Salam buat pembaca semua, lama penulis tak bertinta dalam blog ni. Kerinduan penulis pada blog dan pada pengunjung blog ini mmg penulis tak dapat sembunyikan lagi. Harap-harap agar ikatan ukhwah penulis bersama pembaca entri kesayangan penulis akan terus berkekalan walaupun kita tak saling bersua muka tetapi yang paling penting adalah tanggungjawab kita dan hubungan baik kita pada sesama insan haruslah diteruskan. Alahamdulilah entri kali ni penulis nak share bersama pengunjung semua tentang pengalaman penulis menunaikan ibadah umrah selama 12 hari di madinah al-munawwarah dan makkah al-mukarramah.
Actually, diharap agar nukilan penulis nanti dapatlah dijadikan panduan bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah. Ini hanyalah sekadar pengalaman penulis semasa penulis berada di sana. :) .
Penulis menunaikan umrah bersama pakej yang disediakan oleh Tiram Travel. Jadi sebelum nak pergi tu perkara yang paling penting adalah passport perlulah diserahkan bersama2 dokumen dan BAYARAN kepada pihak syarikat kalau boleh sekurang-kurangnya 40 hari sebelum tarikh berangkat untuk urusan visa. Dalam tempoh tersebut, maknanya kita tak boleh keluar negara kerana passport telah dipegang oleh Syarikat Travel. Banyak kes yang penulis dengar ttg urusan visa yang tak lepas walaupun tarikh berangkat dah hampir tiba... Apa yang penting, kita kena banyak berdoa agar Allah swt menerima kita sebagai tetamunya dan dipermudahkan segala urusan.. amin. Untuk urusan umrah ini, penulis pergi bersama isteri penulis , ibu mertua dan bapa mertua penulis.
passport perlu diserahkan sekurang2nya 40 hari sebelum tarikh berangkat |
mendengar taklimat di boarding sebelum open boarding ke flight |
barisan mutawwif tiram travel yang diketuai haji Anuar ( di tengah2) mmg best |
No comments:
Post a Comment