KliK DuLU iKLaN - IkLan MeNaRik Di SiNi ... daN dApAtKaN $$$$$$

HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....

My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$

Friday, June 17, 2011

AlHamDuLiLaH tErLePas EaRtHqUaKe - TriP kE AuCkLaND ( part 3)


PEMANDANGAN BANDARAYA AUCKLAND

Akhirnya kami dapat juga menyelamatkan diri kami dari gempa bumi di Christchurch.... Penulis rasakan seolah-olah baru sahaja terlepas dari kejadian ngeri yang tak pernah penulis rasakan seperti ini.... Walaupun terpaksa membuat keputusan last minute, akhirnya kata sepakat telah dicapai.. terpaksa menaiki aeroplane Air New Zealand untuk ke Auckland... Tambangnya agak mahal IAITU $ 1500 ++ di mana jika Jetstar sebelum ini hanyalah dalam $ 500 ++ sahaja, tapi demi keselamatan kami sekeluarga... kami kena buat pilihan yang tepat... kami bertolak dari Lapangan Terbang Christchurh pada jam 5.40 a.m, di hantar oleh KAK SABARIAH dan HANEFF.. terima kasih kalian, jasa kalian takkan dapat ku lupakan...
SELASA ( 13 jun 2011 )
  • 7.15 a.m - sampai ke airport Auckland. Disambut oleh abang iparku yang ku panggil abang Anep. Cuaca di sini agak sejuk, tetapi tidaklah sesejuk di Christchurch... semasa hendak landing ke airport, kami dah nampak bandar Auckland dengan padang rumput yang menghijau cantik terbentang luas di penuhi dengan binatang peliharaan iaitu kambing dan lembu... Sungguh Cantik ciptaanMu Ya Allah.. Subhanallah... kami terus mengambil kenderaan sewaan kami iaitu sebuah van FORD dengan muatan 10 penumpang. Cukup besar.......
  • 10.00 a.m - Terus menuju ke Rumah Abang iparku dan kakakku di North Shore, Albany untuk bersarapan dan persiapan diri sebelum memulakan pengembaraan kami di Auckland ini..
  • 12.30 p.m - memulakan pengembaraan kami... Memang cantik pemandangan di bandar Auckland ini.. Sepanjang perjalanan kami di jamu dengan pemandangan2 yang indah2. Kagum kami melihat keunikan di Auckland ini... lihat lah pemnadangan-pemandangan yang saya dapat kongsikan bersama. Sepanjang perjalanan aku dan abang Anep bergilir-gilir memandu kenderaan bersama.. Lokasi pertama yang kami tujui adalah ke HAMILTON GARDEN .. iaitu lebih kurang mengambil masa dua jam dari Albany. marilah kita menyaksikan pemandangan-pemandangan yang indah sepanjang perjalanan kami ke Hamilton Garden:
    KELIHATAN POKOK-POKOK YANG GUGUR DAUN AKIBAT WINTER
    POKOK-POKOK DI SINI DI JADIKAN SEBAGAI SEMPADAN / PAGAR
    PEMANDANGAN PADANG RUMPUT SEPANJANG PERJALANAN.. erksss MANA LEMBU DAB KAMBINGNYA ??
    OWHH DI SINI RUPANYA ........
    PELAJAR - PELAJAR SEKOLAH YANG BARU PULANG SEKOLAH .. BERKAKI AYAM ADALAH BIASA DI SINI
    SINGGAH DI HUNTLY UNTUK BERGAMBAR SEKETIKA
    HUNTLY 2
    SAPA EKK ?? HEHEHE TIDUR SEKEJAP UNTUK MELEPASKAN LELAH






Monday, June 13, 2011

KaMi TeRkANDaS - gEmPA BuMi Di ChRiStChUrCh - PART 2 JOURNEY DI NEW ZEALAND

KESAN GEMPA PADA HARI AKU BERADA DI CHRISTCHURCH



SaLam kembali .. alhamdulilah Allah masih memberi kita ruang dan masa untuk bertemu kali nie .. entri kali nie .. penulis nak sambung pengalaman JOURNEY KE NEW ZEALAND.......terima kasih kerana sudi membaca dan mengikuti perkembang saya berada di New Zealand ....... Jeng Jeng Jeng ... seperti biasa GAMBAR akan ku upload kemudian, kerana kesuntukan masa ... heheheheh

