KliK DuLU iKLaN - IkLan MeNaRik Di SiNi ... daN dApAtKaN $$$$$$

HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....

My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$

Thursday, March 21, 2013

MENGERJAKAN UMRAH .. part 1


Salam buat pembaca semua, lama penulis tak bertinta dalam blog ni. Kerinduan penulis pada blog dan pada pengunjung blog ini mmg penulis tak dapat sembunyikan lagi. Harap-harap agar ikatan ukhwah penulis bersama pembaca entri kesayangan penulis akan terus berkekalan walaupun kita tak saling bersua muka tetapi yang paling penting adalah tanggungjawab kita dan hubungan baik kita pada sesama insan haruslah diteruskan. Alahamdulilah entri kali ni penulis nak share bersama pengunjung semua tentang pengalaman penulis menunaikan ibadah umrah selama 12 hari di madinah al-munawwarah dan makkah al-mukarramah. 

Actually, diharap agar nukilan penulis nanti dapatlah dijadikan panduan bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah. Ini hanyalah sekadar pengalaman penulis semasa penulis berada di sana. :) .

Penulis menunaikan umrah bersama pakej yang disediakan oleh Tiram Travel. Jadi sebelum nak pergi tu perkara yang paling penting adalah passport perlulah diserahkan bersama2 dokumen dan BAYARAN kepada pihak syarikat kalau boleh sekurang-kurangnya 40 hari sebelum tarikh berangkat untuk urusan visa. Dalam tempoh tersebut, maknanya kita tak boleh keluar negara kerana passport telah dipegang oleh Syarikat Travel. Banyak kes yang penulis dengar ttg urusan visa yang tak lepas walaupun tarikh berangkat dah hampir tiba... Apa yang penting, kita kena banyak berdoa agar Allah swt menerima kita sebagai tetamunya dan dipermudahkan segala urusan.. amin. Untuk urusan umrah ini, penulis pergi bersama isteri penulis , ibu mertua dan bapa mertua penulis.

passport perlu diserahkan sekurang2nya 40 hari sebelum tarikh berangkat
mendengar taklimat di boarding sebelum open boarding  ke flight
barisan mutawwif tiram travel yang diketuai haji Anuar ( di tengah2) mmg best

   

Wednesday, January 16, 2013

KURSUS BUAT BLOG

Akhirnya selesai penulis menjalankan tanggungjawab utk memberi tunjukajar dalam kursus membuat blog. Actually penulis gembira sangat kerana berjaya mengajak rakan2 especially ofismate penulis utk menceburi dunia blogger ni. Sebenarnya bagi penulis kepentingan blog sekarang memang diakui, melalui blog kita boleh menzahirkan kata2.. berkongsi2 idea dan  pendapat.. dannn bagi yang berminat utk melakukan aktiviti perniagaan di sinilah platform terbaik utk membuat marketing... Kepada para peserta, tahniah semua , teruskan bertinta dalam dunia blog.... selamat maju jaya !!!! ikhlasss dari penulis


PENCERAMAH KURSUS ... HEHEHE SAPE EKS 
SUASANA DALAM KURSUS.. TEKUN2 SEMUA
PEMENANG BLOG TERBAIK 1

PEMENANG BLOG TERBAIK 2

Tuesday, January 1, 2013

TAHUN BARU... AZAM BARU

Salam 1 Malaysia dan salam tahun baru...

        Pertama kali penulis ingin mengucapkan selamat tahun baru buat pembaca entry semua ... ermm diam tak diam kita dah memasuki alaf 2013 dan insya allah tinggal 7 tahun lagi kita akan dinobatkan sebagai negara maju iaiatu tahun 2020 nanti... Beginilah hidup kita, setiap hari kita akan sentiasa menapak.. yang pasti kita mesti sentiasa memperkemaskan diri kita untuk sentiasa maju ke depan.. pebagai cabaran dan dugaan yang bakal kita akan tempuhi tetapi seharusnya perlulah kita sentiasa berdoa kepada Allah swt agar kita sentaiasa kuat , segala yang berlaku kita jadikan pengajaran dan sempadan sebagai pedoman utk diri kita.. cewahh bukan main panjang lebar lagi penulis bertinta.. heheheheh.... 

