KliK DuLU iKLaN - IkLan MeNaRik Di SiNi ... daN dApAtKaN $$$$$$

HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....

My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$

Monday, June 30, 2014

KOORDINATOR PMJ KE BATAM 2014

Alhamdulilah... dah masuk 2 Ramadan tatkala penulis bertinta di dalam blog ini. Oleh yang demikian penulis nak ambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK. Semoga dengan hadrinya bulan ramadan yang mulia ini dapatlah kita mengimarahkan diri kita untuk beribadat kepada yang esa. Penulis juga memohon kemaafan jika ada penulis melakukan sebarang kesilapan samada secara sengaja ataupun tidak sengaja. 

Actually pada 10 hingga 12 Jun 2014 yang lepas, penulis telah menjadi koordinator Politeknik Mersing Ke Batam Indonesia. Aahamdulilah, segalanya berjalan lancar seperti apa yang dirancang. Disini penulis sertakan sedikit laporan tentang perjalanan trip penulis ke Batam Indonesia :


LAPORAN

PROGRAM KOLABORASI, KHIDMAT KOMUNITI (CSR)  DAN PENGANTARABANGSAAN POLITEKNIK MERSING JOHOR  DI BATAM, INDONESIA

DISEDIAKAN OLEH :        MOHD FAIRULLAH BIN MUHAMMADON
            PENGARAH PROGRAM


TEMPAT
1.       UNIVERSITAS IBNU SINA, BATAM INDONESIA
2.       YAYASAN MIFTAHUL HASANAH ( RUMAH ANAK YATIM), KAMPUNG NONGSA, BATAM INDONEISA
TARIKH/ HARI
   10 JUN 2014 HINGGA 12 JUN 2014
   ( SELASA HINGGA KHAMIS )
AKTIVITI YANG DIJALANKAN

1.       Pembentangan Seminar Kertas Kerja Dan Perkongsian Ilmu bersama pihak Universitas Ibnu Sina, Batam Indonesia
2.       Program Perkongsian Budaya
3.       Khidmat Masyarakat ( Rumah Anak Yatim ) di sebuah perkampungan Melayu Nongsa, Batam Indonesia
SASARAN
1.       25 ORANG STAFF POLITEKNIK MERSING, JOHOR

Dalam usaha menjadikan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu bertaraf dunia, Politeknik Mersing Johor telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kegiatan mempromosi dan menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan dan komuniti global di  luar negara.  Sehubungan dengan itu, pada  10 hingga 12 Jun 2014 yang lepas, Warga Politeknik Mersing melalui Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah menggalas cabaran dengan menganjurkan Program Pengantarabangsaan Warga Pensyarah dan Pihak Pengurusan Politeknik Mersing ke Batam, Indonesia yang melibatkan akitiviti Kolaborasi Dan Khidmat Komuniti. Dalam program ini seramai 25 orang dari kalangan pensyarah dan pihak pengurusan  telah terlibat.. Apa yang menarik program ini diiringi  oleh Tuan Pengarah iaitu Tn Haji Rosli Bin Hamid dan Timbalan Pengarah Akademik : Tuan Haji Lajakarek Bin Haji Mohd Amin.
Objektif utama program ini  selain dapat menjana warga para peserta yang lebih beridealisme, proaktif dan kreatif serta mampu berdaya saing menerusi pemerhatian serta penglibatan  yang lebih terbuka di peringkat global, program ini juga mampu memberikan beberapa impak seperti memartabatkan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia amnya dan Politeknik Mersing  khususnya pada kelasnya tersendiri dengan dunia luar dalam hasratnya mencapai status bertaraf antarabangsa seiring dengan pendekatan transformasi politeknik ke arah globalisasi Melalui program khidmat komuniti ini juga para peserta dapat menanamkan sifat kasih sayang dan peka kepada  perkembangan nasib masyarakat yang menimpa  terutama di peringkat  global.

