KliK DuLU iKLaN - IkLan MeNaRik Di SiNi ... daN dApAtKaN $$$$$$

HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....

My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$

Sunday, June 21, 2009

SeLaMaT hArI bApA ..........



Pada setiap 21 Jun adalah sambutan hari bapa sedunia. Di sini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA. walaupun ayahku telah meninggal dunia, tapi aku sangat menghargai jasa dan pengorbanan ayah. Terima kasih abah kerana berjaya menyedarkanku dan berjaya mendidikku sehingga aku berjaya ke hari ini. kadangkala apabila merenung muka adik-adikku yang lain, menitis airmataku kerana mereka benar2 sememangnya dahagakan kasih sayangmu. tapi, Allah lebih menyayangi abah. insya allah aku berjanji untuk menjalankan tangunggajawab sebgai abang dalam mendidik adik-adikku. Kepada adik-adikku selalulah kita mendoakan arwah abah semoga Allah mencucuri rahmat beliau dan menempatkan arwah abah dalam golongan yang beriman. Ingat !! kita masih punya mak tersayang. Sama2lah kita menjaga emak, mudah-mudahan kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sepanjang hayat arwah abah, bagiku abahlah ayah yang terbaik untukku. Ketegasanmu terutama dalam mendidik kami hanyalah semata-mata untuk masa depan kami. Abah juga sangat menekankan adab terutama dalam berhubungan dengan orang yang lebih tua. Kini baru ku faham kenapa perlu semua itu abah terapkan dalam diri kami. Kenapa abah lebih mengutamakan anak-anak sedangkan abah sendiri tak terbeli baju baru abah sendiri, abah sendiri tak terbeli kereta baru abah, abah sendiri tak terbeli rumah baru sendiri sedangkan abah mampu semua itu........semuanya hanyalah semata-mata untuk memastikan kami cukup makan pakai kami, cukup perbelanjaan seharian kami, cukup untuk keselesaan kami.. sedangkan pada masa itu kami hanya pandai mintak itu.. mintak ini.... "Ya Allah, ku bermohon rahmatilah kami sekeluarga.. ampunilah dosa kami sekeluarga, terutama dosa kedua ibubapa kami.. sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kami sejak dari kecil lagi..." Persoalan sekarang mampukah aku menjadi suami dan ayah kepada anak-anak yang terbaik seperti mu abah.......

"al-fatihah untuk arwah abah"

4 comments:

mizahazianis said...

menitis airmata Along membaca entri ni... teringat kata2 abah suatu masa dulu..."Abah tak mampu nak beli seluar kerja, seluar baru ni pun Cikgu Mohamad tolong belikan untuk abah...abah takde duit nak beli seluar..." Ya Allah, tempatkanlah arwah bapaku ditempat orang2 yang Kau kasihi...aminnnn..

Buat adik2..tolonglah hargai mak sementara dia masih ada....

p/s: teringat dulu setiap petang abah akan bawa Mizah jalan2 naik motor....

Unknown said...

Sama2 kita doakan mereka yang telah tiada dan kita usaha untuk jadi yang terbaik sepertimana mereka.

Asmida said...

Buat semua termasuk diri yang jahil ini..."hargailah ibubapa kita selagi mereka masih ada...buat arwah abah(muhammadon) yang telah tiada, semoga Allah tempatkannya dikalangan muslimin yang beriman. Bersyukurlah kita kerana masih ada ibu yang masih boleh kita mencurah kasih.. Sementara mereka dan kita masih ada, berbaktilah...hargailah...sayangilah mereka sedalam2nya....agar kita sama2 merasai nikmatnya kasih sayang didunia ini...". Buat adik2, suatu hari nanti akan semua tahu mengapa ibu bapa kita marahi dan bebeli kita... Semua ini a kerana HANYA kerana mereka AMAT SAYANGKAN KITA.......

Unknown said...

utk along - dulu mizah mmg jadi cucu kesayangan arwah abah hehehe..ptg2 mesti dibawanya jalan2 pusing kg naik motor.

p/s : wah ada blog baru mizah, azi dan anis

utk abg anep - insya allah samalah kita berusaha untuk sentiasa pertingkatkan diri kita, kita juga adalah role model kepada anak2 kita

utk asmida- betul tuh, abg jugak nak ucapkan terima kasih kerana sudi jaga karenah adik2 abang dan anak2 kita.. semoga allah membalas jasa baik as...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mErEnUnG sEjEnAk..........

NOTA-NOTA ILMIAH