KliK DuLU iKLaN - IkLan MeNaRik Di SiNi ... daN dApAtKaN $$$$$$

HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....

My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$

Monday, June 13, 2011

KaMi TeRkANDaS - gEmPA BuMi Di ChRiStChUrCh - PART 2 JOURNEY DI NEW ZEALAND

KESAN GEMPA PADA HARI AKU BERADA DI CHRISTCHURCH



SaLam kembali .. alhamdulilah Allah masih memberi kita ruang dan masa untuk bertemu kali nie .. entri kali nie .. penulis nak sambung pengalaman JOURNEY KE NEW ZEALAND.......terima kasih kerana sudi membaca dan mengikuti perkembang saya berada di New Zealand ....... Jeng Jeng Jeng ... seperti biasa GAMBAR akan ku upload kemudian, kerana kesuntukan masa ... heheheheh

ISNIN - 13 Jun 2011

  • 6.20 pagi - bangkit dari tidor... 8 minit lagi masuk SUBUH.. kat sini sekarang waktu malam lebih panjang dari siang ... mana tak.. jam 5.5o petang dah masuk maghrib... cuaca memang betul2 sejuk .. aku cek suhu dari jam tanganku.... uihhh 3.5 darjah celcius.. kowang bayangkanlah betapa sejuknye..... hari ini kak sabariah ( ku pangggil kak sabar ) dan haneff telah merancang untuk membawa kami berjalan2 di sekitar Christchurch .... seawal pagi ku jengok ke luar jendela rumah mereka.. fros bertaburan di sana sini.. bila aku keluar jek rumah, perghhhh sejuknye mmg tak terkata.. bestnyer, sebab bila kita bercakap atau mengambil nafas seolah2 ada asap yang keluar..... :) ... aku mengambil kesempatan bersama isteri dan ibuku bersiar2 berjalan2 kaki untuk menghirup udara sejuk ( macam hirup air jekk heheheheh) . kebetulaan azim dan aleesya masih enak di buai mimpi.. maka kami mengambil kesempatan bersiar2 sekitar rumah... macam2 tanaman ada di sini di laman rumah di sini seperti Strawberry, Lavender, pokok musim di tepi2 jalan.. tapi takde daun sebab sekarang sedang musim WINTER... dan first time juga aku lihat pokok JINTAN ada di sini.... landskap di sini memang cantik dengan rumput sekata yang semulajadi .. dan apa yang mengagumkan aku, aku tak jumpa sebarang sampah dan di longkang belakang rumah cukup bersih ...... memang betul kata orang ... rakyat new zealand pembersih orangnya...
  • 11.30 pagi - selepas sarapan.. Kak Sabar pergi menjemput anaknya dengan Toyota Cardina manakala Haneff membawa kami bersiar2 di sekitar Christchurch dengan Stream nyerr... aku cek INTERNET... last call... memang betul, arini flight kami ke Auckland pada jam 6.00 petang nie cancell.... atas sebab kesan letusan gunung berapi di Chille... ermm, nampaknya aktiviti aku akan terjejas sedikit arini.. tapi takpelah.. sekurang2 nya terubat dengan pusing2 di christchurch nie .. insya allah.....
  • kami di bawa berjalan2 ke town... memang unik rumah2 di sini. apa yang menarik banyak rumah2 di didirikan di atas bukit.. mungkin faktor geografi.. yelah di sini apabila winter jalan2 akan dipenuhi salji.. jadi orang2 yang di atas bukit mungkin kurang saljinya.. agaknyelahh heheheheh ..... akukan pak nujum :)...... banyak juga bangunan2 yang telah runtuh akibat kesan GEMPA kuat yang melanda town nie pada bulan februari yang lepas.. Haneff membawa kami ke puncak bukit Christchurch di mana di sini kita boleh melihat pemandangan Christchurh dari atas... perjalanan nak menuju kuncak nie aku samakan seperti kita mendaki Cameron Highland dari Simpang lima Perak ....... gayat woooo
  • Oleh kerana Aleesya sedang tido dalam kereta, maka haneff menjaga kereta manakala kami berjalan2 sambil mengambil gambar di puncak bukit... kami tak sampai ke puncak bukit betul, kerana jalan ditutup under construction di sebabkan oleh gempa bumi.. Jalan denai yang kami lalui secara berjalan kaki agak curam dimana bawahnya adalah gaung2 yang tinggi.. sangat tinggi... dan curam.. setelah lama berjalan menuruti denai tersebut, isteriku dan ibuku berpatah balik disebabkan tak tahan dengan jalannya yang curam.. aku pula meneruskan perjalanan dengan azim kerana aku tekad nak keliling denai di atas bukit tue.... TIBA -TIBA.. SATU KEJADIAN TELAH BERLAKU... tiba-tiba aku rasa dunia nie bergegar.. aku tak boleh berdiri disebabkan gegaran itu..lantas aku terus memeluk anakku.... alhamdulilah, aku tak terpelanting ke haung yang curam... RUPA-RUPANYA gempa bumi telah berlaku.. ya allah inilah pengalaman pertama aku dapat merasakan gempa bumi secara REAL... lantas aku terus berpatah balik ke kereta dan kami mengambil keputusan untuk berjalan2 di kawasan TOWN christchurch.....