Pada hari pertama, peserta  telah menghadiri jemputan dari pihak Universitas Ibnu Sina tentang rangka program kolaborasi bersama  dan pembentangan seminar sehari. Pihak Pengarah Politeknik Mersing dan pihak Direktur Universitas Ibnu Sina juga saling menandatangani memorandum bersama diantara dua pihak yang melibatkan kerjasama Antara dua pihak samada dari segi perkongsian ilmu, sukan dan kemahiran. Para Warga Politeknik Mersing dan Universitas Ibnu Sina juga telah membentangkan kertas kerja mengikut tajuk yang dipilih masing-masing. Manakala sebelah petangnya kami telah dibawa ketempat menarik di Batam seperti Jambatan Barelang dan jambatan-jambatan lain yang menghubungkan pulau-pulau batam menjadi satu dan tempat tinggalan sejarah pendudukan Rakyat Vietnam di Muzium Vietnam. 

Pada hari kedua kami telah melawat ke Yayasan Miftahul Hasanah iaitu rumah panti asuhan anak-anak yatim dan menghulur sedikit bantuan berupa sumbangan cenderahati, wang ringgit dan tenaga kepada anak-anak yatim. Para peserta sempat untuk bergotong royong membersihkan kawasan kediaman anak-anak yatim dan pokok yang tumbang menghempap bumbung rumah yang kebetulannya juga dilanda ribut, membersihkan kawasan persekitaran dan dalam masjid yang dibina sendiri hasil dari kerjasama masyarakat kampung.


                Secara keseluruhan, program ini mencapai objektif seperti yang telah disasarkan  secara tidak langsung  impak dan kesan yang positif dalam mencapai matlamat meningkatkan imej politeknik khususnya Politeknik Mersing ke arah Transformasi politeknik untuk menjadikan Politeknik Mersing ini terkenal di peringkat  global.

ALHAMDULILAH.. MENDAPAT LIPUTAN DARI SURAT KHABAR HARIAN BATAM POS, INDONESIA
JAMBATAN BARELANG - SIMBOLIK BATAN
BANNER SELAMAT DATANG PMJ KE IBNU SINA
KUNJUNGAN PEMJ - MCAM NAK DATANG MERISIK JE HEHEHEH
TUAN PENGARAH PMJ BERSAMA DIREKTUR IBNU SINA
BACKDROP DEWAN IBNU SINA
TANDANTANGAN PERSEFAHAMAN
PERTUKARAN CENDERAHATI DAN MEMORANDUM
DI PERKAMPUNGAN NONGSA - ANAK-ANAK YATIM PANTI ASUHAN
BERGAMBAR BERSAMA WARGA PMJ DAN IBNU SINA
LAWATAN KE MUZIUM VIETNAM
PANJAT JANGAN TAK PANJAT
GOTONG ROYONG DI PANTI ASUHAN ANAK YATIM
KLIKK
KLIKK KLIKKK
ngehh ngehhh
BRADER BADANG KITA
MACAM NAK MAIN TARIK UPIH JE NI
SAMBIL NYELAM SAMBIL MINUM AIR.. CARI UMBUT YA PAK
BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA WARGA YAYASAN MIFTAHUL HASANAH - PANTI ASUHAN ANAK YATIM
UCAPAN DARI PENGERUSI MAJLIS :) :))))

JALINAN UKHWAH MOGA BERKEKALAN
DARA PINGITAN ???

Monday, May 5, 2014

HOMESTAY CASSIA, TAMAN SCIENTEX, PASIR GUDANG

Homestay Cassia adalah homestay ( CORNER LOT ), Rumah teres 2 TINGKAT  yang berada di lokasi No 94 Jalan Kelisa 2, Taman Scientex Pasir Gudang, Johor mengalu-ngalukan kedatangan anda.  Bersesuaian bagi mereka yang mencari  penginapan sementara yang LUAS dan SELESA  sekiranya anda berkunjung ke Pasir Gudang, Johor 


HUBUNGI : 
  • EN MOHD FAIRULLAH        : 013-7882440
  • PN SALHASMIDAH              : 019-7755437

HARGA SEHARI 

  • RM 200 .00 /  ( Weekday )   
  • RM 200.00 /   ( Weekend )
( Harga BOLEH  dirunding mengikut bilangan hari DSB )
  • ANGGARAN MUATAN = SEHINGGA 12 ORANG
  • MASA CHECK IN     = 3.00 P.M
  • MASA CHECK OUT = 12.00 P.M