  Apa azam korang sempena tahun ni? Semoga azam tuan dan puan semua luarbiasa hebatnya ... :) azam penulis tahun ni ??? hehehe bak kata Siti Nurhaliza .. BIARLAH RAHSIA ... lalallaala~~ huhuuhu buat apa nak dirahsiakan kann kann... haaa sebab tu hari ni penulis nak berkongsi dengan pembaca semua tentang azam penulis pada tahun ni... betul ke nak tau ??? juz nak share ..... utk azam penulis tahun ni , penulis dah highlight dan pecahkan kepada beberapa item .. hehehehe macam nak buat jurnal plaks .. ok ni dia item-itemnya .. jeng jeng jengg

1. PENGEMBARAAN

utk bab ni, penulis punya hobi memang suka mengembara, utk tahun ni penulis dah marked beberapa tempat yang mesti penulis sampai pada tahun ni.. di mana yek ... ??

i .  Menunaiikan umrah - 

  • Utk tahun ni, penulis merancang utk menunaikan umrah.. alhamdulilah penulis dah buat tempahan dengan syarikat TIRAM TRAVEL bersama isteri unttk menunaikan umrah pada 7 Mac ni. Semoga semuanya berjalan lancar dan mendapat keizinan dari Allah swt. Penulis juga ingin memohon agar pembaca semua dapat mendoakan kami agar sampai ke sana... amin 


ii. Perth, Australia
  • Satu tempat yang penulis ingin lawati adalah ke Australia. Kenapa Australia ??? Sebab Australia adalah negara maju dan penulis ingin melihat sendiri beruang koala kat negara tu hehehehe... dulu masa g New Zealand penulis hanya sempat melihat arnab berkeliaran dan kangaroo melompat di sana . Actually yang paling penting penulis ingin melihat tempat-tempat yang ada di perth seperti  Caversham Wildlife Park, Fremantle, Swan River, The Aquarium of Western Australia (AQWA) dan kilang coklat The Magaret River Chocolate Company di samping itu juga penulis tak akan melepaskan kesempatan utk pergi ke  Perth Mint, Perth Zoo, King’s Park, Muzium Western Australia dan Kookaburra Air. Penulis dah buat penempahan penerbangan pada bulan Februari tetapi mungkin terpaksa ditangguhkan pada bulan April ni disebabkan kerana sebelum 40 hari penulis menunaikan umrah, penulis tak dibenarkan utk ke mana-mana negara lain disebabkan urusan visa hehehehehheeh.... ermmmm :)
iii. Zurich, Switzerland

  • Jangkaan penulis ke negara ini juga adalah pada tahun ini. Penulis dapat tahu Switzerland adalah negara yang sangat cantik selain daripada New Zealand. Tasik yang membiru dan keunikan negara ini memang diakui oleh dunia ...... 
iv. Kuching, Sarawak
  • Kuching adalah destinasi yang penulis highlighted pada tahun ini. Kali terakhir penulis ke Kuching sejak 9 tahun yang lepas, masa tu penulis baru mempunyai seorang anak yang berumur setahun lebih. Memang seronok masa tu penulis ke sana, dan Kuching pun tak kurang hebatnya dengan pilihan destinasi yang menarik.

2. PEKERJAAAN

Azam penulis juga pada tahun ini ingin berjaya dalam setiap lapangan bidang yang penulis lakukan. Insya allah dengan prinsip yang penulis pegang iaitu " BUAT SEHABIS BAIK" sekurang-kurangnya penulis akan lakukan apa yang terbaik penulis boleh lakukan. Bekerja dengan ikhlas dan keseronokan membuat sesuatu kerja adalah yang terbaik apabila kita melakukan sesuatu kerja. 

3. KEWANGAN

Untuk tahun ini juga, penulis ingin memperkukuhkan kewangan dan simpanan penulis. Penulis percaya simpanan sebanyak sekurang-kurangnya 10% daripada gaji adalah kaedah yang terbaik untuk kita melakukan simpanan. Sememangnya penulis percaya simpanan sangat penting untuk masa depan kita dan keluarga penulis. Insya allah , penulis harus lebih berdisiplin ketika menabung ....... 