  • bila kami tiba di TOWN.. kami berhenti di satu kawasan.. Haneff memberitahu kami bahawa tempat ni adalah salah satu tempat menarik di Christchurch.. kami nampak ada kawasan garden yang dipenuhi dengan bunga-bungaan... itik di kawasan kolam ( itik adalah kawasan perlindungan di sini ) dan banyak bangunan2 lama atau baru yang menarik disini.. Aleesya masih tak bangun dari kereta dan azim pula baru memulakan tidonya.. jadi Hanefff mengambil keputusan untuk tunggu kereta sementara kami yang berjalan. baru selangkah TIBA-TIBA.. MASYA ALLAH ... SATU GEGARAN LAGI SEKALI BERLAKU.. Kali nie lebih kuat dan lama... kami rasa nak melambung2 di tepi jalan raya nasib baiklah kami sempat berpelukan bersama-sama.. BANGUNAN-BANGUNAN semua bergoyang2 kuat dan kereta melambung2 tehentak2 di jalanraya.... lampu jalan bergoncang2 kuat di jalanraya.. SEmua orang disitu semua panik... YA ALLAH BEGINILAH RASANYA GEMPA bumi... Perasaan takut, berdebar2 panik semua berlegar2 di kepalaku.. apalagi aku nampak kereta yangdi dalamnya ada dua orang anakku sedang terhentak2 di jalanraya..... ALHAMDULILAH ANAK-ANAKKU SELAMat.. sYUKUR KEPADA MU ....YA ALLAH... KAMI TERUS BERGEGAS KE RUMAH, MELIHAT BAGAIMANA NASIB ISTERI DAN ANAK2 HANEFF SERTA IBU KAK SABAR.. Ku lihat suasana semua panik.. Jalanraya penuh sesak.. semua orang yang bekerja bergegas balik ke rumah melihat nasib anak dan isteri mereka..... Ambulan berdering2 di Jalanraya.......
  • aLhamdulilah semua selamat ...... KAK LONG dan abang anep call aku dari auckland.. Mereka risau dengan keselamatan kami di sini... jadi kami mengambil keputusan untuk mohon flight AIR NEW ZEALAND ( sepatutnya kami menaiki JETSTAR - tetapi telah dibatalkan penerbangan selama dua hari ) pada esoknya untuk terus ke AUCKLAND, NEW ZEALAND.. waktu kami berlepas adalah jam 5.40 pagi... PASTINYA- pengalaman aku di Christchurch bersama keramahan dari KAK SABAR dan HANEFF serta ibu KAK SABAR yang tak jemu2 melayan kami di sini takkan kami lupakan.. terima kasih untuk layanan kowank.. KOWANK memang best- aku doakan semoga kalian beroleh kemurahan rezeki yang berpanjangan .. amin... dan pastinya aku merasa bertuah kerana dapat merasa GEMPA BUMI yang selama ini hanya dapat ku saksikan di kaca televisyEn sahaja.. SUATU PENGALAMAN yang sangat menakutkan dan menginsafkanku... Tiada kuasa lain yang dapat menyaingi kuasa dari ALLAH swt.... malam ini juga rumah ini didatangi oleh rakan Haneff sekeluarga yang ku kenali sebagai DENO.. Deno sudah tinggal di New Zealand selama 6 bulan kerana mengikut isterinya yang menyambung pelajarannya di sini. isterinya adalah PENSYARAH dari UPSI. mereka mempunyai 6 orang anak dan Deno adalah pegawai BANK NEGARA.... sememangnya hubungan rakyat Malaysai yang migrate di New Zealand nie memang sangat kuat.. sesiapa sahaja dianggap family sendiri, termasuklah aku yang mana aku sendiri tidak mengenali KAK SABAR dan HANEFF tetapi mereka sanggup menerima kami bermalam di rumah ..... dann... waktu sekarang adalah jam 2.20 pagi.. aku perlu pergi tido kerana jam 4.00 pagi aku harus bersiap untuk ke airport kerana check in mestilah 30 minit sebelum...... harap pembaca dapat doakan kelancaran journey saya di sini dan keselamatan kami sekeluraga AMINNNNN .....
P/S : lihat link nie untuk lihat kesan gempa bumi semasa kami di sini : http://nz.news.yahoo.com/news-gallery/a/-/article/9631293/image/5/christchurch-struck-by-aftershocks/

1 comment:

Anonymous said...

harap tuan apai n family selamat....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mErEnUnG sEjEnAk..........

NOTA-NOTA ILMIAH