Bulan jun nie memang menjadi musim durian..(hehehe aku takde tanam durian...) apa taknya, di sini (pasir gudang) boleh jual dari cuma 50 sen sebiji... ermm buah durian memang favourite kesukaanku. Lihatlah aksi2 keghairahanku sedang "menghonggis" durian.. nyum nyum........erm marilah kita kenali dengan lebih dekat lagi kliklah disini untuk mendaptkan maklumat yang lebih lanjut tentang raja buah Malaysia nie....
HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....
My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.
SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$
Tuesday, June 30, 2009
DuRiAnZ.....
Bulan jun nie memang menjadi musim durian..(hehehe aku takde tanam durian...) apa taknya, di sini (pasir gudang) boleh jual dari cuma 50 sen sebiji... ermm buah durian memang favourite kesukaanku. Lihatlah aksi2 keghairahanku sedang "menghonggis" durian.. nyum nyum........erm marilah kita kenali dengan lebih dekat lagi kliklah disini untuk mendaptkan maklumat yang lebih lanjut tentang raja buah Malaysia nie....
Wednesday, June 24, 2009
HaRi TanDaTaNgAN pEnYatA kEmAjUaN
Pada Ahad yang lepas (21/06/09) adalah hari tandatangan penyata kemajuan tadika At-Taufiq. Afiq pada malam sebelumnya berkali-kali mengingatkan aku. pagi-pagi sebelum ayam berkokok) sebab aku tak dengar pun suara ayam hehehehehe, kami dah bersiap untuk ke tadikanya......Hasil perjumpaan kami dengan ustazahnya, (mengikut kata ustazah)
- Afiq adalah anak yang pintar dan cerdik
- Afiq mempunyai daya kepimpinan yang tinggi kerana kerap menjadi ketua dalam aktiviti berkumpulan
- seorang yang pemalu ( macam aku kot masa kecil2 dulu hehehehe)
- mudah berkawan

Tahniah sayang.... papa harap Afiq akan lebih berusaha pada masa hadapan. Walaupun afiq belum mencapai nombor SATU dalam peperiksaan, tapi papa harap afiq akan pertingkatkan .. yang penting papa nak afiq mempunyai daya saing yang tinggi dalam kelas, dan mempunyai perasaan mencapai yang terbaik dan berusaha untuk kejayaan.
Sebenarnya aku sangat bersyukur kerana afiq bersekolah yang kurasa betul. Tadika at-Taufiq sangat menekankan tentang IQ dan EQ especially sahsiah pelajar-pelajarnya. Tidak hairanlah boleh kukatakan hampir majoriti pelajar-pelajarnya adalah anak-anak gu
ru dan anak rakan sepejabat isteriku. Mereka sanggup menghantar anaknya ke sini walaupun jarak kediaman mereka jauh. Afiq sendiri dah banyak berubah, seorang penghafal hadis dan cenderung kepada sahsiah keagamaan ( adik beradikku panggilnya ustaz ). Mudah-mudahan Afiq suatu hari nanti akan menjadi anak yang soleh. Taat kepada perintah Allah, dan dapat berbakti kepada agama, ibubapa dan negara .... amin..........
Sunday, June 21, 2009
SeLaMaT hArI bApA ..........
Sepanjang hayat arwah abah, bagiku abahlah ayah yang terbaik untukku. Ketegasanmu terutama dalam mendidik kami hanyalah semata-mata untuk masa depan kami. Abah juga sangat menekankan adab terutama dalam berhubungan dengan orang yang lebih tua. Kini baru ku faham kenapa perlu semua itu abah terapkan dalam diri kami. Kenapa abah lebih mengutamakan anak-anak sedangkan abah sendiri tak terbeli baju baru abah sendiri, abah sendiri tak terbeli kereta baru abah, abah sendiri tak terbeli rumah baru sendiri sedangkan abah mampu semua itu........semuanya hanyalah semata-mata untuk memastikan kami cukup makan pakai kami, cukup perbelanjaan seharian kami, cukup untuk keselesaan kami.. sedangkan pada masa itu kami hanya pandai mintak itu.. mintak ini.... "Ya Allah, ku bermohon rahmatilah kami sekeluarga.. ampunilah dosa kami sekeluarga, terutama dosa kedua ibubapa kami.. sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kami sejak dari kecil lagi..." Persoalan sekarang mampukah aku menjadi suami dan ayah kepada anak-anak yang terbaik seperti mu abah.......
"al-fatihah untuk arwah abah"
Thursday, June 18, 2009
pErTuNaNgN sePupU -AiN
Wednesday, June 17, 2009
Sunday, May 17, 2009
SeLaMaT hArI GuRu
Tanggal 16 mei adalah hari yang bersejarah untuk guru-guru kerana pada hari ini adalah hari di mana adalah sambutan untuk HARI GURU SEDUNIA. Sememangnya jasa guru padaku tiada terbalas dalam mendidik anak bangsa untuk berjaya. Dari aku buta huruf hinggalah aku boleh membaca dengan pantas. Tugas guru bukan hanya mengajar matapelajaran sahaja di dalam kelas tetapi ibarat seperti ibu dan bapa dalam mendidik dan membimbing anak-anak muridnya menjadi insan yang berpekerti mulia. terima kasih guru-guruku, kerana tanpamu aku takkan berada pada landasan seperti sekarang ini.
Di kesempatan ini , aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU especially kepada guru-guru yang mengenali diri ini dan pernah mengajarku. Minta hala dunia dan akhirat atas tunjuk ajar dan ilmu yanbg diberikan. Aku juga ingin mengucapkn Selamat Hari Guru pada arwah bapaku, arwah ayahku adalah role model terbaik untukku. Tak lupa juga kepada kakakku, Along ur the best teacher, isteriku yang tercinta.. Sela
mat Hari Guru... As bukan sahaja guru di Politeknnik tetapi guru yang terbaik untuk anak-anak. Kepada Shikin - ejai ( adik iparku ) selamat hari guru.. nanti angah nak mendalami lagi ilmu bahasa Inggeris secara fasih huhuhuhuhuh dan juga tak lupa kepada ibuku .. emak kau adalah guru dalam mendidik anak-anak dengan penuh kelembutan dan kesabaran terutama melayani karenah kami yang pelbagai. Terima kasih emak...akhir sekali marilah kita sama-sama menghayati sajak ini :
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
Sunday, May 10, 2009
sElAmAt HaRi IbU - 10 mEi 2009 - LoVe U sO mUcH
Nak menceritakan ketabahan ibuku ini, rasanya memang tak tertanding bagiku.
Ibuku juga sangat menekankan peningkatan akademik dalam hidup anak-anaknya. Kerana, dengan adanya bekalan ilmu dan ijazah yang digenggam mampu untuk kita berjuang dalam keselesaan hidup. Itulah pesanan azimat yang ibu amanahkan yang aku pegang hingga ke hari ini.Di KESEMPATAN INI aku ingin meluahkan selamat hari ibu kepada ibuku ROHANI BINTI IBRAHIM. juga kepada ISTERIKU TERSAYANG SALHASMIDAH BINTI SULEIMAN ibu kepada dua orang hero kita yang comel. sememangnya aku sangat menyayangi kalian !!!! I love U so much ....
semoga cerita ini dapat menginsafkan kita semua :
p:s ( lihat juga montaj lagu ini , semoga dapat menginsafkan kita semua :http://www.youtube.com/watch?v=v9VbRjUD75g )
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap waja h ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap waja h ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















