Diam tak diam arinih dah masuk hari jumaat bersamaan dengan 28 ramadan 1430H.... maknanya tinggal lagi dua hari umat islam akan menyambut bulan Syawal...( Hari Raya aidilfitri ). Di kesempatan ini juga aku ingin mengambil kesempatan sempena di hari dan bulan yang mulia ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan andainya ada melakukan kesilapan sama ada dari hujung rambut hingga hujung kaki, semoga juga hari raya kali ini akan memberikan kita 1001 erti dan keberkatan dari Allah swt di samping dapat mengeratkan lagi tali ukhwah islamiah dan persaudaraan yang kita pertahankan selama ini.. Apa perancangan korang raya tahun ni?Nampaknya tahun nie aku bersembahyang raya di Pasir Gudang.. kami berkumpul di rumah emakku kemudian sembahyang raya di sini. Kemudian barulah kami sekeluarga akan menziarahi kubur arwah abah di Pengerang dan menziarahi rumah saudara dan rumah datuk sebelah arwah abah di pengerang.. Selepas itu barulah kami adik beradik akan berpecah kerana balik ke umah mertua masing-masing dan emakku bersama adik2 yang lain ( stil bujang ) akan balik ke Pontian menuju ke rumah datukku sebelah emak. aku jangkakan akan tiba di air tawar 5 pada sebelah petang dlam kul 6++ petang..
Untuk Syawal yang kedua dan ketiga, keluarga sebelah mertuaku akan mengadakan gathering keluarga di Presscot Metro Inn Hotel, Kajang, Selangor. Gathering yang setiap 2 tahun nie akan ditaja oleh Busu Mas dan Busu Ayoub. Memang meriah gathering nie kerana perjumpaan ini dijangka akan dihadiri hingga ke generasi yang keempat keluarga Allahyarham Umar iaitu kira-kira melebihi 200 orang !! Kemudian untuk Syawal keempat kami beraya di Muar dn penutup aktiviti beraya adalah raya kelima kami akan Ke Pontian menziarahi keluarga di sana..
HiTaM pUtIh KeHiDuPaN ....
My Backpacker Slideshow: Mohd’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 8 cities Guangzhou, Auckland, Melaka, Terengganu, Batam, Pangkor, Semarang and Pasir Gudang was created by TripAdvisor. See another China slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.
SiLa KLiK BaWaH uNtUk DaPaTkAn $$$$$$$
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam Aidilfitri..kem salam buat semua org yg Along kenal tau mcm mak teh eton, mek sah, kak semek, pat mat boncing, cik nin kg jawa, dan semualah tempat yg ko gi beraya dan Along kenal..
p/s: buat fmily n saudara mara lak sampaikan salam rindu aku kat semua...mkn ketupat tu ingat2lah kami dirantauan ni...huaaaaaaaaaaaaaaa
salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin juga dari adinda....Maafkan kesilapan perbuatan dan tutur kata adinda..samaada sengaja atau tidak disengajakan.. Semoga Syawal yg menjelang tiba akan mengeratkan hubungan kita sekeluarga... (merangkap kad raya...coz kad raya memang x beli...)...Buat semua, salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin....
K Long : Kami akan ingat kak long dirantauan bila makan ketupat nanti....mmm... nampaknyer, tahun nie kak long akan sambut syawal & makan ketupat lebih awal lah dari kami di sini....
Apa daaa..... planning bertukar secara tiba2 di tengahari syawal..... kite semua ke Pontian dan BPahat dulu daaa........ dan yang penting sampai ke kampungku jam 11.00 malam.....pagi2 dah ke Selangor... jam 6.00 pagi... fuuuuh... lepak giler kan raye2 nie....
Post a Comment