SEMOGA, pada tahun ini kita akan diberkati oleh Allah swt. Bagaimana dengan korang semua ?? share2lah dengan penulis ttg azam tahun ni, penulis ingin sangat berkongsi dengan semua... THANKS 


Monday, December 17, 2012

TRIP KE MEDAMN, INDONESIA

SALAM 1 Malaysia buat semua pembaca penulis semua !!!

Alhamdulilah, kali ni penulis nak share satu cerita berkenaan dengan trip penulis ke Medan Indonesia baru-baru ini. Kali ini penulis pergi bersama anak-anak hero penulis ( yang umur 5 tahun dan 9 tahun ) beserta keluarga kakak penulis dan bonda. Wife ?? kali ni penulis tidak ditemani oleh wife penulis kerana kesibukan masa dan kerap ke outstation menyebabkan dia tak menemani penulis kali ni. seperti yang dah dirancang, berkat daripada keizinan Allah swt, segalanya berjalan seperti apa yang dirancang. 

Apa yang ada di Medan Indonesia ?? Bagi penulis Medan mempunyai beberapa keistimewaannya.

1. Pasar Ikan 

Mulanya sangka penulis pasar ini adalah pasar yang menjual ikan.. Rupa-rupanya jangkaan penulis jauh meleset, Pasar ikan adalah sebuah tempat yang menjual pelbagai pakaian seperti vbatik, sutera , tudung dan lain-lain. kenapa namanya pasar ikan ? mengikut Pak Woto, travel guide yang membawa kami nama pasar ikan diambil kerana tempat ini sering berlaku banjir dan takungan air bila hujann.. owhh camtu ke hehehehe :)


2. Istana Maimun

Istana Maimun adalah salah satu dari ikon kota Medan, Istana Maimun menjadi tarikan kepada para pelancong kerana kesenian istana ini yang mempunyai unsur warisan kebudayaan Melayu, dengan gaya IslamSepanyolIndia dan Itali, namun sayang keadaanya kurang terurus sekarang. 

3. Berastagi  dan pasar buah

Setelah mengharungi jalan yang penuh berliku, akhirnya sampai juga di berastagi. Penulis boleh ibaratkan berastagi ni seperti di Cameron Highland Malaysia. Cuaca di sini mmg sejuk seperti di Cameron, tapi lebih sejuk di berastagi kot.. Di Berastagi, terdapat pasar buah. keunikan di pasar buah ni terdapat banyak buahan di sini, dan anda akan disambut dengan penunggang kuda dengan tawaran yang sangat berpatutan antara 30 ribu hingga 50 ribu rupiah mnengelilingi pekan berastagi dengan menaiki kuda.  


4. Tasik Danau Toba
Jika kita ke Medan, jangan lupa menjejakkan kaki ke sini. Pemandangan tasik danau toba mnemang menjadi impian pelancong ke sini. Subhanallah , sungguh indah ciptaanmu. teringat penulis semasa berada di new Zealand mmg setaraf pemandangannya seperti tasik2 di new zealand.

5. Air Terjun sepiso-piso

Tuesday, November 27, 2012

Gi Singapore .......

Salam buat pembaca semua !

Actually entri kali ni penulis nak beritahu tentang kerisauan penulis tentang Kejohanan Bolasepak IPT Asean 2012 yang mana satu team dari Singapore masih belum membuat keputusan samada ingin menyertai atau pun tidak. Sebelum ini penulis dah berkujung ke Indonesia ( baca entri penulis sebelum ni) di mana dua team dari sana iaiatu Politteknik Negeri Batam dan Universitas Ibnu Sina sudahpun mengesahkan kehadiran mereak.. Alhamdulilah.. Oleh itu, penulis membuat keputusan untuk mencari team yang lain dari Singapore sebagai bac-kup kot-kot tean dari Polytechnic Nanyang Singapore menarik diri... Jadi penulis ke Polytechnic Republic Singapore dan ke Institute Technology Of Education ( ITE) untuk menjemput mereka, kali ni penulis ditemani oleh wife tersayang bersama Zinvi dan Rafi .. jOMM G SingaPore !!!
Dihadapan entrance Republic Polytechnic Spore
Kebanyakan bangunan tinggi di sini especially higher education di tanam pokok ni
Ehh ada Najib Ali lahh.. Tak G Shah Alam Mr Najib ?? peace yoo
nak g shopping ke g????

