KliK DuLU iKLaN - IkLan MeNaRik Di SiNi ... daN dApAtKaN $$$$$$

HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....

My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$

Thursday, August 12, 2010

TeRaSa GlamEr jAPs.....HeHeHe




Pelajari teknik, prosedur sebenar


PASIR GUDANG – Teknik penghasilan kertas kerja yang baik dapat diketahui melalui Kursus Penulisan Kertas Kerja yang dianjurkan oleh Kelab Pembimbing Rakan Siswa, di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Premier Johor Bahru, baru-baru ini.

Timbalan Presiden 3, Bahagian Perhubungan dan Alumni, Kelab Pembimbing Rakan Siswa, Politeknik Premier Johor Bahru, Rizal Makdi berkata, program ini diadakan bertujuan untuk mengajar ahli-ahli baru kelab tentang cara-cara dan langkah menghasilkan kertas kerja yang lengkap.

Menurutnya, program ini juga dapat memberi maklumat dan prosedur yang berguna kepada pelajar mengenai cara menjalani setiap proses untuk memastikan sesuatu program yang dilakukan berjalan dengan lancar.

“Ini bagi memastikan setiap ahli yang ingin menjalani apa-apa aktiviti pada masa akan datang dapat mengetahui teknik yang betul dan tepat untuk membuat kertas kerja dengan teratur agar tidak mengalami sebarang masalah.

“Seorang Pensyarah Pembantu Kaunseling Jabatan (PBKJ), Jabatan Mekanikal Politeknik Premier Johor Bahru, Fairullah Muhammadon telah dijemput untuk memberikan sedikit ceramah dan motivasi,” katanya kepada Sinar Harian.

Rizal berkata, program ini merupakan program tahunan yang setiap tahun diadakan kepada ahli baru yang menyertai kelab serta ahli-ahli yang sebelum ini tidak pernah menyertai program ini lagi sebelum ini.

Beliau berkata, kursus yang diadakan selama tiga jam setengah ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling, Politeknik Premier Johor Bahru.

Beliau berharap, program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan para pelajar yang terlibat mendapat ilmu yang berguna untuk membuat kertas kerja untuk kegunaan semasa belajar mahupun sesudah bekerja nanti.

sumber : Sinar Harian Edisi Johor
http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8051792.asp

3 comments:

asmida said...

mudah2an akan bekerja dengan lebih dedikasi pada masa akan datang.... cepat2 sambung belajar... cepat2 naik pangkat dan terus berjaya dunia dan akhirat....

Mohd Fairullah Bin Muhammadon said...

aminn.. terima kasih atas doa tersebut

John said...

Hello mate greeat blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mErEnUnG sEjEnAk..........

NOTA-NOTA ILMIAH