KliK DuLU iKLaN - IkLan MeNaRik Di SiNi ... daN dApAtKaN $$$$$$

HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....

My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$

Monday, October 7, 2013

THANIAH PASUKAN HOKI PIS -JAUARA BERGANDA 2013 !!!

JUARA BERGANDA  :  SASARAN  PASUKAN HOKI LELAKI PIS TERCAPAI.
  
Pada 12  September 2013 hingga 15 September 2013 telah berlangsung Kejohanan Hoki Piala Ketua Pengarah Politeknik bagi tahun 2013. Kejohanan tersebut telah berlangsung di Stadium Hoki Bukit serindit Melaka. Kejohanan ini di sertai oleh 8 buah pasukan yang terdiri daripada 6 pasukan dari division 1 (Lliga Hoki Politeknik ) dan 2 pasukan division 2 . Terdahulu pasukan hoki PIS telah merangkul Kejuaraan liga Division 1 yang telah berlangsung di 2 sirkit iaitu di Batu Pahat dan Kuantan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 3000.00.

                Berbekalkan semangat sebagai Juara Liga Division 1, Pasukan PIS tampil dengan penuh semangat bagi merebut Piala Ketua Pengarah Politeknik yang gagal di raih pada tahun lalu di mana PIS sekadar berpuashati sebagai Naib Johan Piala Ketua Pengarah Politeknik 2012.  Bermula dengan amat baik pada Kejohanan kali ini apabila berjaya menundukkan pasukan Politeknik Tunku Syed Sirajudin dengan jaringan 3-0.  Kecemerlangan pasukan hoki PIS di teruskan lagi dengan membelasah pasukan politeknik Merlimau Melaka dengan jaringan 7-1. Pada perlawanan terakhir kumpulan X bagi menentukan juara kumpulan, Pasukan PIS sekali lagi menundukkan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun dengan jaringan 4-0.  Pasukan PIS Berjaya menjadi Johan kumpulan dan lawan yang menanti di Peringkat Separuh akhir adalah Politeknik Ungku Omar.

                Pada perlawanan Separuh Akhir yang berlangsung pada pagi 15 september 2013, pasukan PIS sekali lagi Berjaya melangkah ke perlawanan akhir seperti tahun lalu dengan menewaskan Juara bertahan iaitu pasukan Politeknik Ungku Omar dengan jaringan 4-1, sementara lawan pasukan PIS pada perlawanan akhir adalah pasukan dari  Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Perak.  Perlawanan Akhir berlangsung pada jam 7.30 malam 15 September 2013 di antara PIS dan PSAS.  Pada perlawanan  akhir tersebut pasukan PIS yang dibimbing oleh bekas pemain hoki kebangsaan En Chairil Anwar Abdul Aziz dan di bantu oleh En Shahrunizam telah Berjaya menewaskan pasukan PSAS dengan jaringan 6-4. Pada perlawanan akhir tersebut kedua-dua pasukan turut di barisi oleh 2 orang pemain dari Sekolah Sukan Tunku Ismail Bandar Penawar sebagai satu langkah promosi bagi kemasukan pelajar sukan ke Politeknik-Politeknik Malaysia.  Akhir sekali pihak pengurusan pasukan ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pemain hoki PIS, Jurulatih-jurulatih serta penyokong PIS yang turut hadir pada malam tersebut. Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir tersebut ialah Naib Yang Dipertua MSP yang juga  Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Yang Berbahagia Datuk Dr Arshard bin Kasim,  Ketua Jabatan Hal ehwal pelajar PIS En Abu Bakar bin Abdul Hamid serta Setiausaha Agung MSP  Y.M  Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim.






Saturday, October 5, 2013

JALAN2 KE SARAWAK

             Pada 20 hingga 23 September yang datang  lepas, penulis berkesempatan cuti2 Malaysia ke Sarawak.. Kalau ikut kira-kira punya kiraan, last penulis ke Sarawak pada tahun 2005... Maknanya penulis dah 9 tahun tak ke Sarawak. Kalau dahulu penulis pergi hanya bertiga iaitu isteri dan anak sulung ( Afiq ) yang masa tu berumur 1 tahun lebih tetapi kali ni penulis pergi dengan membawa 10 orang semuanya iaitu isteri, anak 3 orang, ibu penulis, adik seorang , emak saudara dan sepupu penulis. Untuk trip kali ini, penulis   menggunakan khidmat pemandu iaitu En Zul. Alahmdulilah, perjalanan kali ini lebih lama ( dahulu penulis mengambil masa 3 hari ) tetapi kali ini penulis mengambil masa 4 hari ke sana. Terima kasih kepada En Zul kerana setia membawa kami ke seluruh pelusuk Kuching hingga ke Serikin tu.... Di sini, penulis nak buat sedikit sinopsis tentang trip penulis:

Hari pertama ( 20 September 2013)

  Seawal jam 7.30 pagi kami dah flight ke Sarawak dari airport Senai. Keletihan masih lagi menyelubungi penulis kerana sebelum itu, penulis 2 minggu kerja outstation iaitu Seminggu di Perak kerana membawa pasukan Olahraga ke Stadium Ipoh, dan terus sambung ke Melaka membawa pesilat Olahraga pula. Malam tadi baru sampai dan pagi esoknya penulis terus flight ke Sarawak.. Akan tetapi keletihan penulis dapat dihilangkan dengan melihat wajah2 kesayangan penulis bersemangat untuk berholiday... Penulis akui sejak penulis berkecimpung dalam dunia sukan ni, penulis kerap meninggalkan family kerana tugas. Inilah masa yang sesuai penulis mengambil cuti dan meluangkan masa sepenuhnya kepada family penulis.