ISNIN - 13 Jun 2011

  • 6.20 pagi - bangkit dari tidor... 8 minit lagi masuk SUBUH.. kat sini sekarang waktu malam lebih panjang dari siang ... mana tak.. jam 5.5o petang dah masuk maghrib... cuaca memang betul2 sejuk .. aku cek suhu dari jam tanganku.... uihhh 3.5 darjah celcius.. kowang bayangkanlah betapa sejuknye..... hari ini kak sabariah ( ku pangggil kak sabar ) dan haneff telah merancang untuk membawa kami berjalan2 di sekitar Christchurch .... seawal pagi ku jengok ke luar jendela rumah mereka.. fros bertaburan di sana sini.. bila aku keluar jek rumah, perghhhh sejuknye mmg tak terkata.. bestnyer, sebab bila kita bercakap atau mengambil nafas seolah2 ada asap yang keluar..... :) ... aku mengambil kesempatan bersama isteri dan ibuku bersiar2 berjalan2 kaki untuk menghirup udara sejuk ( macam hirup air jekk heheheheh) . kebetulaan azim dan aleesya masih enak di buai mimpi.. maka kami mengambil kesempatan bersiar2 sekitar rumah... macam2 tanaman ada di sini di laman rumah di sini seperti Strawberry, Lavender, pokok musim di tepi2 jalan.. tapi takde daun sebab sekarang sedang musim WINTER... dan first time juga aku lihat pokok JINTAN ada di sini.... landskap di sini memang cantik dengan rumput sekata yang semulajadi .. dan apa yang mengagumkan aku, aku tak jumpa sebarang sampah dan di longkang belakang rumah cukup bersih ...... memang betul kata orang ... rakyat new zealand pembersih orangnya...
  • 11.30 pagi - selepas sarapan.. Kak Sabar pergi menjemput anaknya dengan Toyota Cardina manakala Haneff membawa kami bersiar2 di sekitar Christchurch dengan Stream nyerr... aku cek INTERNET... last call... memang betul, arini flight kami ke Auckland pada jam 6.00 petang nie cancell.... atas sebab kesan letusan gunung berapi di Chille... ermm, nampaknya aktiviti aku akan terjejas sedikit arini.. tapi takpelah.. sekurang2 nya terubat dengan pusing2 di christchurch nie .. insya allah.....
  • kami di bawa berjalan2 ke town... memang unik rumah2 di sini. apa yang menarik banyak rumah2 di didirikan di atas bukit.. mungkin faktor geografi.. yelah di sini apabila winter jalan2 akan dipenuhi salji.. jadi orang2 yang di atas bukit mungkin kurang saljinya.. agaknyelahh heheheheh ..... akukan pak nujum :)...... banyak juga bangunan2 yang telah runtuh akibat kesan GEMPA kuat yang melanda town nie pada bulan februari yang lepas.. Haneff membawa kami ke puncak bukit Christchurch di mana di sini kita boleh melihat pemandangan Christchurh dari atas... perjalanan nak menuju kuncak nie aku samakan seperti kita mendaki Cameron Highland dari Simpang lima Perak ....... gayat woooo
  • Oleh kerana Aleesya sedang tido dalam kereta, maka haneff menjaga kereta manakala kami berjalan2 sambil mengambil gambar di puncak bukit... kami tak sampai ke puncak bukit betul, kerana jalan ditutup under construction di sebabkan oleh gempa bumi.. Jalan denai yang kami lalui secara berjalan kaki agak curam dimana bawahnya adalah gaung2 yang tinggi.. sangat tinggi... dan curam.. setelah lama berjalan menuruti denai tersebut, isteriku dan ibuku berpatah balik disebabkan tak tahan dengan jalannya yang curam.. aku pula meneruskan perjalanan dengan azim kerana aku tekad nak keliling denai di atas bukit tue.... TIBA -TIBA.. SATU KEJADIAN TELAH BERLAKU... tiba-tiba aku rasa dunia nie bergegar.. aku tak boleh berdiri disebabkan gegaran itu..lantas aku terus memeluk anakku.... alhamdulilah, aku tak terpelanting ke haung yang curam... RUPA-RUPANYA gempa bumi telah berlaku.. ya allah inilah pengalaman pertama aku dapat merasakan gempa bumi secara REAL... lantas aku terus berpatah balik ke kereta dan kami mengambil keputusan untuk berjalan2 di kawasan TOWN christchurch.....