HOMESTAY CASSIA  menyediakan kemudahan-kemudahan berikut;

1) 4 bilik tidur 
- Bilik tidur utama dilengkapi 1 set katil kelamin, 2 Almari pakaian bilik air dan tandas serta  penghawa dingin 
- Bilik tidur kedua dilengkapi 1 set katil kelamin, almari pakaian beserta penghawa dingin.
- Bilik tidur ketiga dilengkapi  1 set tilam kelamin beserta kipas syiling.
- Bilik tidur keempat dilengkapi 1 set katil bujang

2) Ruang tamu dilengkapi 
- Set kerusi kayu jati 
- Televisyen 
- Meja makan untuk 6 orang

3) 3 bilik air  termasuk satu di dalam bilik tidur utama

4) Ruang dapur  dilengkapi; 
-  Meja makan untuk 4 orang
- 1 set/jenis pembakar roti
-  Peti sejuk
- 6 biji tambahan kerusi plastik
- Dapur gas
- Penapis air jenama KOREA dengan pilihan air sejuk/ air panas/ air suhu biasa
- Peralatan memasak seperti periuk, cawan, pinggan, pisau, kuali dan lain-lain 

5) Ruang garaj kereta ( belah tepi rumah ) boleh memuatkan :
- 3 biji kereta berbumbung
- 3 biji kereta tak berbumbung

6) Ruang garaj luar ( depan rumah ) yang berbumbung dan luas sesuai untuk berehat sambil merokok/ minum petang

8) Ciri-ciri keselamatan .
-  Homestay ini terletak berhadapan dengan balai polis Scientex

9)Kedudukan Homestay Cassia
- Bersebelahan dengan POLTEKNIK IBRAHIM SULTAN 
- 3 minit ke KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG
- 3 minit ke PASARAYA ECONSAVE
-10 minit susur keluar/masuk  LEBUHRAYA TOL CAHAYA BARU - SENAI UTARA  
- 3 minit ke Restoran KFC,
- Berhadapan jalan dengan kedai-kedai seperti Restoran-restoran, Car Wash, bengkel kereta dan lain-lain
- Kurang 10 minit ke Pasaraya KIP-MART
-10 minit ke Bukit layang-layang 
- 15 minit ke Pasaraya Tesco, Today Market, Mcdonald, Pizza Hut dan lain-lain.
- 30 minit ke Bandaraya Johor Bahru melalui highway EDL


PEMANDANGAN DARI LUAR RUMAH
RUANG TAMU HADAPAN YANG LUAS 
RUANG TENGAH YANG SELESA
RUANG DAPUR DAN TAMU
4 BILIK TIDUR YANG BESAR DAN SELESA

LUAR  RUMAH BAHAGIAN  DEPAN 

LUAR RUMAH BAHAGIAN TEPI . BOLEH MEMUATKAN 3 BIJI KERETA BERBUMBUNG DAN 3 BIJI KERETA TAK BERBUMBUNG YANG SELESA

SEMOGA PERCUTIAN ANDA LEBIH BERMAKNA DAN BERPUAS HATI. ANDA KEUTAMAAN KAMI. 