Inilah aktiviti budak 2 hero ni dalam flight... 
Sampai di airport Kuching .. abaikan bebudak kat depan tu


Lokasi pertama penulis selepas check in Homestay, kami terus di bawa ke Muzium

Di luar Muzium
klik ..
klik..
ngeeeee .....
aktiviti di sebelah petang plaks .....
klik...

            Setelah kepenatan menunggu warga wanita membeli belah dan bershopping sakan, penulis telah mengmbil keputusan.. taw apa yang terjadi ??? jeng jeng jenggg

aku mengambil keputusan untuk menaiki taxi river mengeliling sungai Sarawak yang terkenal tu..

Hari Kedua ( 21 September 2013)

Pada hari ini, sewal jam 8.00 pagi kami dah bergerak ke Semenggoh Wildlife. Menurut kata En Zul, perjalanan kami hari ni agak jauh. Sebab tu pagi-pagi kami dah bertolak. Apa yang ada di Semenggoh ?? Haaa kalau penulis nak taw, di Semenggoh ni adalah tempat peliharaan orang Utan secara semulajadi di Hutan Simpan.Kalau bernasibbaik, kita akan jumpa orang Utan dan kalau tak baik ??? heheheh pikirlah sendiri yekkk :P

Semenggoh Wildlife
Semenggoh Wildlife 2
sebelum aktiviti teroka ke dalam hutan hehehehe
kena berjalan ke dalam hutan lebih kuran dalam 400 meter ke dalam.
akhirnya... bernasib baik :)
ramai pelancong yang datang untuk menyaksikan orang utan

Setelah puas melihat orang Utan, kami ke Jong's Crocodile Farm. Bayaran dewasa sini RM 15 seorang dan kanak-kanak RM 10. Mulanya penulis sangka just buaya yang dok macam batu jek mcm kat taman buaya Melaka tu, tetapi jangkaan penulis meleset.. Perghh..buaya di sini memang aktif gila.. tempat yangs sangat besar. Rugi kalau gi Sarawak tapi tak singgah ke tempat ini.

 
menunggu masa buaya makan

haaa  saksikanlah youtube buaya melompat makan kat sini


memang ada beribu-ribu bauaya dsini

di sini pun.. ikan2nya besau besau giles.. especially ARAPAIMA

Selepas melawat Jong Crocodile Farm, kami terus ke Serikin. Nak taw apa ada di Serikin ??
erkss kopak..kopak papa dia hehehe

Seriken adalh syurga membelibelah. Sepanjang 400 meter kiri dan kanan penuh dengan jualan. Macam-macam ada di sini.Menurut kata En Zul semua penjual di sini adalah berbangsa Indonesia. Mak aiihh barang kat sini..murah2 beb .... 
klikk..
klikk

Sebelum balik ke homestay,kami ke Pasar Satok. Rupanya Pasar Satok ni dah berpindah lokasi. Dahulu Pasar Satok dekat dengan Pasar Tamu, tetapi sekarang dah berada di tempat lain.
Kalau tak beli Terubuk Masin bukan namanya ke Sarawak taw
Udang2 di sini pun besar 2 gilesss dan murah
beli beliii.. terubuk masin...


hari ketiga dan keempat penulis akan sambung di siri yang akan datang.. tunggu !!! :)

Thursday, October 3, 2013

AUSTRALIA

SALAM...

       Hari ni penulis ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana diberikan waktu untuk penulis nukilkan kata-kata dalam ruangan blog kesayangan  ni. Minta maaf kepada semua, kerana penulis dah lama menyepi dalam arena blog ini. Walau bagaimanapun, penulis sebenarnya sangat rindu akan blog ini,, :) 

       Actually, lepas cerita penulis menunaikan umrah ( baca cerita yang lepas ), actually mmg banyak juga aktiviti penulis yang mngkin tak sempat penulis nak kongsikan kepada semua... minta maaf juga kerana penulis tak dapat nak kisahkan secara detail ttg perjalanan umrah penulis ke tanah suci kota mekah.. insya allah, sekadar nak berkongsi dengan penulis, bolehlah lihat gambar2 penulis dalam facebook penulis. add penulis ya, bagi yang belum add : MOHD FAIRULLAH. 

Selepas 2 minggu penulis ke Mekah, penulis terus ke Perth , Australia. Penulis ke Australia selama 10 hari di sana ( termasuk pergi dan balik )... haaa ni penulis nak kongsikan gambar2 kat bawah ni :

Hari Kedua ( PERTH CITY)



HARI KETIGA ( FREMANTLE)




DAY 4 - KINGS PARK



DAY 5: WHITEMAN PARK





DAY 6: SWAN RIVER



DAY 7: MANDURAH





DAY 8: HILLARY






Also thanks to Mr Rudy  FOR all the assistance and guidance during we were there.. :) 

 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mErEnUnG sEjEnAk..........

NOTA-NOTA ILMIAH