HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....
SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$
Thursday, December 31, 2009
aKu EkSiDeN ...
Pada 27 Disember lepas, aku mengalami satu kemalangan di jalanraya . Nasib baik aku selamat dari nahas jalanraya tersebut dan nasib baik pada masa itu juga aku hanya memandu seorang diri sahaja. Kejadian berlaku selepas aku menyertai pertandingan bowling x-teknik jb ( bekas sekolah lamaku ). Pada pertandingan tersebut, aku berjaya mendapat tempat ketiga ( hehehee kena masuk jugak cerita nie )...
JENG..JENG..JENG ... cerita dimulai dengan sebuah motor yang memotong laju 3 deretan kereta (aku kereta yang ke tiga)... dengan tak semena-mena tiba-tiba motor tersebut terjatuh di jalanraya.. mungkin kerana licin kerana waktu itu keadaan hujan. apa lagi kereta yang pertama terus menekan brek secara mengejut .. sempat jugakla kena motor tersebut, tapi nasib baik tak langgar penunggang motor dan pembonceng motor.. kereta yang kedua - dihadapanku juga menekan brek dan terus melanggar kereta dihadapan.. Aku yang terkejut dengan keadaan itu juga melakukan perkara yang sama, tetapi tak sempat mengelak kerana keretaku terus menggelungsur dan melanggar kereta dihadapan.. jomz layan... huhuhhuhu
Thursday, December 24, 2009
PeNgEmBArAaN mEmBaWa HaJaT........
Pada Ahad yang lepas .. 20 Disember 2009 adalah detik bersejarah dalam keluargaku kerana rombongan meminang bagi pihak adikku, Wan.. Pada 18 Disember 2009 lagi ( dua hari awal ) kami bertolak dari Pasir Gudang untuk menghantar rombongan meminang. Tahniah untuk Wan, angah ucapkan.. Hengat, lepas nie kena jadi lebih bertanggungjawab dan berdedikasi. Insya allah angah doakan kebahagiaan wan dan Su hingga ke jinjang pelamin dan dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat. So pada 18 hb hingga 19 hb kami sempat berjalan dahulu di Sekitar Melaka ( menginap satu malam ) dan keesokannya kami menuju ke rumah Azmi ( sepupu ) di Kajang dan menginap malam berikutnya di Rumah Abg Nazri ( sepupu ) di Shah Alam..rumah pihak pompuan adalah letaknya di Banting, Selangor... jom layanzzzz
Jeng ..jeng.. jeng, sehari sebelum berjalan kitorang berjalan2 dulu di Melaka .. almaklumlah cuti sekolah lagikan, sambil nyelam sambil minum air... tido semalam di Melaka...
Wednesday, December 23, 2009
Monday, December 14, 2009
KeM pEmAnTaPaN mInDa DAn BiNa InSan PrS ...
Pada 14 Disember hingga 16 disember 2009 yang lepas, aku selaku pegawai pengiring pelajar-pelajar PRS politeknik Johor Bahru seramai 50 orang pelajar PRS telah mengadakan aktiviti di Teluk Gorek, Mersing. Actually , program nie adalah merupakan sktiviti SUMMER CAMP yang diadakan pada setiap hujung semester dan menjadi program wajib setiap semester bertujuan memupuk silaturrahim dan ukhwah sesama ahli disamping merancang organisasi baru pada semester berikutnya...tapi satu perkara yang suprise,.. tak sangka plaks dalam aktiviti nie ada terselit mendaki gunung Arong... pergh, dengan tak bersiap sedia.. actually jugak, aku hengat dah setahun lebih aku tak mendaki bukit atau gunung.. perggghhh memang penat gilezzz but enjoy... layanzzzzzzzz.............
RaJiNnYe aNaK pAPa NiE !!




Pada petang nie juga aku menerima kunjungan seseorang yang ingin merisik adikku yang akan tamat belajar di Universiti Malaya tak lama lagi.. ermm camnielah tanggungjawab abang sulung - sejak ketiadaan arwah bapa banyak tanggungjawab yang aku pikul. Insya Allah aku akan menjalankan tanggungjawab sebaik yang aku mampu. Kunjungan rombongan merisik adalah di sebelah petang .. huhuhuhu hasil dari perbincangan risikan, kemungkinan bulan 2 nih berlakulah majlis pertunangan dan nampaknya bertambahlah seorang lagi keluarga arwah Muhammadon.Tahniah angah ucapkan untuk adik..... x_x
Pada malammnya pula, adalah harijadi anak saudaraku di Permas Jaya. Selamat hari jadi untuk Zulfan dari Pak ngah. Semoga panjang umur, jadi anak yang soleh.. banyak dapat hadiah ??? hehehe rupa-rupanya penuh gaks yek aktiviti hari nie !!!
Subscribe to:
Posts (Atom)