KliK DuLU iKLaN - IkLan MeNaRik Di SiNi ... daN dApAtKaN $$$$$$

HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....

My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$

Thursday, August 27, 2009

hApPy BiRtZdAy... oGoS

Bendera tuh adalah untuk perayaan merdeka sekali tahun nie
antara aksi-aksi ketika bersantap
1..2..3...candid....
ejai dan ekin berbincang tentang nama anaknya nanti...
Antara juadah yang menggiurkan .. huhuhu ( sesuai ke ayat nie)
Azim menunjukkan simbol one Malaysia..

Bulan ogos adalah sambutan harijadi yang teramai dalam keluargaku. Bulan inilah juga di mana harijadi untuk ibuku ( 14.08.2009), arwah ayahku (23.08.2009) dan adik-adikku iaitu Aishah (24.08.2009) dan Iwan ( 25.08.2009). So di sini aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Ulang Tahun Kelahiran, semoga Allah merahmati dan memanjangkan usia kalian. Buat Arwah abah aku sedekahkan al-fatihah untukmu. Semoga Allah menempatkan arwah abah dikalangan orang-orang yang beriman amin... Memandangkan sambutannya adalah pada bulan Ramadan nie, so kitorang menyambutnya bersama ketika berbuka...Menu? jeng jeng jeng, lihatlah gambar-gambar kat atas tue... huhuhhuu.. memang best....nyum nyum nyum.. jom makan...

Thursday, August 20, 2009

RaMaDaN aL-MuBaRaK......

KEPADA SEMUA WARGA YG BERAGAMA ISLAM & RAKAN2 YANG MENGENALI DIRI INI

MARHABAN YAA RAMADHAN

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan
dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,

Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,

saya mohon maaf zahir dan batin....

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,

Marhaban Ya Ramadhan

Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Amin.


Diam tak diam, rupa-rupanya esok umat islam akan menyambut satu lagi bulan keberkatan Allah s.w.t iaitu bulan ramadan al-mubarak ( sabtu ). Ermm mudah-mudahan segala amal jariah yang kita lakukan di bulan nie akan mendapat keberkatan dari allah s.w.t. Actually di bulan nielah dikatakan syaitan-syaitan diikat dari menghasuti manusia... So kalo bulan pose nie, jika ada manusia melakukan kemungkaran kenapa ek? huhuhuu bak kata Nabil " Lu pikirlah sendiri...... Pernah aku terbaca satu kisah di mana nafsu hanya kalah apabila kita menahan lapar... jadi puasa nie aku anggap adalah satu latihan untuk kita menahan segala nafsu.. nafsu makan, hawa nafsu dan nafsu lain2 yang boleh bawa kemudaratan...

ermmm tapi entri kali ini lebih kepada cerita2 kenangan aku dahulu dalam bulan puasa nie. Di dalam bulan inilah juga meninggalkan seribu satu kenangan pada diriku. Manakan tidak pada tanggal 22 Ramadan pada tahun 2004 jugalah aku kehilangan orang yang paling aku kasihi.. iaitu arwah bapaku. Semoga pemergian arwah abah mendapat kerahmatan dan keampunan dari Allah s.wt. terutama pemergiannya adalah di bulan dan hari ( arwah abah juga meninggal dunia pada hari Jumaat ) yang mulia ini... tak dapat aku bayangkan betapa pilunya hatiku menyambut Syawal pada tahun itu. Semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi oleh Allah s.w.t.

Pada zaman kanak-kanak bulan pose nielah bagiku paling seronok sekali,. Yelah namapun kanak-kanakkan...kann... ermm memandangkan bilangan adik-beradikku yang agak ramai.. so banyaklah karenah yang memeningkan kedua ibubapaku.. huhuhu bayangkanlah sekarang pun aku mempunyai dua orang hero pun dah fenin, nie lagilah bilangan adik-beradikku seramai 10 orang!!! Paling yang aku takleh lupa ponteng kelas mengaji dan sembahyang terawih di surau tetapi main meriam kat atas bukit .. opssss... jangan beritahu student aku hehehehe... ada satu lagi perkara yang aku takleh lupakan ketika aku baling mercun di atas atap zink umah jiranku, apalagi menyoroklah aku.. kang mampus aku terkena... dan memangpun arwah Cik Ghani keluar dan disangkanya ada sekumpulan budak2 kampungku yang membalingnya.. apalagi dengan sebilah parang satu kampung dia mengejar budak2 tuh.. kepada keluarga arwah Cik Ghani, aku menyusun 10 jari di atas kenakalanku semasa zaman kanak-kanakku. ermm waktu berbuka adalah waktu yang dinanti. Habis semua makanan rasanya aku nak bedal... cup itu, cup ini kadang-kadang smpai bergaduh kami adik-beradik kerana berebut makanan walaupun belum lagi waktu berbuka... haiii mana tak fenin ibu dan arwah abah......

ketika masuk alam remaja, suasana kemeriahan berbuka bersama keluarga dah semakin kurang terasa. Mungkin kerana aku tinggal di asrama dan aku berbuka bersama-sama rakan-rakan hostel yang lain. Biasalah budak2 hostel nih memng pantang nampak makanan.. hehehee... kadang-kadang kami ambil sehingga 2 ketul ayam seorang. ketika menunggu waktu berbuka pun, habis biji kurma kami baling2 sesama rakan.. dah macam perang kat iraq pulak masa tuh. kesian cleaner canteen tuh asyik keje mengutip biji kurma... dan yang paling malas, adalah aktiviti gotong royong.. huh memang memenatkan xxxxxxxx.

