dan Pengerang. Rasalah, memang marvelous... bukan itu shaja, di sini pun terkenal dengan masakan lala dan asam pedas ikan sembilang....

3. Kalo aku berada di Pasir Gudang... haaa, memang di sini banyak tempat yang enak2. tetapi yang ngetop di sini ialah:

a. kalo korang nak rasa keenakan mee bandung rasalah mee bandung taman scientex ataupun
di tanjung langsat.. rasanya... pehhhhh
b. Kalo nak rasa makanan laut nikmatilah di Kampung Pasir Putih ataupun di Senibong, permas
jaya.

4. Kalo aku balik kampung ke Pontian, rasalah keenakan makanan laut di Tanjung piai. keistimewaan disini udang2nya bersaiz xxxxxL.. memang besar2. Byangkanlah kalo saiz tue, order untuk sorang makan dalam 15 ekor!!!!




5. Tentang fast food plak, aku memang menggemari semua makanan fast food sepeti KFC, PIZZA, MAMA CHOP PAPA GRILL DAN MC'DONALD










6.Pasal buah-buahan pulak aku sebut DOGHIAN lah dulu.. power memang power. kalo rasanya dapat yang pahit2 sikit.... ermmmm KENYANGG KENYANGGGGGG

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mErEnUnG sEjEnAk..........

NOTA-NOTA ILMIAH