  • bila kami tiba di TOWN.. kami berhenti di satu kawasan.. Haneff memberitahu kami bahawa tempat ni adalah salah satu tempat menarik di Christchurch.. kami nampak ada kawasan garden yang dipenuhi dengan bunga-bungaan... itik di kawasan kolam ( itik adalah kawasan perlindungan di sini ) dan banyak bangunan2 lama atau baru yang menarik disini.. Aleesya masih tak bangun dari kereta dan azim pula baru memulakan tidonya.. jadi Hanefff mengambil keputusan untuk tunggu kereta sementara kami yang berjalan. baru selangkah TIBA-TIBA.. MASYA ALLAH ... SATU GEGARAN LAGI SEKALI BERLAKU.. Kali nie lebih kuat dan lama... kami rasa nak melambung2 di tepi jalan raya nasib baiklah kami sempat berpelukan bersama-sama.. BANGUNAN-BANGUNAN semua bergoyang2 kuat dan kereta melambung2 tehentak2 di jalanraya.... lampu jalan bergoncang2 kuat di jalanraya.. SEmua orang disitu semua panik... YA ALLAH BEGINILAH RASANYA GEMPA bumi... Perasaan takut, berdebar2 panik semua berlegar2 di kepalaku.. apalagi aku nampak kereta yangdi dalamnya ada dua orang anakku sedang terhentak2 di jalanraya..... ALHAMDULILAH ANAK-ANAKKU SELAMat.. sYUKUR KEPADA MU ....YA ALLAH... KAMI TERUS BERGEGAS KE RUMAH, MELIHAT BAGAIMANA NASIB ISTERI DAN ANAK2 HANEFF SERTA IBU KAK SABAR.. Ku lihat suasana semua panik.. Jalanraya penuh sesak.. semua orang yang bekerja bergegas balik ke rumah melihat nasib anak dan isteri mereka..... Ambulan berdering2 di Jalanraya.......
  • aLhamdulilah semua selamat ...... KAK LONG dan abang anep call aku dari auckland.. Mereka risau dengan keselamatan kami di sini... jadi kami mengambil keputusan untuk mohon flight AIR NEW ZEALAND ( sepatutnya kami menaiki JETSTAR - tetapi telah dibatalkan penerbangan selama dua hari ) pada esoknya untuk terus ke AUCKLAND, NEW ZEALAND.. waktu kami berlepas adalah jam 5.40 pagi... PASTINYA- pengalaman aku di Christchurch bersama keramahan dari KAK SABAR dan HANEFF serta ibu KAK SABAR yang tak jemu2 melayan kami di sini takkan kami lupakan.. terima kasih untuk layanan kowank.. KOWANK memang best- aku doakan semoga kalian beroleh kemurahan rezeki yang berpanjangan .. amin... dan pastinya aku merasa bertuah kerana dapat merasa GEMPA BUMI yang selama ini hanya dapat ku saksikan di kaca televisyEn sahaja.. SUATU PENGALAMAN yang sangat menakutkan dan menginsafkanku... Tiada kuasa lain yang dapat menyaingi kuasa dari ALLAH swt.... malam ini juga rumah ini didatangi oleh rakan Haneff sekeluarga yang ku kenali sebagai DENO.. Deno sudah tinggal di New Zealand selama 6 bulan kerana mengikut isterinya yang menyambung pelajarannya di sini. isterinya adalah PENSYARAH dari UPSI. mereka mempunyai 6 orang anak dan Deno adalah pegawai BANK NEGARA.... sememangnya hubungan rakyat Malaysai yang migrate di New Zealand nie memang sangat kuat.. sesiapa sahaja dianggap family sendiri, termasuklah aku yang mana aku sendiri tidak mengenali KAK SABAR dan HANEFF tetapi mereka sanggup menerima kami bermalam di rumah ..... dann... waktu sekarang adalah jam 2.20 pagi.. aku perlu pergi tido kerana jam 4.00 pagi aku harus bersiap untuk ke airport kerana check in mestilah 30 minit sebelum...... harap pembaca dapat doakan kelancaran journey saya di sini dan keselamatan kami sekeluraga AMINNNNN .....
P/S : lihat link nie untuk lihat kesan gempa bumi semasa kami di sini : http://nz.news.yahoo.com/news-gallery/a/-/article/9631293/image/5/christchurch-struck-by-aftershocks/

