KliK DuLU iKLaN - IkLan MeNaRik Di SiNi ... daN dApAtKaN $$$$$$

HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....

My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$

Friday, September 18, 2009

AiDiLfItRi BaKal MenJeLma....

Diam tak diam arinih dah masuk hari jumaat bersamaan dengan 28 ramadan 1430H.... maknanya tinggal lagi dua hari umat islam akan menyambut bulan Syawal...( Hari Raya aidilfitri ). Di kesempatan ini juga aku ingin mengambil kesempatan sempena di hari dan bulan yang mulia ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan andainya ada melakukan kesilapan sama ada dari hujung rambut hingga hujung kaki, semoga juga hari raya kali ini akan memberikan kita 1001 erti dan keberkatan dari Allah swt di samping dapat mengeratkan lagi tali ukhwah islamiah dan persaudaraan yang kita pertahankan selama ini.. Apa perancangan korang raya tahun ni?
selamat menyambut aidilfitri - kami sekeluarga
kemeriahan berhari rayaAktiviti sebelum beraya
gambar atuk haji - sebelah emakkugambar atok atan - sebelah arwah ayahku

Nampaknya tahun nie aku bersembahyang raya di Pasir Gudang.. kami berkumpul di rumah emakku kemudian sembahyang raya di sini. Kemudian barulah kami sekeluarga akan menziarahi kubur arwah abah di Pengerang dan menziarahi rumah saudara dan rumah datuk sebelah arwah abah di pengerang.. Selepas itu barulah kami adik beradik akan berpecah kerana balik ke umah mertua masing-masing dan emakku bersama adik2 yang lain ( stil bujang ) akan balik ke Pontian menuju ke rumah datukku sebelah emak. aku jangkakan akan tiba di air tawar 5 pada sebelah petang dlam kul 6++ petang..

Untuk Syawal yang kedua dan ketiga, keluarga sebelah mertuaku akan mengadakan gathering keluarga di Presscot Metro Inn Hotel, Kajang, Selangor. Gathering yang setiap 2 tahun nie akan ditaja oleh Busu Mas dan Busu Ayoub. Memang meriah gathering nie kerana perjumpaan ini dijangka akan dihadiri hingga ke generasi yang keempat keluarga Allahyarham Umar iaitu kira-kira melebihi 200 orang !! Kemudian untuk Syawal keempat kami beraya di Muar dn penutup aktiviti beraya adalah raya kelima kami akan Ke Pontian menziarahi keluarga di sana..

Tuesday, September 8, 2009

tAnAmAn tAMaN......

Lorr aku sangka kat oversea jek ada tanam pokok anggur hehehhee
Apa laks kaitan bebudak nih dengan tanaman taman aku ekks? konfius konfius
Nielah nama dia daun pokok limau purut dan pokok limau madu..
Lada atau aku lebih kenali dengan nama scientifiknya Capsicum Annum
Masak lomak cili api pun sodapp terung nih ...
Antara tanaman sayuran yang hendak dieksport dan dikomersialkan...
Bilalah pokok rambutan nie boleh dituai hasil yek...
Buah pisang "mengkal" yang rangup untuk di makan
Inilah nama dia fokok fisang....fokok fusyuk furi ..uikss ferai fun ada yek
Ok.. zoom dekat lagi pokok mempelam nie, lorr apa plaks nie?
Haa nielah pokok mempelam kegemaran aku...carik pokok daun kari ??

Siapa kata dok taman takleh bercucuk tanam? Demi menyahut seruan kerajaan especially Menteri Pertanian, maka dengan bangganya aku ingin berkongsi tentang antara tanaman-tanaman yang telah berjaya aku usahakan di dalam taman....bolehlah kurangkan kos sedikit ( sebab takyah beli lagi tanaman nie apabila sedang berbuah)... Harap-harap lepas nie bolehlah aku perbanyakkan lagi jenis tanaman yang boleh aku tanam i.e strawberry ke, epal hijau ke , buah kiwi ke ...... boleh ke ?????

Monday, September 7, 2009

SeRbU!!!... BeRbUkA pOsE dI UmAh MaK lAnG

ok cheesee gurlz... uiikk yang baju kuning tuh gurlz ke hah?
ok maj anjang .. control hensem opsss...control ayu lahh
Bersama atuk kesayangan ...
Uikss dah berkemas dah... haaa owang pompuan kejenye di dapur kann heheheeh
Haaa atuk control macho tok ......
Nie nak makan ke nak bergambar ...
Haaaa tambah tambah ....

