Penulis bersama isteri, anak2, anak2 sedara, kakak dan bonda tercinta
Alhamdulilah, tadi setel keje hantar borang permohonan ke luar negara di admin... bulan depan target nak ke SEMARANG, Indonesia then bulan Mac pula penulis bercadang nak bawa family berjalan2 ke Guangzhou, China.... semoga Allah permudahkan urusan hambamu ini.. amin..
Actually nak berjalan ke Semarang, Indonesia... penulis taklah begitu risau kerana sekurang2 nya dari segi pertuturan dan komunikasi.. insya allah penulis masih boleh faham... hehheheh bahasa indonesia dan Malaysia kan lebih kurang sama sih.. but, yang penulis risau bebenor nak ke China nie.. menurut kata rakan-rakanku, di China tak ramai dan susah nak bertutur dalam bahasa Inggeris kerana masyarakat di sana ramai yang tak boleh berbahasa Inggeris... nampaknya terpaksalah penulis membawa kamus BM-MANDARIN, selain terpaksa belajar asas mandarin...
Apa yang ada di Guangzhou?? haaa hasil dari bacaan penulis dari internet dan para blogger sekelian, penulis dapat simpulkan:
PENGENALAN GUANGZHOU..
1. Di Guangzhou tiada terdapat motosikal di sini ( ye kerrr ??? ) sebab penduduk Guangzhou tidak dibenarkan menunggang kenderaan ini untuk menyelamatkan alam sekitar... wallahualam
2. Terkenal dengan Kota Kambing sempena mitos lima dewa yang menunggang haiwan ini menyelamatkan penduduk di sini daripada bencana alam.. kalau kita ke restoran muslim di sini mmg banyak terdapat hidangan kambing disini... wahh aku pun mmg suka makan daging kambing nie... especially anak2ku... nyum nyumm.. tapi sama ke rasa dia ekkkkks :P
3. Penduduk disini mmg ramai ?? berapa tue ??? tersangattttttlaaaaaahhhh ramai 14 JUTAAA
4. Merupakan negeri ketiga terbesar di China
PENGINAPAN DI SINI
1. Di sini terdapat hotel untuk org muslim taww... antaranya BOSTAN HOTEL
View Bostan Hotel
Jarak dari airport ke Hotel nie adalah sejauh 40 km .. ermmm jauh gaks, dalam setengah jam jugaklah aku agak....
APA YANG BEST KAT SINI ????
Haaaa kat sini macam2 ada... antaranya:
1. Dr Sun Yat-Sen Memorial Hall
dulunya taman ini adalah tapak pemerintahan Dinasti Ching yang menempatkan pejabat presiden iaitu Dr Sun Yat Sen yang memerintah dari tahun 1921 hingga 1925.. lama tuee..., so dalam memorial nie banyaklah artifak2 semasa pemerintahan beliau... bangunan ni berbentuk oktagon dan ada patung memorial di depannya. Pernah musnahpada 1922 tapi dibina kembalipada tahun 1931 hasil sumbangan orang ramai dan sekali lagi pernah musnah masa kedatangan tentera jepun,
2. Taman Yue-Xiu
Patung Kambing sebagai mercu di puncak
Menara Zhenhai
Five Rams Statue
Taman ini mengandungi 7 buah bukit dan 3 buah tasik buatan di gunung Yue-Xiu.Terkenal dengan menara Zhenhai dan arca five Rams.. nak pergi kesini, bersiap sedialah untuk mendaki anak tangga hehehehe....
3. MAKAM SAAD BIN ABI WAQAS
The tomb of Saad Ibni Abi Waqas makam-makam lain yang terdapat di sini
4. MASJID HUAISHENG
Masjid Huaisheng
Masjid ini adalah 4 masjid yang terawal di China, dan dibina pada tahun 625. Juga dikenali sebagai Masjid Pagoda.
5.PEARL RIVER
Waktu malam sesuai ke tempat nie, sambil menaiki River Cruise kita bolehlah menikmati bandar Guangzhou dengan limpahan cahaya yang bergemerlapan
SYURGA MEMBELI BELAH
Guangzhou adalah tempat syurga membeli-belah dunia. Antara tempat terkenal di sini adalah BEIJING ROAD.. namanya Beijing tapi terletak di Guangzhou !!!!!
Beijing Road
China Plaza. Tee Mall antara mall yang terkenal.
dan berbagai2 lagi mall di sini yang tak dapat penulis nyatakan kerana TERLALUUUU BANYAKKKK sesuailah dengan labelnya sebagai SYURGA MEMBELI-BELAH DUNIA!!! Insya allah penulis harapkan agar percutian penulis nanti berjalan lancar seperti penulis rancangkan .... harap pembaca dapat share dengan saya ttg tip2 selama berada di GUANGZHOU yang mungkin saya tak tahu lagi. TERIMA KASIH SEMUA !!!!
akhir kata dari penulis kliklah : youtube
No comments:
Post a Comment