HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....
My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.
SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$
Wednesday, February 3, 2010
BuLaN rEnOvAtIoN rUmAh ...( FaSa 1)
Bulan nie adalah bulan yang agak menghuruharakan sedikit .... mana tak dah macam tongkang pecah dibuatnya akibat renovation rumah.. actually aku merancang untuk buat renovation rumahku dan rumah ibuku (dua rumah jadi satu). selepas itu aku bercadang untuk memberikan rumahku ini untuk ibuku mendiami manakala aku pula sekeluarga akan berpindah ke rumahku yang satu lagi di Taman Scientex.. besarlah sedikit... almaklumlah, keluargaku dan keluarga adik beradikku dah semakin bertambah. actually selesa sedikitlah bila ipar dan anak2 saudaraku berkumpul di rumah ibuku... insya allah, masa nielah kita patut membahagiakan ibu semasa hayatnya dikandung badan.. betul tak ?? teringat cerita zaman Rasulullulah, seseorang telah menemui rasullulah dan bertanyakan kepada siapakah orang yang perlu kita sayangi dan hormati.. rasullullah berkata ibu, selepas itu?? ibu.. selepas itu??.. masih lagi ibu kemudian barulah bapa.. mudah-mudahan aku dengan pengorbananku yang sedikit ini, sekurang-kurangnya dapat membahagiakan ibuku semasa hayatnya di dunia .. aminn.. dan seperkara yang aku perlu tahu "AKU MENYAYANGI IBUKU DAN KELUARGAKU " .......
Thursday, January 28, 2010
CaRi CoNSuLtAnT MoTiVaSi
Actually sekarang aku tengah mencari2 konsultant motivasi untuk program pelajar-pelajar Jabatan Kej Mekanikal, Politeknik Johor Bahru dan kelab Pembimbing Rakan Sebaya PJB.... minta kerjasama dan perhatian para pengunjung blog jika ada cadangan atau contact person konsultant untuk MEMFORWARDKAN kepada saya untuk memudahkan saya untuk merancang program motivasi. Lagi bagus jika ada laman web konsultant tersebut hehehehehe ...... terima kasih atas kerjasama kepada pengunjung semua .... luv u all ......
p/s: jawab teka-teki di bawah:
Sunday, January 24, 2010
RiAdAh HuJuNg MiNgGu ..
akhirnya terbang jugak walaupun tak sampai ke awan seperti yang diceritakan oleh iki kepada anak saudaranya itu huhuhuhuh
ermm layang2 dah tersangkut, baik main di taman permainan pulakkk.. rintihan anak kedua ku ( bongsu setakat ni heheeh)
bapa saudara dan anak saudara yang kamcing huhuhuhBukit layang-layang adalah sinonim di Pasir Gudang sebagai tempat beriadah keluarga di Pasir Gudang. Tempat ini jugalah biasanya acara tahunan Festival Layang-Layang peringkat antarabangsa berlangsung di sini: sila klik FESTIVAL LAYANG-LAYANG untuk maklumat lanjut. Cuma tahun nie Festival berikut buat pertama kali di tukarkan di Bandar Dato' Onn. Apa istimewanya bukit layang-layang?? Tempat nie memang sesuai untuk beriadah keluarga disebabkan oleh keadaan persekitaran dan hijau yang sangat cantik dan luas. Ada tasik yang besar di sini sesuai untuk merehatkan minda. di sini juga ada banyak permainan seperti taman permainan untuk kanak-kanak, tempat berjogging, padang yang luas malahan setiap sabtu dan ahad juga ada kelas untuk senamrobik untuk warga pasir gudang secara PERCUMA!!!
Thursday, January 21, 2010
JaWaTaKuAsA pErHuBuNgAn PolItEkNiK jB
Inilah antara jawatankuasa Perhubungan Politeknik Johor Bahru yang bertanggungjawab untuk mempromosi dan mengadakan pameran serta publisiti untuk Politeknik Johor Bahru. Semoga kita semua akan terus komited untuk mengharumkan nama Politeknik Johor Bahru dan bekerja atas nama POLITEKNIK JOHOR BAHRU.. CaIyOk !!!!!
Saturday, January 16, 2010
HaPpY bIrThDaY aZiM 11 jAnUaRi 2010...
pada 11 januari 2010 , maka genaplah usia azim ( anak keduaku dan bongsu setakat nie hehehehe) yang ke 3 tahun. Untuk birthday azim tahun nie, aku merancang untuk membawa bersama familyku meraikannya di RestoranTerapung Seafood di Kg Pasir Putih, Pasir Gudang Johor.. memandangkan pemandangan di sini yang agak cantik terutama di waktu malam kerana berlatarbelakangkan laut yang permai,maka kurasa tempat ini memang sesuai untuk wat program seumpama ini... to azim, papa nak ucapkan Happy Birthday to you ... jadi anak yang soleh, taat kepada kedua ibubapa, agama dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara,,aminnn........
Wednesday, January 13, 2010
"JoM mAsUk U 2010" Di PeRsAdA JoHoR
pada 9 dan 10 Januari 2010 yang lepas, Karnival pengajian tinggi negara 2010 telah berlangsung di PERSADA JOHOR. Objektif utama karnival ini adalah untuk memberikan maklumat dan pendedahan tentang peluang kemasukan ke IPTA dan IPTS yang ada di Malaysia. actually aku memang dah terlibat sebagai pegawai penerangan kaunter untuk POLITEKNIK MALYSIA sejak mula-mula lagi karnival ini ditubuhkan. Tahun nie adalah first time diadakan di PERSADA di mana sebelum ini diadakan di PLAZA ANGSANA, JOHOR. tak silap aku kali nie adalah yang ke empat kali diadakan. Program ini berlangsung di setiap negeri di mana tahun nie JOHOR adalah pembukaan dan penutup nanti diadakan pada hujung bulan MAC di Perak.. banyak manfaat yang diperolehi oleh pengunjung terutama pelajar2 mendapat maklumat yang tepat tentang kursus dan peluang kemasukan ke IPTA dan mengetahui tentang cara-cara kemasukan ...
Subscribe to:
Posts (Atom)






