Hari Sabtu yang lepas, kami sekeluarga telah menyerbu berbuka pose di umah mak saudaraku - Mak Lang.. ermm tak sangka laks di Umah Mak Lang tuh rupanya atuk dan keluarga mak anjang pun turut memeriahkan majlis hehehee.. kelam kelibut mak Lang sediakan juadah berbuka pose hehee... to mak Lang thanks coz sediakan banyak juadah.. tak terabis sedap2 semuanya.. hehehee.. nanti kami datang lagik... Actually keluarga kami dan Mak Lang memang terlalu akrab, maklumlah kami saling ziarah menziarahi antara satu sama lain.. Lagipun kediaman kami dengan mak Lang taklah terlalu jauh lebih kurang dalam 15 km jek... Di sini aku paparkan beberapa gambar suasana berbuka pose tuh.. memang meriah.........

Thursday, September 3, 2009

ReNtEtAn PeRiStIwA..............

anak saper lah nie mandi sorang2
nie cam spesis ikan salmon jekk
ok ok.. kita dah sampai kat air terjun nie.. ada yang nak mandi ker ?
Kelepakkan selepas 48 jam 20 minit berjalan tiada henti.. aku masa nie kat mana ekk ??
huhuhu solo Tuan Haji kita nie menjamu selera
Berhenti seketika untuk membuang pacat-pacat ( lihatlah dikaki2 mereka tuh)
Apsal la tak masak-masak maggi nie
Mendengar taklimat sebelum mengembara ke hutan tebal
pasal apa aku ketawa sorang-sorang nik ekk....

Ermm hari nie adalah hari yang begitu membosankan ( nak korek idung pun takleh ..puasa.. huhuhhu) ... mana taknyer takde aktiviti nak dibuat.. so dalam kebosanan tuh aku ingin berkongsi tentang satu lagi siri perkhemahan bersama pelajar-pelajar aku.. memang seronok perkhemahan ini.... jomz layann .......

Thursday, August 27, 2009

hApPy BiRtZdAy... oGoS

Bendera tuh adalah untuk perayaan merdeka sekali tahun nie
antara aksi-aksi ketika bersantap
1..2..3...candid....
ejai dan ekin berbincang tentang nama anaknya nanti...
Antara juadah yang menggiurkan .. huhuhu ( sesuai ke ayat nie)
Azim menunjukkan simbol one Malaysia..

Bulan ogos adalah sambutan harijadi yang teramai dalam keluargaku. Bulan inilah juga di mana harijadi untuk ibuku ( 14.08.2009), arwah ayahku (23.08.2009) dan adik-adikku iaitu Aishah (24.08.2009) dan Iwan ( 25.08.2009). So di sini aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Ulang Tahun Kelahiran, semoga Allah merahmati dan memanjangkan usia kalian. Buat Arwah abah aku sedekahkan al-fatihah untukmu. Semoga Allah menempatkan arwah abah dikalangan orang-orang yang beriman amin... Memandangkan sambutannya adalah pada bulan Ramadan nie, so kitorang menyambutnya bersama ketika berbuka...Menu? jeng jeng jeng, lihatlah gambar-gambar kat atas tue... huhuhhuu.. memang best....nyum nyum nyum.. jom makan...

Thursday, August 20, 2009

RaMaDaN aL-MuBaRaK......

KEPADA SEMUA WARGA YG BERAGAMA ISLAM & RAKAN2 YANG MENGENALI DIRI INI

MARHABAN YAA RAMADHAN

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan
dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,

Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,

saya mohon maaf zahir dan batin....

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,

Marhaban Ya Ramadhan

Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Amin.


Diam tak diam, rupa-rupanya esok umat islam akan menyambut satu lagi bulan keberkatan Allah s.w.t iaitu bulan ramadan al-mubarak ( sabtu ). Ermm mudah-mudahan segala amal jariah yang kita lakukan di bulan nie akan mendapat keberkatan dari allah s.w.t. Actually di bulan nielah dikatakan syaitan-syaitan diikat dari menghasuti manusia... So kalo bulan pose nie, jika ada manusia melakukan kemungkaran kenapa ek? huhuhuu bak kata Nabil " Lu pikirlah sendiri...... Pernah aku terbaca satu kisah di mana nafsu hanya kalah apabila kita menahan lapar... jadi puasa nie aku anggap adalah satu latihan untuk kita menahan segala nafsu.. nafsu makan, hawa nafsu dan nafsu lain2 yang boleh bawa kemudaratan...

ermmm tapi entri kali ini lebih kepada cerita2 kenangan aku dahulu dalam bulan puasa nie. Di dalam bulan inilah juga meninggalkan seribu satu kenangan pada diriku. Manakan tidak pada tanggal 22 Ramadan pada tahun 2004 jugalah aku kehilangan orang yang paling aku kasihi.. iaitu arwah bapaku. Semoga pemergian arwah abah mendapat kerahmatan dan keampunan dari Allah s.wt. terutama pemergiannya adalah di bulan dan hari ( arwah abah juga meninggal dunia pada hari Jumaat ) yang mulia ini... tak dapat aku bayangkan betapa pilunya hatiku menyambut Syawal pada tahun itu. Semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi oleh Allah s.w.t.

