Dewasa ini, kita lihat banyak kes-kes jenayah yang menakutkan dilakukan oleh para remaja ? Di mana silapnya ?? Aku sendiri, mengikut pengalaman sepanjang mengajar di Politeknik, bayak kusaksikan tentang perlakuan-perlakuan yang kurang elok dilakukan oleh anak-anak zaman sekarang seperti hamil anak luar nikah, perzinaan, bercumbuan di khalayak ramai, terlibat aktiviti pergaduhan semakin biasa dan meruncing dikalangan pelajar sekarang.. Malah, pernah di zaman persekolahan dulu kusaksikan seorang pelajar menampar CIKGU DISIPLIN ?? Di mana silapnya?? Ya allah, kau jadikanlah anak-anak serta generasiku anak yang soleh dan solehah .. Taat akan perintah agama dan ibubapa.. seterusnya dapat menabur bakti kepada agama bangsa dan negara ...
Bila berbicara tentang peranan kita sebagai ibu bapa... ramai mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Ada yang berpendapat kita perlu sangat tegas kepada anak sehingga dengan "menjegilkan" mata pun sudah cukup membuat anak "menikus". Ada pula yang merasakan pendekatan secara lembut dan "reasoning" lebih berkesan. Apa pun pendapat yang diberikan saya lebih suka berpandukan langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:
- TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
- TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
- TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
- TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak.Mudahan anak kita tergolong dari golongan yang beriman dan bertakwa .. aminnnn
2 comments:
Cara mendidik ini jua As ada masukkan dalam blog lama dahulu... mudah2an kita dapat ikut garis panduan darinya.....
insya allah.. salah satu faktor adalah kurangnya kemahiran kita dalam mendidik anak2 kita.. kebanyakan ibubapa bersikap bossy, sehingga menyebabkan anak2 rasa terkongkong
Post a Comment