Monday, April 28, 2014

BERKHIDMAT DI TEMPAT BARU


Alhamdulilah... diam tak diam dah hampir 2 minggu sejak 15 April 2014 yang lepas penulis telah berpindah dan berkhidmat di tempat yang baru. Penulis telah berhijrah ke Politeknik Mersing dan menjalankan khidmat sebagai tenaga pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik di sini. Ada beberapa perkara yang penulis hadapi dalam penghijrahan ini iaitu ;
  1. Penulis terpaksa meninggalkan tempat kerja lama iaitu di Politeknik Ibrahim Sultan yang telah lama penulis berkhidmat dan menabur bakti di sana iaitu selama 14 tahun. Tempat jatuh lagikan dikenang, tetapi penulis anggap ini adalah satu cabaran dan hijrah penulis demi untuk memartabatkan anak bangsa penulis dalam menyampaikan ilmu. 
  2. Semasa di Politeknik Ibrahim Sultan penulis ditempatkan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, walaupun latarbelakang penulis adalah dari bidang electrical. Sememangnya satu cabaran penulis untuk menyesuaikan keadaan sebagai warga Elektrik kerana penulis dah lama di asimilasikan sebagai warga Mekanikal yang gila-gila tapi sporting hehehehe
  3. Penulis dah lama tak berkecimpung dalam bidang Pengajaran dan Pembelajaran disebabkan penulis semasa berada di Politeknik Ibrahim Sultan menanggung kerja sebagai Pegawai Sukan di sana. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan tugas penulis dalam setiap lapangan yang penulis ceburi dan beri penulis kekuatan dalam menghadapi segala liku yang mendatang kerana penulis yakin akan janji Allah setiap satu kebaikan dan pengorbanan yang kita lakukan demi untuk hijrah kebaikan Allah akan membalas dengan sepuluh kebaikan.. Amin.. Sesungguhnya janji Allah itu memang benar !!!
Actually, penulis mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan kerana penulis ditawarkan semula untuk kembali menabur bakti ke Politeknik Ibrahim Sultan semula. Terima kasih kepada pihak pengurusan yang banyak memberi sokongan dan memberi penulis peluang semasa berkhidmat di Politeknik Ibrahim Sultan, pasti jasa kalian takkan penulis lupakan dan penulis akan abadikan sehingga akhir hayat penulis... Tetapi penulis tekad untuk meneruskan hijrah ini kerana alasan yang mungkin tak dapat penulis nyatakan dalam blog ini. Apa yang penting, penulis nak nyatakan bahawa memang Qada' dan Qadar penulis dah ditentukan untuk bertugas dan menabur bakti di Politeknik Mersing ini.

Actually, mengikut fahaman penulis (maaf kalau tersilap sila tegur penulis ya )  Politeknik Mersing ini telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan pada masa itu kampusnya menumpang di Politeknik Johor Bahru ( sekarang dikenali sebagai Politeknik Ibrahim Sultan). Walau bagaimanapun pengambilan pertama hanya dimulakan pada tahun 2009 dengan jumlah pelajar pada masa itu adalah seramai 14 orang. Penghujung tahun kemudian, kampus Politeknik Mersing telah berpindah di satu bangunan rumah kedai di bandar Mersing sehinggalah pada penghujung tahun 2011 kampusnya sekali lagi berpindah di kampus yang sebenar di bandar Mersing juga di Jalan Nitar. Politeknik Mersing ini dengan keluasan lebih kurang 100 ekar lebih adalah Politeknik yang ke 25 ditubuhkan. Sehingga kini kapasiti jumlah pelajar adalah seramai 300 lebih orang pelajar dan dijangka pada sesi jun ini jumlah pelajar akan meningkat kepada lebih 600 orang pelajar. Jabatan induk yang sedia ada adalah Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komputer ( JTMK )  dan Jabatan Perdagangan dan pada sesi Jun ini akan bertambah jabatan baru iaitu Jabatan Elektrik yang mana penulis ditempatkan di jabatan ini.

Kepada pembaca sekalian, mohon doakan kecemerlangan penulis ditempat baru :) . Kalau ada dari Mersing bolehlah cadang2kan kepada penulis tempat2 yang menarik disini seperti makanan famous di sini.. Restoren ataupun tempat2 yang menarik disini ...... Terima kasih semua !!!!



## teringat pantun dalam cerita Sri Mersing :
Kajang Pak Malau Kajang Berlipat, 
Kajang Saya Mengkuang Layu,
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat, 
Dagang Saya Musafir Lalu



Bandar Mersing yang penuh dengan ketenangan dan tempat menarik untuk dikunjungi

Thursday, January 2, 2014

LAST-LAST HUJUNG CUTI DISEMBER 2013 KAMI

Asalamualaikum....

