PEGAWAI PAMERAN PUBLISITI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
TEMPAT: BALAIRAYA TAMAN KOTA JAYA KOTA TINGGI JOHOR
TARIKH: 18 MAC 2012 (AHAD)
HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....
SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$
Tuesday, March 20, 2012
Monday, March 19, 2012
PROGRAM PENULIS DALAM HARIAN METRO ..:)


Alhamdulilah, program penulis akhirnya dimasukkan ke dalam paper.. terima kasih tak terhingga kepada MR WARTAWAN yang sudi untuk memuatkan rencana program ke dalam harian Metro.. Actually semua program yang penulis rancangkan semuanya demi untuk kecemerlangan pelajar2 penulis. SEMOGA ia mendapat rahmat dan keberkatan dari sisi Allah swt. Semoga juga Allah swt sentiasa memberikan penulis kekuatan dalam mendidik dan membimbing pelajar2 penulis dalam menuju ke arah kecemerlangan.. amin
NAMA PROGRAM: KEM PERSONALITI UNGGUL GABUNGAN DARI JKM + JKE POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DAN JAB KEJ ELEKTRIK POLITEKNIK PORT DICKSON
TARIKH: 10-12 FEBRUARI 2012
TEMPAT: KEM BIODIVERSITI GUA BATU MALOI, NEGERI SEMBILAN

Meneroka ke gua adalah acara kemuncak program nie

berbagai aksi boleh didapati disini

penuh semangat ..

kembara alam

aksi2 haiwan

program jejak kelawar

bagaimana rasanya jadi orang buta

mendengar amanat
penghayatan alam
ceria dan sukses
terbaek
Latihan dalam kumpulan
persediaan untuk masakan di rimba
Thursday, March 8, 2012
LAWATAN ILMIAH KE UTeM
NAMA PROGRAM: LAWATAN ILMIAH JKM, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KE UTeM
TARIKH : 29 FEBRUARI 2012
Hari: RABU
PESERTA : 40 ORANG PELAJAR SEM AKHIR
: 2 ORANG PEGAWAI PENGIRING
Pada hari Rabu yang lepas, penulis berkesempatan membawa student membuat Lawatan Ilmiah ke UTeM, alhamdulilah apa yang penulis rancang dapatlah terlaksana... terima kasih kepada pihak UTeM especially Fakulti Kej Mekanikal kerana sudi menerima kehadiran kami... Objektif utama lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk menyambung pelajaran di sana disamping dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala... jom layans gambar2 di bawah:

















Bergambar kenangan di pintu masuk FKM, UTeM
Diperkarangan kawasan bilik kuliah
sebelum pergi.. di dalam bas PIS
bersiapsedia mendengar taklimat
En Azman control hensem,
Brief 1
pertukaran cenderahati
pembahagian cenderahati daripada pihak UTeM kepada pelajar2
pembahagian kumpulan untuk lawatan ke Makmal
Penerangan di dalam makmal
salah satu makmal yang dilawati
Thermal system
tekun mendengar penjelasan
hasil product - cnc lathe machine
sebelum MOL dibuat .. replika
tekanan aliran air
khusyuk dan tawaduk.. camnilah cara menuntut ilmu
Wednesday, March 7, 2012
KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA
PAGI tadi air mata penulis berlinangan ... tak tahu kenapa, tapi yang pasti penulis sangat rindukan kepada bonda penulis... Mungkin kerana terkenangkan jasa bonda kepada penulis yang begitu banyak dalam membimbing dan mendidik penulis, hingga akhirnya penulis berjaya menjadi 'MANUSIA' pada hari ini.. kepada para blogger sekelian dan juga pada pembaca sekelian, sukalah penulis mengingatkan terutama kepada diri penulis sendiri .. hargailah ibubapa kita selagi beliau masih masih ada hayat dikandung badan , dan jika ibu kita telah tiada senantiasalah mendoakan keampunan dan sentiasalah sedekahkan al-fatihah kepadanya. SEMOGA kita semua beroleh hidayah ALLAH swt dan dijadikan kita anak yang SOLEH dan SOLEHAH.. aminnn
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)





Tuesday, March 6, 2012
SIAPA SUNAN KALIJAGA - SALAH SEORANG WALISONGO
ENTRI kali nie penulis ingin berkongsi pengalaman penulis melawat salah seorang makam WALISONGO di Indonesia yang amat terkenal.. Actually penulis
mmg dah lama berhajat untuk melawat ke tempat ini, dan alhamdulilah Allah telah mengabulkan doa penulis untuk melihat sendiri bangunan Masjid Demak yang dibina oleh SUNAN KALIJAGA iaitu salah seorang Wali yang sangat terkenal di INDONESIA.. penulis juga berkesempatan untuk melawat MAKAM beliau.. di sini penulis ingin sedekahkan al-fatihah kepada ALLAHYARHAM WALI SUNAN JAGA semoga rohnya dicucuri rahmat tuhan .. sememangnya jasa beliau dalam menyebarkan syiar islam mmg begitu banyak ... AL-FATIHAH...
LOKASI 1 : MASJID DEMAK

Bonda dan ibu saudara berlatarbelakangkan masjid DEMAK yang dibina oleh Wali Agung Demak - SUNAN KALIJAGA .