Pada zaman kanak-kanak bulan pose nielah bagiku paling seronok sekali,. Yelah namapun kanak-kanakkan...kann... ermm memandangkan bilangan adik-beradikku yang agak ramai.. so banyaklah karenah yang memeningkan kedua ibubapaku.. huhuhu bayangkanlah sekarang pun aku mempunyai dua orang hero pun dah fenin, nie lagilah bilangan adik-beradikku seramai 10 orang!!! Paling yang aku takleh lupa ponteng kelas mengaji dan sembahyang terawih di surau tetapi main meriam kat atas bukit .. opssss... jangan beritahu student aku hehehehe... ada satu lagi perkara yang aku takleh lupakan ketika aku baling mercun di atas atap zink umah jiranku, apalagi menyoroklah aku.. kang mampus aku terkena... dan memangpun arwah Cik Ghani keluar dan disangkanya ada sekumpulan budak2 kampungku yang membalingnya.. apalagi dengan sebilah parang satu kampung dia mengejar budak2 tuh.. kepada keluarga arwah Cik Ghani, aku menyusun 10 jari di atas kenakalanku semasa zaman kanak-kanakku. ermm waktu berbuka adalah waktu yang dinanti. Habis semua makanan rasanya aku nak bedal... cup itu, cup ini kadang-kadang smpai bergaduh kami adik-beradik kerana berebut makanan walaupun belum lagi waktu berbuka... haiii mana tak fenin ibu dan arwah abah......

ketika masuk alam remaja, suasana kemeriahan berbuka bersama keluarga dah semakin kurang terasa. Mungkin kerana aku tinggal di asrama dan aku berbuka bersama-sama rakan-rakan hostel yang lain. Biasalah budak2 hostel nih memng pantang nampak makanan.. hehehee... kadang-kadang kami ambil sehingga 2 ketul ayam seorang. ketika menunggu waktu berbuka pun, habis biji kurma kami baling2 sesama rakan.. dah macam perang kat iraq pulak masa tuh. kesian cleaner canteen tuh asyik keje mengutip biji kurma... dan yang paling malas, adalah aktiviti gotong royong.. huh memang memenatkan xxxxxxxx.

Budaya BBQ bersama keluarga ketika beberapa hari sebelum hari raya adalah budaya yang arwah bapaku terapkan kepada aku dan adik beradik selepas aku bekerja dan berkahwin. Cara ini adalah bertujuan untuk merapatkan kami semua.. maklumlah ketika dah kerja dan kahwin komitmen dah lain sedikit. Tanggungjawab dah semakin bertambah. Alhamdulilah setakat nie kami dapat lagi teruskan budaya ini, dan mudah-mudahan ia dapat diteruskan pada masa akan datang di dalam bulan Ramadan-ALmubarak ini.... Semoga ikatan ukhwah islamiah antara kita akan sentiasa berkekalan. Ingat lah bahawa kita masih mempunyai emak yang perlu dijaga. Mudahan kita semua terhindar dari perbuatan yang boleh mengguriskan perasaan ibu kita. Sesungguhnya juga syurga adalah di bawah tapak kaki ibu.....

Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga amalan kita akan bertambah di bulan Ramadan ini. Aku juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada menyinggung perasaan atau tersalah kata dan perbuatan. Mudahan Ramadan kali ini akan memberikan kita 1001 makna dan menyambutnya dengan penuh penghayatan dan kemuliaan. Mudah-mudahan Allah swt sentiasa memberkati dan memberi kita cahaya dalam melalui ranjau kehidupan yang penuh dengan liku dan pancaroba ini.
akhir kata kliklah RAMADAN untuk mendapatkan maklumat dan kelebihan yang lebih lanjut tentang bulan yang mulia ini.......

Sunday, August 16, 2009

PrOgRaMmAbLe lOgIc CoNtRoL

Diagram PLC
Ladder diagram
View Bayview Hotel - melaka


VIEW -Lobby Hotel
Dah seminggu aku tak menjenguk blog... sebab pada 10-14 Ogos aku telah berkursus Programmable Logic Control ( PLC ) di Hotel Bayview Resort, Melaka. actually, plc sangat berkepentingan dalam kehidupan seharian especially industri dan kegiatan harian kerana ia melibatkan programming dan pengendalian harian secara automatik, seperti aplikasi di traffic light, conveyor belt, mesin basuh automatik, timing, sensor, counter dan lain-lain. Memang menarik kursus nie lebih-lebih lagi ia sangat relevan dengan background pendidikan aku iaitu mechatronic enginering. ermm berkampung di Melaka, aku tak keluar sangat kerana memandangkan penularan h1n1 yang begitu tinggi di tiga negeri setakat nie Johor, Melaka dan Selangor membuatkan aku hanya duduk diam di hotel melayan astro movie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mErEnUnG sEjEnAk..........

NOTA-NOTA ILMIAH