Sunday, November 11, 2012

SUKIPT MENGHAMPIRI PENGHUJUNG


         Akhirnya, hari ini SUKIPT menghampiri ke penghujungnya.. Alhamdulilah segalanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. SUKIPT adalah Sukan Institusi Pengajian Tinggi di dalam Malaysia yang mana acara yang dipertandingkan melibatkan semua IPTA dan IPTS yang berbumbung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Untuk tahun ini acara yang julung-julung kali diadakan ini melibatkan 101 kontingen dan 25,000 orang atlet dan pegawai yang mana untuk atlet sahaja melibatkan 15,000 orang. Kejohanan ini akan berlaku setiap 2 tahun. Kepada pemenang dalam acara sukan, penulis ingin mengucapkan tahniah dan syabas. Sememangnya bukan senang untuk menjadi johan kerana inilah julung-julung acara sukan yang bertaraf profesional tetapi disertai dengan kontingen yang terlalu ramai iaitu 101 kontingen !!!!! Manakala yang lain, tahniah atas semangat kesukanan yang tinggi yang telah ditunjukkan. akhir kata dari penulis - MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA :) 
Sukarelawan SUKIPT dan Maskot SUKIPT



Gimik Larian Obor dinyalakan oleh Pandelela

PASUKAN CATUR PIS


Pasukan Memanah Negara
PASUKAN TAEKWANDO PIS
 

 
Pasukan Sepaktakraw PIS

Pasukan Tenpin Bowling PIS


 
Pasukan Olahraga PIS
 

Friday, November 9, 2012

SALAM 1 MALAYSIA.. SAYA KEMBALI

SALAM 1 MALAYSIA kepada semua pembaca  yang sudi entri ke blog penulis ini. Dah lama penulis tak bertinta ke dalam ruangan ni sejak berkecimpung dalam dunia sukan. Semenjak penulis memangku tugas pegawai sukan Politeknik Ibrahim Sultan ni , kata orang sampai tak menang tangan penulis dibuatnya. Kekadang dalam 1 masa tu penulis kena siapkan sampai 2-3 perkara.. serius, memang fenin dibuatnya. Walaubagaimanapun penulis mempunyai prinsip hidup. Nak tau apa prinsip hidup penulis ??? Hehehe : BUAT SEHABIS BAIK!!!  Selagi hidup dikandung badan, kita perlulah membuat sesuatu sehabis baik walau dimana dan siapa kita pada masa tu... Penulis percaya, tentu korang semua pun mempunyai pegangan hidup masing-masing kan.... 

Actually mmg banyak peristiwa yang berlaku dalam catatan diari penulis sepanjang penulis " menghilang diri". Disini penulis nak kongsikan cerita-cerita aktiviti penulis semasa ketiadaan penulis dalam blog ni :).

1. LAWATAN AKADEMIK DAN TEKNOLOGI JAKARTA-BANDUNG
    SASARAN: 2O orang pelajar JKM dan 10 orang Pensyarah
    Masa : 6 hari



2, KEJOHANAN SUKIPT 2012
     LOKASI : SEKITAR LEMBAH KLANG DAN SHAH ALAM
     PEYERTAAN: PIS mengambil bahagian dalam 8 acara - memanah, catur, rugby 7s, olahraga, tenpin
                               bowling, sepaktakraw, taekwando dan badminton
                               - kesemua kontingen adalah terdiri dari 101 kontingen seluruh IPTA dan IPTS seleuruh
                                  negara ( tahniah pasukan memanah yang memenangi pingat perak)


3. PERKHEMAHAN JATI DIRI DAN KEJURULATIHAN
SASARAN: AHLI KELAB SEKRETARIAT SUKAN DAN KOKURIKULUM  + AHLI PENGAKAP
                     KELANA SISWA PIS



4. PROMOSI PROGRAM ADVANCED MECHATRONIC KE PTSB DAN POLIMAS KEDAH ?& PUO, PERAK




5. JEMPUTAN BOLASEPAK IPT ASEAN
TUAN RUMAH ANJURAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN YANG MELIBATKAN NEGARA INDONESIA DAN SINGAPURA



6. KEJOHANAN PENCAK SILAT ANTARABANGSA PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI
DI BATU PAHAT JOHOR
MASA: 6 HARI


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mErEnUnG sEjEnAk..........

NOTA-NOTA ILMIAH