Seperti Entri yang lepas, penulis nak bercerita tentang perjalanan terakhir penulis menghabiskan sisa-sisa cuti yang tinggal lebih kurang seminggu sahaja. Sebaik anak penulis baik dri berkhatan.. ( tengok entri lepas), akhirnya penulis buat keputusan untuk membawa mereka berjalan2 ke Lotus Desaru Hotel. Actually jarak dari Pasir Gudang ke Lotus Desaru Hotel ni taklah sejauh mana, lebih kurang dalam 40 minit dah sampai.. tetapi, tak sangka rupanya lotus Desaru ni dah banyak berubah.. tak Silap last penulis stay di sini sebelum Penulis kahwin iaitu tahun 2001 !! masa tu cuma ada mini taman air, tetapi sekarang dah banyak perubahan di sini.... 

Keluasan di sini tersangatlah LUAS !!!! dan ini first time penulis bersarapan di hotel yang tersangatlah ramai.. tak silap penulis dalam 3000 orang ada rasanya.... kepada sesiapa yang ingin bercuti, penulis bolehlah suggestkan hotel di sini adalah amat tepat untuk menginap, dengan keluasan bilik seperti dalam apartment ( dua tingkat !!!  taw ) dapur dan hall dfi bawah, manakala bilik di tingat atas....so apalagai JOMMMM JOMMMM


pic 1
pic 2
Setelah checkout, kami sempat untuk melihat cinema di Todays Ulu Tiram....... tamatlah cuti akhir tahun DFISEMBER 2013..... :)


Monday, December 23, 2013

CERITA ANAK BERKHATAN...


Alhamdulilah.. diam tak diam hari ini dah masuk hari yang sembilan dua orang anak-anak hero penulis telah berkhatan.. Pada mulanya penulis merancang nak khatankan cuma anak sulung penulis, tapi anak kedua penulis telah mengofferkan dirinya berkhatan sekali.. " nanti senang ada kawan dengan abang long"  katanya. Mula-mulanya penulis seperti tak yakin, tapi setelah melihat kesungguhan dari angah, maka penulis pun dengan  yakin khatankan kedua-duanya sekali...abang long berumur 10 tahun dan abangah yang berumur 6 tahun. 

Sebelum dua org hero ni dikhatankan, penulis telah membuat majlis doa selamat. Kali ni penulis telah menjemput golongan perempuan utk buat majlis doa selamat . org taman sini panggil ( yassin perempuan )

Pasang khemah sebelum majlis doa selamat 
terima kasih kepada yang hadir ..
juga kepada anak-anak didik KBS
              Setelah selesai  majlis doa selamat.. Sebelum tu penulis nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadirr... saudara mara dan taula serta adik beradik yang turut sudi juga memeriahkan majlis penulis. Jasa kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.. maka keesokan paginya, maka hari yang di tunggu-tunggu telah tiba jeng jeng jeng .... tempat khatan penulis pilih di HOSPITAL PENAWAR, Pasir Gudang iaitu tempat Afiq  ( anak sulung ) lahir dahulu.....

Menunggu masa sebelum di potong hehehee
giliran abangah dulu
ketika abangah sibuk dikerkajan di dalam, abang long kelihatan tak senang duduk dia hehehe
alhamdulilah.. abangah dah selesai
giliran abang long pulak

alhamdulilah.. selesai dah semua

Alhamdulilah.. masuk hari yang ke sembilan ni, afiq dan azim dah boleh pakai seluar... inys allah papa janji lepas krismas ni kita akan celebrate cuti-cuti Malaysia.. ke mana ??? hokey kali ni biar mama + afiq + azim yang decide..... ok :)
syukur .. semua dah selamat

Monday, December 2, 2013

HARI KELUARGA ANI & CO MERIAH !!!!

Pada 24 hingga 26 November 2013 yang lepas, keluarga penulis buat julung kali pertamanya telah mengadakan Hari Keluarga dengan bertemakan DEMI ANAK CUCU. Dengan berbekalkan segala persiapan, alhamdulilah perancangan berjalan seperti yang dirancang. 

Hos untuk Hari Keluarga ini adalah dari Keluarga Along n abang anep.. mengikut perancangan, hari keluraga kami ini akan diteruskan setiap tahun.. Erksss nampak gayanya untuk tahun depan, Keluarga penulislah yang akan menjadi HOS !!! Erkss macam seram jer.. macam takut jer.... Kalau pembaca semua ada idea boleh2lah share dengan penulis yer... Penulis sangat memerlukan idea dari korang semua :) . 

