KEPADA SEMUA WARGA YG BERAGAMA ISLAM & RAKAN2 YANG MENGENALI DIRI INI
MARHABAN YAA RAMADHAN
Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,
Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan
Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.
Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf zahir dan batin....
Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Amin.
Diam tak diam, rupa-rupanya esok umat islam akan menyambut satu lagi bulan keberkatan Allah s.w.t iaitu bulan ramadan al-mubarak ( sabtu ). Ermm mudah-mudahan segala amal jariah yang kita lakukan di bulan nie akan mendapat keberkatan dari allah s.w.t. Actually di bulan nielah dikatakan syaitan-syaitan diikat dari menghasuti manusia... So kalo bulan pose nie, jika ada manusia melakukan kemungkaran kenapa ek? huhuhuu bak kata Nabil " Lu pikirlah sendiri...... Pernah aku terbaca satu kisah di mana nafsu hanya kalah apabila kita menahan lapar... jadi puasa nie aku anggap adalah satu latihan untuk kita menahan segala nafsu.. nafsu makan, hawa nafsu dan nafsu lain2 yang boleh bawa kemudaratan...
ermmm tapi entri kali ini lebih kepada cerita2 kenangan aku dahulu dalam bulan puasa nie. Di dalam bulan inilah juga meninggalkan seribu satu kenangan pada diriku. Manakan tidak pada tanggal 22 Ramadan pada tahun 2004 jugalah aku kehilangan orang yang paling aku kasihi.. iaitu arwah bapaku. Semoga pemergian arwah abah mendapat kerahmatan dan keampunan dari Allah s.wt. terutama pemergiannya adalah di bulan dan hari ( arwah abah juga meninggal dunia pada hari Jumaat ) yang mulia ini... tak dapat aku bayangkan betapa pilunya hatiku menyambut Syawal pada tahun itu. Semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi oleh Allah s.w.t.
Pada zaman kanak-kanak bulan pose nielah bagiku paling seronok sekali,. Yelah namapun kanak-kanakkan...kann... ermm memandangkan bilangan adik-beradikku yang agak ramai.. so banyaklah karenah yang memeningkan kedua ibubapaku.. huhuhu bayangkanlah sekarang pun aku mempunyai dua orang hero pun dah fenin, nie lagilah bilangan adik-beradikku seramai 10 orang!!! Paling yang aku takleh lupa ponteng kelas mengaji dan sembahyang terawih di surau tetapi main meriam kat atas bukit .. opssss... jangan beritahu student aku hehehehe... ada satu lagi perkara yang aku takleh lupakan ketika aku baling mercun di atas atap zink umah jiranku, apalagi menyoroklah aku.. kang mampus aku terkena... dan memangpun arwah Cik Ghani keluar dan disangkanya ada sekumpulan budak2 kampungku yang membalingnya.. apalagi dengan sebilah parang satu kampung dia mengejar budak2 tuh.. kepada keluarga arwah Cik Ghani, aku menyusun 10 jari di atas kenakalanku semasa zaman kanak-kanakku. ermm waktu berbuka adalah waktu yang dinanti. Habis semua makanan rasanya aku nak bedal... cup itu, cup ini kadang-kadang smpai bergaduh kami adik-beradik kerana berebut makanan walaupun belum lagi waktu berbuka... haiii mana tak fenin ibu dan arwah abah......
ketika masuk alam remaja, suasana kemeriahan berbuka bersama keluarga dah semakin kurang terasa. Mungkin kerana aku tinggal di asrama dan aku berbuka bersama-sama rakan-rakan hostel yang lain. Biasalah budak2 hostel nih memng pantang nampak makanan.. hehehee... kadang-kadang kami ambil sehingga 2 ketul ayam seorang. ketika menunggu waktu berbuka pun, habis biji kurma kami baling2 sesama rakan.. dah macam perang kat iraq pulak masa tuh. kesian cleaner canteen tuh asyik keje mengutip biji kurma... dan yang paling malas, adalah aktiviti gotong royong.. huh memang memenatkan xxxxxxxx.
Budaya BBQ bersama keluarga ketika beberapa hari sebelum hari raya adalah budaya yang arwah bapaku terapkan kepada aku dan adik beradik selepas aku bekerja dan berkahwin. Cara ini adalah bertujuan untuk merapatkan kami semua.. maklumlah ketika dah kerja dan kahwin komitmen dah lain sedikit. Tanggungjawab dah semakin bertambah. Alhamdulilah setakat nie kami dapat lagi teruskan budaya ini, dan mudah-mudahan ia dapat diteruskan pada masa akan datang di dalam bulan Ramadan-ALmubarak ini.... Semoga ikatan ukhwah islamiah antara kita akan sentiasa berkekalan. Ingat lah bahawa kita masih mempunyai emak yang perlu dijaga. Mudahan kita semua terhindar dari perbuatan yang boleh mengguriskan perasaan ibu kita. Sesungguhnya juga syurga adalah di bawah tapak kaki ibu.....
Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga amalan kita akan bertambah di bulan Ramadan ini. Aku juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada menyinggung perasaan atau tersalah kata dan perbuatan. Mudahan Ramadan kali ini akan memberikan kita 1001 makna dan menyambutnya dengan penuh penghayatan dan kemuliaan. Mudah-mudahan Allah swt sentiasa memberkati dan memberi kita cahaya dalam melalui ranjau kehidupan yang penuh dengan liku dan pancaroba ini.
akhir kata kliklah RAMADAN untuk mendapatkan maklumat dan kelebihan yang lebih lanjut tentang bulan yang mulia ini.......
3 comments:
Bapak mertua aku pun baru meninggal 2 tahun lepas..kalau tgk kuih2 kt pasar ramadhan tu teringat kt arwah baba
Semoga Arwah Abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihi olehNya...aminnn....
ribbit: takziah untuk ko.. ermm samalah cam aku.. setiap kali raya terkenangkan arwah bapa aku.. yelah masa tue tinggal seminggu lagi nak raya.. sama2lah kita mendoakan arwah semoga rohnya dicucuri rahmat.
Nida: amin... sentiasalah kita sedekahkan alfatihah utk arwah abah dan orang2 islam yang lain...
Post a Comment