KliK DuLU iKLaN - IkLan MeNaRik Di SiNi ... daN dApAtKaN $$$$$$

HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....

My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$

Tuesday, June 30, 2009

DuRiAnZ.....




Bulan jun nie memang menjadi musim durian..(hehehe aku takde tanam durian...) apa taknya, di sini (pasir gudang) boleh jual dari cuma 50 sen sebiji... ermm buah durian memang favourite kesukaanku. Lihatlah aksi2 keghairahanku sedang "menghonggis" durian.. nyum nyum........erm marilah kita kenali dengan lebih dekat lagi kliklah disini untuk mendaptkan maklumat yang lebih lanjut tentang raja buah Malaysia nie....

Wednesday, June 24, 2009

HaRi TanDaTaNgAN pEnYatA kEmAjUaN


Pada Ahad yang lepas (21/06/09) adalah hari tandatangan penyata kemajuan tadika At-Taufiq. Afiq pada malam sebelumnya berkali-kali mengingatkan aku. pagi-pagi sebelum ayam berkokok) sebab aku tak dengar pun suara ayam hehehehehe, kami dah bersiap untuk ke tadikanya......

Hasil perjumpaan kami dengan ustazahnya, (mengikut kata ustazah)
- Afiq adalah anak yang pintar dan cerdik
- Afiq mempunyai daya kepimpinan yang tinggi kerana kerap menjadi ketua dalam aktiviti berkumpulan
- seorang yang pemalu ( macam aku kot masa kecil2 dulu hehehehe)
- mudah berkawan

Tahniah sayang.... papa harap Afiq akan lebih berusaha pada masa hadapan. Walaupun afiq belum mencapai nombor SATU dalam peperiksaan, tapi papa harap afiq akan pertingkatkan .. yang penting papa nak afiq mempunyai daya saing yang tinggi dalam kelas, dan mempunyai perasaan mencapai yang terbaik dan berusaha untuk kejayaan.

Sebenarnya aku sangat bersyukur kerana afiq bersekolah yang kurasa betul. Tadika at-Taufiq sangat menekankan tentang IQ dan EQ especially sahsiah pelajar-pelajarnya. Tidak hairanlah boleh kukatakan hampir majoriti pelajar-pelajarnya adalah anak-anak guru dan anak rakan sepejabat isteriku. Mereka sanggup menghantar anaknya ke sini walaupun jarak kediaman mereka jauh. Afiq sendiri dah banyak berubah, seorang penghafal hadis dan cenderung kepada sahsiah keagamaan ( adik beradikku panggilnya ustaz ). Mudah-mudahan Afiq suatu hari nanti akan menjadi anak yang soleh. Taat kepada perintah Allah, dan dapat berbakti kepada agama, ibubapa dan negara .... amin..........

Sunday, June 21, 2009

SeLaMaT hArI bApA ..........



Pada setiap 21 Jun adalah sambutan hari bapa sedunia. Di sini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA. walaupun ayahku telah meninggal dunia, tapi aku sangat menghargai jasa dan pengorbanan ayah. Terima kasih abah kerana berjaya menyedarkanku dan berjaya mendidikku sehingga aku berjaya ke hari ini. kadangkala apabila merenung muka adik-adikku yang lain, menitis airmataku kerana mereka benar2 sememangnya dahagakan kasih sayangmu. tapi, Allah lebih menyayangi abah. insya allah aku berjanji untuk menjalankan tangunggajawab sebgai abang dalam mendidik adik-adikku. Kepada adik-adikku selalulah kita mendoakan arwah abah semoga Allah mencucuri rahmat beliau dan menempatkan arwah abah dalam golongan yang beriman. Ingat !! kita masih punya mak tersayang. Sama2lah kita menjaga emak, mudah-mudahan kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sepanjang hayat arwah abah, bagiku abahlah ayah yang terbaik untukku. Ketegasanmu terutama dalam mendidik kami hanyalah semata-mata untuk masa depan kami. Abah juga sangat menekankan adab terutama dalam berhubungan dengan orang yang lebih tua. Kini baru ku faham kenapa perlu semua itu abah terapkan dalam diri kami. Kenapa abah lebih mengutamakan anak-anak sedangkan abah sendiri tak terbeli baju baru abah sendiri, abah sendiri tak terbeli kereta baru abah, abah sendiri tak terbeli rumah baru sendiri sedangkan abah mampu semua itu........semuanya hanyalah semata-mata untuk memastikan kami cukup makan pakai kami, cukup perbelanjaan seharian kami, cukup untuk keselesaan kami.. sedangkan pada masa itu kami hanya pandai mintak itu.. mintak ini.... "Ya Allah, ku bermohon rahmatilah kami sekeluarga.. ampunilah dosa kami sekeluarga, terutama dosa kedua ibubapa kami.. sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kami sejak dari kecil lagi..." Persoalan sekarang mampukah aku menjadi suami dan ayah kepada anak-anak yang terbaik seperti mu abah.......

"al-fatihah untuk arwah abah"

Thursday, June 18, 2009

pErTuNaNgN sePupU -AiN

bersama sepupu - azmi sekeluarga

dengar taklimat cara2 makan kek huhhuuhh

jiran - abg mat dan ani turut hadir
( jauh tue dari pasir gudang )

adik-beradik emak ku..sempat gak ekk hehehe


pada 7 jun 09 yang lalu , aku sekeluarga telah menghadiri majlis petunangan sepupuku iaitu anak kepada kembar ibuku. tahniah aku ucapkan kepada ain ,semoga abg yu doakan tali pertunagan ini akan membawa ke jinjang pelamin.......

Wednesday, June 17, 2009

aFiQ .....



wAhH.. aDa GaYa.. eRm TaPiE kEnE bElAjAr RaJin2 dUlU yE sAyAng......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mErEnUnG sEjEnAk..........

NOTA-NOTA ILMIAH