HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....
SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$
Thursday, November 26, 2009
hApPy GrAdUaTiOn tO aFiQ ....
setelah papa dan mamanya konvo , seminggu kemudian maka tibalah giliran Afiq pula graduated dan konvo di TASKA AT-TAUFIQ pada 21 November 2009. Ermm diam tak diam rupanya anak papa nie akan masuk alam persekolahan pada tahun depan. Sekejap jek masa berlalu, dan dalam tahun nie jugak aku dah memasuki era 30-an. Begitulah kalo kita fikir2kan pusingan kitaran hidup kita, dahulu dari zaman kenakalan waktu kanak-kanak seperti anak-anak kita sekarang hinggalah sekarang kita bergelar ayah atau ibu dan pasti kalo umur panjang kita akan bergelar DATUK pula.....bagaimana pula yekk, zaman kita pada waktu tue plaks ?????......
Wednesday, November 25, 2009
JoUrNeY tO KoNvO ....(part 3)
Berjalan sudah, berkonvo pun sudah.. maka tibalah hari terakhir untuk berfoya2.. pada pagi ahad tue... setelah mengemas2 di rumah sepupuku ... akhirnya tibalah last kopek hari untuk berjalan... setelah bersarapan maka kami telah berjalan di sekitar Kuala Lumpur .. LOkasi?? kami ke Universiti Malaya.. melihat panorama Universiti adikku ( Jaja ).. layanz...
Bang tiket wayang ada jual sekali tak kat sini ??
aksi-aksi sebelum melepaskan diri dari dalam LRT
Tiket!! .. tiket!!.. KL kak...KL..
Azim yang tak sabar nak naik LRT...
dan perjalanan kami yang terakhir adalah di Plaza Central .. tempat nie adalah pilihan disebabkan untuk membalas jasa adikku (JAJA) untuk memebelanjanya KFC nyum nyum nyumm kerana menjaga anak2ku semasa aku KONVOKESYEN. kami ke sana bukan menaiki kereta.. tetapi menaiki LRT... at Last aku nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada:
1. Nazri dan Kak Intan... layanan kowang memang the best....
2. adikku JAJA kerana menjaga anak2ku semasa konvokesyen
3. Ezzuan dan tunang Lina ( anak saudara) - thanks cenderahati tuh... dan spend masa tengok ucu konvo
4. Emak dan Ibu Mertua - kerana turut serta , insya allah kejayaan ini adalah untuk motivasi dalam keluarga kita.
Lihat juga aksi AZIM berdansa:
JoUrNeY tO KoNvO ....(part 2)
Selepas puas merayap-rayap ( uiks cam spesis serangga laks huhhuuhu) , pada petangnya kami telah turun Bukit Cameron menuju ke Kuala Lumpur kembali. Actually, puas lah gaks bersantai di Cameron Highlands ni.. Untuk pengetahuan, aku kalo ke Cameron Highlands nie.. cuma satu perkara je yang aku suka.. nak tau apa dia ?? jeng..jeng..jeng ... JAGUNGNYA yang MANIS gilers... tak sama kalo carik kat lain di Malaysia nie hehehehe...wokey sambung balik .... di KL aku tidur di rumah sepupuku di Shah ALam.. kuarters TUDM. Thanks alot to Nazri dan Kak Intan kerana sudi melayan dan tempat tinggal... Semoga Allah merahmati keluarga kalian...
Posing di rumah sepupu
sepupuku.. Nazri dan Kak Intan ..
Apa yang sangat mengharukan aku adalah aku menginap di rumah sepupuku selama dua hari adalah .. layanan diowang yang betul2 mesra. lagi satu .. diowang jugak menemankan kami semasa di KONVO di PWTC... TQ TQ TQ....
Rakan2 sekelas SEDIPLOMA dahulu dan SEIJAZAH sekarang
Antara yang hadir .. Ezzuan dan tunangnya Lina ..( anak saudara)
ibu dan mertua yang turut "berkonvo" huhuhhuhu
suasana Dewan Merdeka PWTC sebelum bermulanya acara konvokesyen
14 Januari 2009... YAHOOOO Konvo DAY....Alhamdulilah setapak lagi karierku dalam pendidikan dan kerjaya.. Ya Allah ko murahkanlah rezekiku, dan berkatilah hidup kami sekeluarga serta semua umat islam di dunia ini... Ko limpah ruahkan kan jugalah rezeki kami semua .. amin... Sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha penyayang dan lagi maha mengasihani.. aminnn.....