Sunday, June 12, 2011

JoURnEy Ke CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND

Alhamdulilah kami selamat sampai ke Christchurch tadi . Perasaan penatz, seronok, gusar, takut , masin pahit (erkss dalam kategori perasaan ke nie ???? ) semua berlegar2 dalam akal fikiran... di sini, penulis nak buat satu catatan diari untuk dikongsi bersama pembaca tentang episod journeyku ke New Zealand... GAMBAR ???? HEHEHEE, buat masa nie aku tak sempat nak uploadkan gambar dalam entri nie.. insya allah dah ada masa nanti akan ku uploadkan gambar-gambarku...... Berikut adalah rentetan peristiwa-peristiwa sehingga ke hari ini..... semoga ia jadi catatan dan rujukan jika anda berminat untuk bercuti atau membuat lawatan ke NEW ZEALAND nieee.......Italic

SABTU ( 11 JULAI 2011 )

  • 12.00 tengahari : Bertolak dari Rumah menuju ke Kota Masai, Pasir Gudang....... menjemput ibuku sama menuju ke Rumah Sue ( bakal adik ipar yang akan melangsungkan perkahwinan dengan adikku pada 2 dan 3 Julai 2011 nie ) di Selangor . Bersalaman dengan ahli keluarga .. thanks kak wazed . kak ngah dan abang Rahim, ayah dan ibu mertuaku kerana mengiringi pemergian kami sekeluarga. Kepada Abang LONG papa rindu kat abang LONG, maaf tak dapat bawak AFIQ sama bercuti kali nie... sebab AFIQ bersekolah.. tapi papa janji akan belikan hadiah untuk AFIQ .... PS2 papa dah belikan untik AFIQ, harap AFIQ suka ya sayang....
  • 7.00 petang : Tiba di rumah sue di areBulleted Lista Selangor.. thanks untuk family Sue sebab sudi menumpangkan kami bermalam dirumah. Sempat juga malam tue berbincang tentang majlis perkahwinan SUE - IWAN nanti........
Bold
AHAD ( 12 JULAI 2011 )
  • 3.30 pagi : Bertolak ke LCCT menaiki teksi. Tambang RM70. sAMPAI KAT LCCT tERMINAL JAM 4.10 PAGI. sebenarnya aku bertolak terlalu awal sebab sangkakan aku bertolak ke Christchurch jam 8 pagi.. rupa-rupanya jam 8.40 pagi... haa padan muka, tak pasal-pasal terpaksalah duduk jadi pak guard kat LCCT Terminal selama 5 jam !!!! TAPI tak pe, mak aku kecik2 pesan biar kita cepat.. nanti senang takut papehal nanti kat tengah Jalan .. hehehehe ( ALASAN 10X ) .... nasib baik puteraku AZIM san puteriku ALEESYA tak meragam.. syukran.. syukran.. Jam 7.00 pagi aku dah masuk boarding pass.. Sarapan kat MCD di LCCT TERMINAL... AZIM buat hal hal.. menangis2 tak sabar nak naik AIR ASIA.. mungkin dah terlalu lama menunggu agaknye kot :).. haru haruu
  • 8.40 pagi : FLIGHT kami bertolak.... Ya Allah permudahkan perjalananku ini ..Amin..... dalam flight penuh dengan orang-orang New Zealand.. orang2 MORI... huhuhuh hanya segelintir rakyat Malaysia... Cam2 berlegar di akal fikiran, maklumlah 10 jam penerbanganku dan ini kurasakan pertama kali aku menaiki kapal terbang yang selama 10 jam berterusan terbang tanpa henti.... aku ??? dalam kapal terbang apa lagi .. bangun.. tido.. tido, jaga , makan bla bla bla............
  • 6.40 petang ( waktu malaysia ) @ 11.40 malam ( waktu New Zealand ) : Selamat arrived di New Zealand.... alhamdulilah, sampai sudah.. setelah selamat melalui check kastam... ( puas juga kena interview dengan diowang ) ... keluar di kawasan menunggu, kami mencari Kak Long dan Abang Anep yang sepatutnya menunggu kami tak kunjung tiba.... mana diowang ekk ??? tepon arrr .. erksss kat AUCKLAND ??? ( jauh tue AUCKLAND KE CHRISTCHURCH penerbangan hampir 3 jam !!!!) .. Rupa2nya hari nie semua flight domestic New Zealand di batalkan, sebab kesan debu Gunung Berapi di CHILLE seminggu lepas baru sampai ke New Zeakand.. erksss camne nie ?? tetiba muncul KAK SABARIAH DAN HANIFF ( mereka adalah kawan abang anep dan Kak Long ) menjemput kami untuk bermalam di rumahnya di Christchurch.. terima kasih bebanyak buat diorang, semoga Allah membalas jasa kalian.....CUACA KAT SINI SEJUK GILESSS... 4 DARJAH CELCIUSSSSSS !!!!!!! ESOK KAK SABARIAH DAN HANIFF akan membawa kami ke Sekitar Christchurch.. Kak Sabariah adalah lecturer UTHM dan kini sedang ambil PHD di New Zealand nie.... dah lama aku nak ke bandar ini sebab Bandar nie adalah bandar yang diiktiraf sebagai bandar yang tercantik di dunia !!!! then, esok juga lebih kurang jam 6.30 ptg waktu New Zealand kami akan flight ke Auckland, New Zealand..... semoga esok flight domestik New Zealand dah ok.... semoga allah melancarkan perjalananku ini.... jam 2.00 pagi NZ tadi Aleesya menangis2 dan muntah2.. mungkin terlalu sejuk .. 4 darjah celcius tue..lepas bagi susu panas , dan aku lumurkan minyak VICKS .. dan pakaikan baju sejuk dua lapis.. barulah dia senyap.. mungkin dah rasa selesa...... aku ?? setelah aleesya dah tido, aku pun mengambil kesempatan untuk menulis entri di blog ini.... hehehehe
so setakat nie kisah journey di New Zealand setakat nie.. insya allah akan ku update dari masa ke semasa...insya allah. nak sambung tido.. jam dah kul 4.oo pagi NZ nie.. perlu berehat untuk stamina esok esok hari.. esok akan ku teroka bandar Christchurh nie...... TUNGGU ......

