Hari ni penulis nak kongsi pengalaman penulis buat program di SK Tanjung Surat Kota Tinggi. Actually Penulis mengajar subjek Study Skills, jadi penulis telah bagi satu task kepada pelajar penulis untuk menyampaikan segala ilmu yang penulis telah curahkan di sebuah sekolah. maka sekolah yang terpilih adalah di SK Tanjung Surat Kota Tinggi Johor. Terima kasih warga SK Tanjung Surat especially pihak Guru Besar yang sudi menerima kehadiran kami.. Jeng jeng jeng mari kita ikuti di bawah ni :
![]() |
bergambar di hadapan bangunan sekolah SK Tanung Surat |
![]() |
Sekolah ni lokasinya di sebuah pulau |
![]() |
Ucapan dari penulis heheheheheh |
![]() |
salah satu sesi |
![]() |
Latihan dalam Kumpulan |
![]() |
Ucapan dari pihak Guru Besar |
NAMA PROGRAM :SMART LEARNING
TARIKH : 16 OKTOBER 2014 ( KHAMIS)
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI JOHOR
SASARAN : PELAJAR-PELAJAR DARJAH 1, DARJAH 5 DAN DARJAH 6
ANJURAN : PELAJAR-PELAJAR IPS2 BERSAMA PENSYARAH EN
MOHD FAIRULLAH BIN MUHAMMADON DALAM SUBJEK PUB2014 (STUDY SKILLS) DENGAN KERJASAMA JABATAN MATEMATIK SAINS DAN KOMPUTER
Pada 16 Oktober 2014 yang lepas, pelajar-pelajar dalam program IPS2 bersama dengan pensyarah dalam subjek PUB 2014 (study Skills) iaitu En Mohd Fairullah Bin Muhammadon dengan kerjasama Jabatan Matematik Sains Dan Komputer, Politeknik Mersing Johor telah mengadakan satu program yang bertemakan “SMART LEARNING” yang diadakan di sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor.
Tujuan utama program ini adalah bertujuan untuk mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari di dalam kelas dan dipraktikkan di luar bilik darjah. Sasaran adalah kepada pelajar-pelajar dalam darjah 1, darjah 2 dan darjah 6. Smart Learning adalah satu proses secara tersusun dan bersistematik dalam kita merangka dan merancang strategi dalam menetapkan matlamat terutama dalam bidang pelajaran. Selain dari itu juga, pelajar juga di ajar tentang kemahiran teknik menghafal nombor dan kaedah pembelajaran secara betul di samping mengenal diri dalam kesesuaian kaedah belajar.
Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan mendapat pujian terutama dari pihak Guru Besar Sekolah tersebut iaitu En Sanif Bin Salim. Semoga program ini dapat diteruskan di masa-masa hadapan dan memberikan banyak impak kepada yang terlibat.