Wednesday, November 18, 2009
JoUrNeY tO KoNvO ....(part 1)
Pada 14 November 2009, alhamdulilah merupakan hari bersejarah bagi diriku kerana hari ini adalah merupakan detik konvokesyenku untuk program Ijazah Sarjana Muda Elektrik serta pendidikan yang berlangsung di Dewan Merdeka PWTC. satu lagi yang menariknya adalah aku konvo tidak berseorangan kerana konvoku adalah bersama isteri. Setelah lama kita berjuang di persada akhirnya inilah hasil yang kita perolehi... alhamdulilah. so journey ke konvo kali ini, aku membawa bersama emakku, adik bongsuku, ibu mertua dan anak-anak serta isteri. Memang seronok.......
seawal pagi pada 18 November 2009 (khamis) kami telah bergerak ke Kuala Lumpur. Actually aku kena ambil jubah dahulu di OUM center Kuala Lumpur. Alhamdulilah, Allah telah melancarkan perjalanan kami, dan lebih kurang jam 2.30 petang kami sampai di OUM center Kuala Lumpur untuk mengambil jubah konvo bersama isteri. anak2? kami tinggalkan di luar dewan bersama tok mak2nya ... ehhehehe camnelah agaknya dia kena tinggal japs tuh.. Selepas selesai urusnku dan isteri memilih jubah dan pembayaran gambar lebih kurang dua jam kemudiannya, kami bergegas ke destinasi seterusnya iaitu di Cameron Highlands. apabila mendapatkan semula anak2ku di luar dewan , tak sangka rupa2nya azim dah merajuk giler.. puas kami pujuk, menangis tak henti2.. hehehe adalah dekat sejam pujuk dalam keta.. di tambah dengan hujan yang tiba-tiba lebat.. patah balik katanya .. huhuhuh adusss sabo jelah memujuknya ...........
Perjalanan ke Cameron actually memang mencabar, sepanjang perjalanan memang mendebarkan kerana air hujan yang mencurah2 tanpa henti. Tak sangka rupanya jauh jugak Cameron dari Kuala Lumpur nihh.. aku hengat, dalam 2 jam jek .. rupa2nya 4 jam kemudian barulah kami sampai.. sampai di Simpang Pulai lebih kurang kam 9 malam, aku membuat keputusan untuk stay di hotel di daerah Gopeng, walaupun pada perancangan asal tidur di atas bukit Cameron Highland.. tetapi memandangkan hujan yang masih belom berhenti ditambah dengan cuaca malam.... membuatkan aku tak berani untuk teruskan perjalanan ke atas bukit Cameron...
Ladang teh Cameron Highlands
Sekitar Cameron - Taman Rama-rama
Pada keesokan paginya, setelah bersiap dan check out hotel, kami bersarapan... tapi ada sesuatu yang sangat memusykilkan aku..kenapa tayar kereta aku nie bergegar?? setelah bersarapan dan beransur untuk meninjau kedai tayar, alhamdulilah ada satu kedai tayar telah dibuka pada jam 9 pagi... nak tau apa yang berlaku? tayarku kena paku daaa, dan sebiji lagi tayar keretaku telah mengembang.. ermmm.. apa lagik, tukarlah tayar baru dua biji.. disamping kena balancing dan alignment balik hurmmmmm.....setelah itu, barulah kami mendaki ke Cameron Highlands... jomz layan ...
Monday, November 2, 2009
sAnTaI bErSaMa PeLaJaR pEnGakAP "KhAs"

Pada 16 hingga 18 oktober yang lepas, aku telah membawa pelajar-pelajar khasku ( pekak bisu ) dan dibantu 4 orang studentku yang normal ( perempuan ) untuk bersantai di Sepang Muhibbah Resort, Teluk Ramunia. Untuk pengetahuan, aku adalah merupakan pemimpin / penasihat untuk pengakap kelana siswa politeknik dan juga pengasas kepada pengakap di politeknik Johor Bahru sejak tahun 2000.
Walau bagaimanapun, untuk aktiviti ko-kurikulum.. semester ini adalah agak unik sedikit kerana ahli kokurikulum pengakap kelanaku adalah terdiri daripada 100% pelajar pengakap yang istimewa- pekak + bisu. Alhamdulilah, berjaya jugak aku menunaikan janjiku membawa mereka untuk keluar membuat siri perkhemahan - walaupun kesemuanya duduk di chalet huhuhu . Memang agak mencabar kerana kali ini aku hanya dibantu oleh isteriku sahaja . Thanks sayang, nanti abang belanja KFC huhuhuh.. haaa apa lagi layanzzzzz
Walau bagaimanapun, untuk aktiviti ko-kurikulum.. semester ini adalah agak unik sedikit kerana ahli kokurikulum pengakap kelanaku adalah terdiri daripada 100% pelajar pengakap yang istimewa- pekak + bisu. Alhamdulilah, berjaya jugak aku menunaikan janjiku membawa mereka untuk keluar membuat siri perkhemahan - walaupun kesemuanya duduk di chalet huhuhu . Memang agak mencabar kerana kali ini aku hanya dibantu oleh isteriku sahaja . Thanks sayang, nanti abang belanja KFC huhuhuh.. haaa apa lagi layanzzzzz
Subscribe to:
Posts (Atom)