Saturday, June 11, 2011

YaBeDaBeDu!!!!!!!

suasana higway DESARU - PASIR GUDANG


KORANG taw tak apa entry aku kali nie??? haaa..... betul, sesuai dengan gambar di atas... hari nie secara rasminya highway yang merentasi laut dari DESARU ke PASIR GUDANG @ SENAI telah di buka. Seawal jam 7 pagi aku dikejutkan dengan deringan telepon dari adikku ejai yang memberitahu bahawa highway ini telah dibuka, maka apalagi seperti orang ngantok disorongkan bantal... aku terus mengarahkan ahli familyku bersiap untuk bersarapan di Bandar PENAWAR. ...( KORANG NAK TAW KALAU IKUT JALAN BIASA MASA DARI DESARU KE PASIR GUDANG ADALAH SEJAUH HAMPIR 2 JAMM!!!! kini setelah melalui highway nie.. masa adalah hampir setengah jam sahaja !!!!!) Kebetulan pula hari nie aku cuti kerana esok aku akan journey ke NEW ZEALAND selama 10 hari ... haaa jom kita lihat suasana semasa melalui higway nie ****

Semasa melali jambatan nie.... satu lagi perkara telah berlaku... kowang nak taw??? JENG JENG JENG.. lihat bawah nie :
bagi aku, apa yang mahalnyer highway ni adalah JAMBATANnyer.. kalau lalu kat atas.. rasa gayat wooooo.... jambatan nie ... teringat aku akan jambatan yang menghubung 7 pulau di BATAM, INDONESIA.. lebih kurang bentuknyerr.. cuba tengok bawah nie JAMBATAN di Batam, Indonesia:

Monday, June 6, 2011

GamBaR-gAmBaR KaHwiN jAjA DaN aYiE

Sebagaimana yang telah kujanjikan untuk mengupload gambar-gambar kahwin jaja dan ayie, haa sekarang masa untuk ku tunaikan janji2 manisku.. heheheheh. Memang penat beb, maklumlah SEBELUM persiapan majlis memang sibuk nak uruskan majlis seperti bunga telurlaa... pasal menu makananlah... kemas rumahlah.. beli barang itu, inii... memang fenin , KETIKA majlis plaks aku sibuk memainkan peranan sebagai BAPAK PENGANTIN plaks hehehhehehe.... dan SELEPAS keje kawin , lagilah penatz nak mengemas baliks... huhuhuhu . ALHAMDULILAH bertambah lah sorang ahli keluargaku.. dan tahun depannya hehehe ( erksss paham-pahamlah yerrr ) ... aku??? hehehehhee nak CUTI !!!!!!

Gambar diambil selepas majlis akad nikah.. Tahniah ayie sekali lafaz ;)

Haaa team MAIL LAMBUNG buat sekatan TOL :) .. TAKUTNYERRRR

Penyanyi yang diimport khas ;) .. Lepas nie NANA + ACHIK leh gulung tikar huhuhuh
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KEDUA MEMPELAI

Sopannyeee anak siapa nieee ???

Antara yang hadir semasa majlis akad nikah


Akhir kata dariku, tahniah UNTUK JAJA DAN AYIE.. semoga kalian berbahagia hingga ke syurga ..jadilah isteri dan suami yang soleh dan solehah... terima kasih juga kepada semua yang hadir memeriahkan majlis perkahwinan ini... Thankz.. adios

Nak Tengok Glacier di Wai-O-Tapo ??

camniela asap volcano


tinggi woooo


pancutan glacier ...


di tempat duduk tontonan
berasap -asap

pelancong dari segenap pelusuk dunia datang menyaksikan















Tuesday, May 31, 2011

POSTOR .... POSTOR

GAMBAR SEMASA PERTUNANGAN JAJA DAN AYIE

Dah begitu lama tak update blog.. mmg betul2 dengan kesibukan, hehhehe alasan semata2.. tapi sebenarnya aku mmg betul2 busy masa tue.. minggu lepas pun baru selesai keje kawin adikku jaja bersama dengan pasangannya ayie... aku?? sejak kematian arwah ayah, ditambah pula dengan statusku sebagai anak lelaki sulung .. mmg menjadi tanggungjawabku menjadi tulang belakang dalam keluarga .. lebih-lebih lagi dengan majlis perkahwinan adik.. Di sini angah nak amek kesempatan untuk ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat jaja dan ayie , semoga kebahagiaan kalian akan kekal ke akhir hayat dan membawa ke SYURGA nanti,. insya allah.. Insya allah juga aku akan uploadkan gambar-gambar perkahwinan kalian dalam bloggku ini nanti....

KEINDAHAN NEW ZEALAND .. X SABAR NAK KE SANA !!!

tup tap tup tap... sedar tak sedar hanya tinggal seminggu lebih lagi untuk percutian tripku ke NEW ZEALAND ( 12 Jun 2011 hingga 21 jun 2011 ).. dah tak sabar rasanya maklumlah jarang berjalan sejauh ini... nasib baik juga kakak sulungku ada di sana, mudah sikit nak berjalan sebab dah ada guide tour heheheh... apa persediaanku ekk?? VISA?? dah tepon travel agent tadi .. di NeW Zealand tak perlu VISA, hanya Malaysian passport.mungkin keraba New Zealand adalah negara2 KOMANWEL. ermm baju ?? aku dah setel, isteri dah... anak2 cuma azim belum tambah seluar ?? insya allah nanti aku akan kongsikan ceritaku di New Zealandkepada pembaca semua.... semoga percutianku nanti akan dipermudahkan oleh ALLAH nanti....

SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI KEHIDUPAN DAN MELIMPAHRUAHKAN REZEKIKU.. AMINN

semalam aku dapat berita gembira..alhamdulilah, aku berjaya dalam anugerah perkhidmatan cemerlang ( APC ) politeknik dalam tahun 2010. tapi tak dapat hadir dalam majlis penganugerahan tersebut sebab pada 14 Jun 2011 nie aku berada di New Zealand.. apa2 pun aku sangat bersyukur kepada Allah di atas segala pemberian rezeki dariNya.. alhamdulilah........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mErEnUnG sEjEnAk..........

NOTA-NOTA ILMIAH