Lokasi pilihan untuk hari KELUARGA adalah di Pantai Sepat, Kuantan dan di kawasan Kuala Gandah iaitu di Deerland Dan Elephant Sanctuary. 


DAY 1 ( PANTAI SEPAT, KUANTAN PAHANG)

Untuk hari pertama ini, kami hanya berpiknik sambil2 bersnap2 gambar... Lokasi di Pantai Sepat memandangkan kedudukannya yang tidk jauh dari tempat tinggal di rumah Along yang lebih kurang dalam 10 km sahaja... Sementara menantikan keluarga ejai ampai pada waktu malannya, maka.. kami pun berpikiniklah dahulu di sini.....

gaya bebas
besar jerawat ?? hehehe
filem hindustan ke ni ??

DAY 2 ( PANTAI SEPAT) AKTIVITI SUKANEKA

Untuk hari kedua pula, di tempat yang sama kami mengadakan program sukaneka.. Wow anak2 dan menantu serta cucu Rohani memang Sporting !!!!



DAY 3 ( KUALA GANDAH , PAHANG)

Untuk hari ketiga lokasi famuly Day di Kuala Gandah Pula... Kami menginap satu malam di Temerloh Pahang memandangkan jarak antara Kuantan Ke Kuala Gandah agak jauh lebih kurang 3 jam lebih. Kami ambil 2 buah homestay ( sebelah menyebelah ) di Taman Jaya 3, Temerloh Pahang


Menginap di Homestay Taman Jaya 3, Temerloh Pahang

Keesokan harinya baru kami travel ke Kuala Gandah, Pahang.. lokasi pertama kami adalah di Deerland. Apa yang best aktiviti di sini.. jommm ZOOM ....

Memberi makan rusa di dalam kandang rusa secara live
klik
klikk  klikk 
dan lokasi terakhir adalah di Elephant Sanctuary..

jom mandikan gajahhh
gajah mandi ke ... orang mandi ni...

Tuesday, November 19, 2013

PUTERI HARBOUR

Salam ceria, hari ni penulis nak bercerita tentang Nusajaya.. Hari ahad lepas, penulis telah membawa family penulis berjalan2 di sekitar Nusajaya. Actually penulis nak tunjukkan kepada family penulis bahawa penulis kagum dengan tempat pemerintahan Johor yang baru nanti. Apa yang ada di Nusajajaya ?? ermm mmg banyak tempat2 yang menarik ada di nusajaya seperti Legoland, Puteri Harbour, Terminal Feri Puteri harbour dan berbagai lagi ( rujuk rajah kat bawah ni). Insya allah, apabila siap sepenuhnya, Johor akan menjadi negeri maju bertaraf Metropolitan suatu hari nanti......

PELAN PERANCANGAN PEMBINAAN NUSAJAYA

Jika kita ke tempat ini, kita kan dapati banyak bangunan2 baru dengan senireka yang bertaraf A  dan unik kita akan nikmati. Jom kita lihat gambar2 di bawah : 
Legoland Johor
klik
klik klik

Oleh kerana jam dah menunjukkan kul 3.30 petang, perancangan penulis nak ke LEGOLAND tak bersesuaian pada masa ni kerana masa yang ckup singkat. Maka penulis telah m embuat keputusan untuk  pergi ke Puteri Harbour sahaja iaitu HELLO KITTY building. dalam SANRIO BUILDING ni ada 2 themepark iaitu HELLO KITTY DAN THE LITTLE BIG CLUB. Penulis hanya memilih satu theme park iaitu THE LITTLE BIG CLUB memandangkan theme park ini ditutup jam 6 petang dan masa pula hanya tinggal dalam 2 jam setengah sahaja.... costing untuk fee entrance adalah sepert berikut : 








akhir kata dari penulis... kalau anda semua ke johor.. datanglah ke nusajaya kerana tak lengkap pakej kalau melancong ke JOHOR jika tak melawat ke NUSAJAYA.. adios ....

sekadar nukilan .....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mErEnUnG sEjEnAk..........

NOTA-NOTA ILMIAH