Kepenatan sangatlah tue azim.. sempat tidur dimasjid barakah nie

Antara buku yang boleh dibeli disini

makam-makam yang terdapat didalam kawasan masjid DEMAK

bgambar bsama bonda tersayang

cantik sungguh landskap yang terjaga di sini

sila sodaqah - sedekah ... seikhlas hati

di dalam museum di masjid demak-

aktiviti-aktivti yang ada di kaki lima masjid - mmg ramai sangat pengunjung ke sini
DIMAKAM WALISONGO -SUNAN KALIJAGA -
lebih kurang 10 minit perjalan dari MASJID DEMAK dengan menaiki kenderaan mobil

Banyak jualan di sini sebelum memasuki makam walisongo

di sini juga terdapat banyak makam-makam

setiap makam berlainan bentuk

mungkin ada maksud setiap makam yang berlainan .. wallahhuaalam

antara gambar2 peristiwa yang terakam di sini .

.Thanks ibuk kerana menjaga sepatu kami semasa melawat ke makam

mmg banyak sangat kuburan di sini
berlatarbelakangkan makam WALI SONGO AGUN - SUNAN KALIJAGA ( sdimakamkan didlam seperti rumah yang berwarna hitanm dibelakang)
INFO YANG PENULIS PEROLEHI DARIPADA INTERNET MENGENAI WALISONGO SUNAN KALIJAGA:
Sunan Kalijaga dipercayai lahir sekitar tahun 1450 dengan nama Raden Said. Dia merupakan anak lelaki adipati Tuban yang bernamaTumenggung Wilatikta/Raden Sahur. Nama lain Sunan Kalijaga antara lain Lokajaya, Syekh Malaya, Pangeran Tuban dan Raden Abdurrahman. Berdasarkan satu versi masyarakat Cirebon, nama Kalijaga berasal dari desa Kalijaga di Cirebon. Pada saat Sunan Kalijaga berdiam di sana, dia sering berendam di sungai (kali), atau jaga kali.
Dalam satu riwayat, Sunan Kalijaga disebutkan berkahwin dengan Dewi Saroh binti Maulana Ishak, dan mempunyai 3 anak lelaki: R. Umar Said(Sunan Muria), Dewi Rakayuh dan Dewi Sofiah.
Ketika meninggal dunia, beliau dimakamkan di desa Kadilangu, sebelah timur laut kota Bintoro, Demak.
Ada beberapa kreasi seni budaya yang dipercayai diasaskan oleh Sunan Kalijaga, antara lain Sekatenan, Grebeg Maulud, Layang Kalimasada dan lakon wayang Petruk Jadi Raja.
Tempoh usia Sunan Kalijaga dipercayai lebih dari 100 tahun. Dengan demikian ia melalui tempoh akhir kekuasaan Majapahit (berakhir 1478),Kesultanan Demak, Kesultanan Cirebon dan Banten, bahkan juga Kerajaan Pajang yang lahir pada 1546 serta awal kehadiran Kerajaan Mataram di bawah pimpinan Panembahan Senopati. Ia turut terbabit dengan perancangan pembangunan Masjid Agung Cirebon dan Masjid Agung Demak. Tiang "tatal" (pecahan kayu) yang merupakan salah satu dari tiang utama masjid adalah hasil tangan Sunan Kalijaga.
Dalam dakwah, ia punya pola yang sama dengan mentor sekaligus sahabat dekatnya, Sunan Bonang. Fahaman keagamaannya cenderung "sufistik berbasis salaf" -bukan sufi panteistik (pemujaan semata). Ia juga memilih kesenian dan kebudayaan sebagai cara untuk berdakwah.
Ia sangat bertolak-ansur pada budaya tempatan. Dia berpendapat bahawa masyarakat akan menjauhi jika diserang pendiriannya. Maka mereka harus didekati secara bertahap: mengikuti sambil mempengaruhi. Sunan Kalijaga berkeyakinan jika Islam sudah difahami, dengan sendirinya kebiasaan lama hilang.
Maka ajaran Sunan Kalijaga terkesan sinkretis dalam mengenalkan Islam. Ia menggunakan seni ukir, wayang, gamelan, serta seni suara suluk sebagai cara dakwah. Dialah pencipta Baju takwa, perayaan sekatenan, grebeg maulud, Layang Kalimasada, lakon wayang Petruk Jadi Raja. Lanskap pusat kota berupa Kraton, alun-alun dengan dua beringin serta masjid dipercayai sebagai karya Sunan Kalijaga.
Subscribe to:
Posts (Atom)