Apa kahabar semua? Alhamdulilah.. bersyukur kita kehadrat Allah pencipta sekelian alam ini yang masih memberi kita ruang untuk menjalani kehidupan dan membuat ibadah kepadaNya.Teringat penulis akan kata-kata pujangga yang penulis jadikan sebagai prinsip dalam hidup penulis.. Nak tau apa kata-kata pujangga tu ??? haa dengarkan baca ni ye : " Hidup ini adalah satu lakonan, pada setiap detik saat, minit, jam dan hari kita sentiasa melakonkan watak-watak dalam kehidupan kita .. Oleh itu, muhasabah diri kita sentiasa, apakah watak kita pada masa ini ? dan lakonlah watak itu SEHABIS BAIK... " hehehe setuju tak dengan penulis ?? kalau setuju kasi angguk satu kali.. tapi yang tak setuju.... abaikan je ye :)
Entri kali ini adalah kisah penulis menjadi koordinator utk Politeknik PSMZA membuat program pengantarabangsaan ke Batam dan Tanjung Pinang,Iindonesia. kira2 seminggu lepas penulis menjadi koordinator utk Politeknik Mersing ( baca entri sebelum ni), kali ini sekali lagi penulis telah diberi kepercayaan untuk menjadi koordinator bagi pihak PSMZA pula. Terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan kepada penulis.Tarikh program adalah pada 22 Jun 2014 hingga 26 Jun 2014.
Pada hari pertama , setelah tiba ke Terminal Feri Batam, kami terus check in di salah sebuah hotel yang berada di Batam. Petangnya kami telah melakukan program bersama di Yayasan Pendidikan Tinggi Ibnu Sina. Antara pengisian adalah pembentangan kertas kerja, perjanjian persefahaman bersama dan aktiviti bersama mahasiswa sana seperti permainan futsal.
No comments:
Post a Comment