Alhamdulilah.. diam tak diam hari ini dah masuk hari yang sembilan dua orang anak-anak hero penulis telah berkhatan.. Pada mulanya penulis merancang nak khatankan cuma anak sulung penulis, tapi anak kedua penulis telah mengofferkan dirinya berkhatan sekali.. " nanti senang ada kawan dengan abang long" katanya. Mula-mulanya penulis seperti tak yakin, tapi setelah melihat kesungguhan dari angah, maka penulis pun dengan yakin khatankan kedua-duanya sekali...abang long berumur 10 tahun dan abangah yang berumur 6 tahun.
Sebelum dua org hero ni dikhatankan, penulis telah membuat majlis doa selamat. Kali ni penulis telah menjemput golongan perempuan utk buat majlis doa selamat . org taman sini panggil ( yassin perempuan )
|
Pasang khemah sebelum majlis doa selamat |
|
terima kasih kepada yang hadir ..
|
|
juga kepada anak-anak didik KBS
|
Setelah selesai majlis doa selamat.. Sebelum tu penulis nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadirr... saudara mara dan taula serta adik beradik yang turut sudi juga memeriahkan majlis penulis. Jasa kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.. maka keesokan paginya, maka hari yang di tunggu-tunggu telah tiba jeng jeng jeng .... tempat khatan penulis pilih di
HOSPITAL PENAWAR, Pasir Gudang iaitu tempat Afiq ( anak sulung ) lahir dahulu.....
|
Menunggu masa sebelum di potong hehehee |
|
giliran abangah dulu |
|
ketika abangah sibuk dikerkajan di dalam, abang long kelihatan tak senang duduk dia hehehe |
|
alhamdulilah.. abangah dah selesai |
|
giliran abang long pulak |
|
alhamdulilah.. selesai dah semua
Alhamdulilah.. masuk hari yang ke sembilan ni, afiq dan azim dah boleh pakai seluar... inys allah papa janji lepas krismas ni kita akan celebrate cuti-cuti Malaysia.. ke mana ??? hokey kali ni biar mama + afiq + azim yang decide..... ok :)
|
|
syukur .. semua dah selamat |
No comments:
Post a Comment