Budaya BBQ bersama keluarga ketika beberapa hari sebelum hari raya adalah budaya yang arwah bapaku terapkan kepada aku dan adik beradik selepas aku bekerja dan berkahwin. Cara ini adalah bertujuan untuk merapatkan kami semua.. maklumlah ketika dah kerja dan kahwin komitmen dah lain sedikit. Tanggungjawab dah semakin bertambah. Alhamdulilah setakat nie kami dapat lagi teruskan budaya ini, dan mudah-mudahan ia dapat diteruskan pada masa akan datang di dalam bulan Ramadan-ALmubarak ini.... Semoga ikatan ukhwah islamiah antara kita akan sentiasa berkekalan. Ingat lah bahawa kita masih mempunyai emak yang perlu dijaga. Mudahan kita semua terhindar dari perbuatan yang boleh mengguriskan perasaan ibu kita. Sesungguhnya juga syurga adalah di bawah tapak kaki ibu.....

Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga amalan kita akan bertambah di bulan Ramadan ini. Aku juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada menyinggung perasaan atau tersalah kata dan perbuatan. Mudahan Ramadan kali ini akan memberikan kita 1001 makna dan menyambutnya dengan penuh penghayatan dan kemuliaan. Mudah-mudahan Allah swt sentiasa memberkati dan memberi kita cahaya dalam melalui ranjau kehidupan yang penuh dengan liku dan pancaroba ini.
akhir kata kliklah RAMADAN untuk mendapatkan maklumat dan kelebihan yang lebih lanjut tentang bulan yang mulia ini.......

Sunday, August 16, 2009

PrOgRaMmAbLe lOgIc CoNtRoL

Diagram PLC
Ladder diagram
View Bayview Hotel - melaka


VIEW -Lobby Hotel
Dah seminggu aku tak menjenguk blog... sebab pada 10-14 Ogos aku telah berkursus Programmable Logic Control ( PLC ) di Hotel Bayview Resort, Melaka. actually, plc sangat berkepentingan dalam kehidupan seharian especially industri dan kegiatan harian kerana ia melibatkan programming dan pengendalian harian secara automatik, seperti aplikasi di traffic light, conveyor belt, mesin basuh automatik, timing, sensor, counter dan lain-lain. Memang menarik kursus nie lebih-lebih lagi ia sangat relevan dengan background pendidikan aku iaitu mechatronic enginering. ermm berkampung di Melaka, aku tak keluar sangat kerana memandangkan penularan h1n1 yang begitu tinggi di tiga negeri setakat nie Johor, Melaka dan Selangor membuatkan aku hanya duduk diam di hotel melayan astro movie

Friday, August 7, 2009

hObBiEs....cAmPiNgZ....

Hasil bekalan selama di hutan... banyak tangkapan bang?
Siapa kata dalam hutan takleh makan sedap2 nyum nyum nyum
Ermm BBQ di tengah-tengah hutan belantara
Dalam bas.. tak sabar2 nak sampai.. 5 jam lagi.......
Yang baju biru tuh control hensem dan perut huhhhuSuasana berlatarbelakangkan air terjun yang permai.. lepas puas mengembara
Haaa pasang khemah... nanti malam takleh tido

Ermm dah dua hari aku mengalami sakit perut nak muntah yang akut ...huhuhuhuuu.. tapi yang takleh tahannya pagi tadi sampai keluar dari bilik air secara merangkak ( tak senonoh ) sebab muntah-muntah... ermm nape erkk.. pembawakan kot hhuhu ( cam aku yang mengandung ).. so arinih datang keje x leh nak wat pape....... dalam boring-boring tuh, terasa aku betapa seronoknya aku pergi bercamping.....dah lama tak pegi camping , paling last pada semester lepas.. so aku merancang sem nie aku nak wat jugak program camping utk bebudak pengakap aku dan bebudak prs nih. so masa aku godeh2 computer Fikri, ternampaklah gambar2 camping di Taman Negeri Endau Rompin pada semester lepas..... ermm driver-driver politeknik pun tak habis-habis bertanyakan pada aku nak pergi camping lagi... wokeyla, di sini aku nak share ngan semua gambar2 masa camping di Taman Negeri Endau- Rompin........yang paling takleh lupa ..pacat.. wuyuiiiii banyak gilesss

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mErEnUnG sEjEnAk..........

NOTA-NOTA ILMIAH